Wednesday, March 24, 2010

Politik perubahan di USA dan di Malaysia....

Semalam Obama, President Akerika Syarikat, setelah hampir setahun mengemukakan ide untuk merombak sistem perkhidmatan kesihatan di USA telah menandatangani undang-undang baru tersebut. Sekaligus lebih 32 juta rakyat Amerika mendapat faedah perlindungan insuran kesihatan. Kepada golongan ini ianya merupakan satu rahmat.. Mereka mengundi Obama dengan tujuan supaya satu perubahan di buat dalam sistem politik. Masih banyak yang diperlukan oleh rakyat di sana.. Satu langkah permulaan yang baik dan bukan senang untuk dilakukan.. Tetapi itulah yang dibuat dan dilaksanakan oleh Obama.

Kepimpinan politik yang kosisten, fokus dan melihat gambar besar sebegini sukar di dapati di Malaysia masakini.Terlalu banyak contoh boleh diketengahkan.

Di Malaysia, pemimpin kita bercakap mengenai perpaduan,kemiskinan, perkembangan ekonomi,pendidikan, keselamatan, kegiatan jenayah,inflasi dan pengawalan harga, Cukai GST dll. Rakyat mahu lakukan perubahan dan perubahan yang lebih baik. Malangnya struktur sistem, dasar, janji, tindakan tidak pernah berubah untuk ke arah yang lebih baik. Kepentingan dan perhatian kepada soal-soal kecil, soal politik, kepentingan peribadi dan kelompok masih lagi menjadi ukuran dalam membuat keputusan.

Kepimpinan pemerintah dan kepimpinan pembangkang flip-flop dalam segala segi.. Polisi setengah masak masih lagi diperkenalkan, di tarik balik. Sama sahaja, kerajaan Barisan Nasional atau pun kerajaan Pakatan Pembangkang

Rakyat, umumnya pun lebih melihat faedah jangka pendek, sentimen parokial, emotional, taksub dan lebih teruk langsung tidak mahu peduli tentang apa yang berlaku. Yang demikian, golongan pemimpin begitu mudah mempengaruhi mereka dengan alasan yang kadangkal tidak munasabah. Jadi kita mudah berkompromi dengan standard kualiti kepimpinan yang ada. Tidak hairanlah kepimpinan yang ada masakini boleh mempertahankan survival mereka...

Maju kah malaysia pada tahun 2020 nanti.??

No comments: