Wednesday, February 10, 2010

India...Delhi World Book Fair..





India dengan penduduknya melebehi 1.25 billion sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah sukan Commonwealth pada bulan August ini. Seluruh bandaraya New Delhi sedang dalam pembikinan semula, lebuhraya, metro, projek landskap dan akibatnya cuaca yang sejuk di sana ketika ini tidak menyamankan suasana sebaliknya Delhi sedang di penuhi dengan debu di seluruh bandaraya. Pendek kata, kepada kita untuk berjalan tanpa menutup hidung di kota ini amat tipis sekali.Lemas. Kepada rakyat India ianya merupakan perkara biasa.

Perjalanan dari Chennai ke New Delhi, ke Agra dan Jaipur baru-baru ini memberi banyak erti kepada saya. Kami menaiki bas dari New Delhi ke Agra, ke Jaipur dan balik ke Delhi. Perjalanan melebehi enam jam ke setiap hala melalui lebuhraya yang baru di bina penuh dengan drama jalanraya yang sukar dilupakan. Kereta datang dari arah bertentangan di lorang lebuhraya yang kita lalui menjadi perkara biasa, memotong mengikut arah kiri dan kanan,bunyi hon yang tidak pernah henti dll. Nampaknya budaya pengguna jalanraya di India memerlukan masa yang panjang untuk di ubah. Sukar bagi kita untuk menjadi pemandu di sini. Cuma yang eloknya, tandas awam di sepanjang tempat rehat/kedai makan sepanjang peerjalanan agak bersih berbanding denga tndas awam di bandaraya.

Perkembangan ekonomi India di anggarkan melebehi 7% pada tahun ini. India akan terus berkembang dan tanpa bantuan dari pihak luar pun mereka akan dapat bertahan dengan pasaran dalam negeri yang amat besar itu. Sektor pelancungan juga mempunyai potensi yang amat baik. Di seluruh India terlalu banyak peninggalan sejarah, tempat peranginan, kepelbagaian budaya yang sedia menarik perhatian pelancung.

India merupakan negara demokrasi yang terbesar di dunia. Mereka mengadakan pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan, negeri dan parlimen. Mereka juga tidak sunyi dari politik perkauman, semangat kedaerahan dan sudah tentu kasta dsbnya. Kami sempat membaca, bagaimana Rahul Ghandi selaku ketua Pemuda Parti Congress India membawa motto 'India untuk Indian'bagi mengatasi ketua parti yang menguasai Mumbai yang hanya mahukan kaum mereka mendiami bandaraya Mumbai..

Sepuloh hari di sana, yang seronoknya hanyalah 'World Book Fair'di Delhi dan Taj Mahal di Agra. Selebihnya hanya satu pengajaran kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berpuas hati atau tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Barangkali rakyat keturunan India di Malaysia yang tidak pernah berpuashati dengan Malaysia patut ke sana.. Sampai saja di KLIA baru kita sedar bahawa hujan emas di negara orang lebih baik hujan batu di negara sendiri.Home sweet home...