Monday, November 15, 2010

Pengurusan bencana alam di Malaysia

Banjir di Kedah baru-baru ini secara jelas menunjukkan pelbagai kelemahan pengurusan bencana alam di Malaysia. Pihak Majlis Keselamatan Negara, pihak SUK Negeri dan Pegawai Daerah serta agensi lain yang terlibat ternyata tidak mampu mengendalikan bencana sebegitu rupa secara berkesan. Arahan tetap yang digunapakai ternyata gagal mengujudkan rantaian arahan yang berkesan dan cekap.Sudah tentu bermacam alasan boleh diberikan bagi menegakkan benang basah masing-masing jabatan yang sepatutnya berfungsi saperti yang diarahkan.

Rakyat yang menjadi mangsa.Di Kedah, kerosakan harta benda sudah tentu dapat dielakkan kiranya sistem amaran awal melalui media kerajaan digunakan sepenuhnya.Penduduk di Kubang Pasu dan Kota Setar sudah tentu dapat mengambil tindakan awal menyelamat harta benda mereka jika diberitahu terlebih awal.Hujan turun dengan lebat pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad 29,30 dan 31 Okt.2010 yang lalu. Hari Isnin air telah mula naik dibeberapa kawasan pendalaman Kubang Pasu dan amat jelas bahawa banjir akan berlaku. Difahamkan pihak MADA dan JPS juga tahu bahawa banjir akan berlaku lewat Isnin.. malangnya maklumat ini tidak langsung disampaikan kepada orang ramai.. Akibatnya hari Selasa 1.30 pagi banjir besar telah melanda Pekan Jitra dan seterusnya bandar Alor Star. Akibatnya berlaku banjir dan kerosakkan harta benda yang amat teruk kepada rakyat.Malah terdapat kematian di Jitra akibat banjir yang lalu!

Dua minggu telah berlalu, rakyat masih lagi terpaksa berdepan dengan longokkan sampah sarap yang tidak terurus di merata tempat tinggal. Menyedihkan.Pengurusan pasca banjir pun amat lemah!! Terdapat beberapa kawasan para penghuni taman perumahan terpaksa menyewa lori dengan inisiatif sendiri bagi memungut dan membuang sampah yang menimbun. Di mana silapnya?? Di mana peruntukan kerajaan? Kemana digunakan peruntukan ini?

Fasa pemulihan kehidupan mereka yang terlibat tidak terurus. Memalukan! Saya lihat bagaimana NGO dari pelbagai pihak dapat mengurus keadaan pasca banjir dengan cara yang amat teratur. malangnya agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi pelbagai alasan melambatkan urusan tersebut!Yang mereka tahu baik dari Menteri dan sebahagian ahli politik kerjanya lebih berminat mencari publisiti murah dari kesusahan rakyat!


Kita bermimpi untuk menjadi negara maju.. Mengurus sampah pun kita tak mampu, bagaimana para pemimpin negara mendabik dada untuk menjadi negara maju. Sudah tiba masanya cara pengurusan dan arahan tetap Majlis Keselamatan Negara tentang banjir/bencana alam saperti ini di kaji semula.!

Sunday, July 11, 2010

Undi tak percaya d Bahagian UMNO Sungai Petani ??

Pagi ddok tak dok kata orang Kedah dapat panggilan dan maklumat bukan gossip mengenai Sungai Petani. Kabarnya Sdr. Ali Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani akan di cabar dengan usul undi tidak percaya! Pelik juga tahun ini tanpa pertandingan pun tapi perwakilan UMNO Sungai Petani akan mengusul dan mengundi tidak percaya kepada Ketua Bahagian.

Apa sudah jadi UMNO Kedah? Sudahlah Parlimen Sungai Petani kalah kepada PKR, ada ketua pun nak kena undi tak percaya. Hebat.Diperingkat Bahagian pun tak selesai, di peringkat negeri pun kabarnya goyang sangat.. Nampaknya PRU13 laluan mudahlah kepada YAB Ustaz Azizan meneruskan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.....

Wednesday, June 9, 2010

Orang kampong, subsidi dan mesyuarat umno cawangan.....

Minggu ini macam-macam berlaku...Mesyuarat UMNO cawangan sedang berlaku di seluruh Malaysia. PERKASA dan NGOs melayu membuat reolusi soal ekonomi... PEMANDU dan YB Idris, Menteri KPI umumkan soal subsidi..Terbaru bancian menunjukkan populariti YAB Perdana Menteri meningkat ke paras 72%.. Orang melayu, melayu kawan-kawan di kampong semakin kacau, keliru dan kehilangan punca, mana satu yang nak di ikut? mana satu yang betul? Apa sudah jadi? Susah saya mahu menjawab pertanyaan mereka ketika balik kenduri kawin yang terbaru minggu ini...

Ketika orang melayu di asak dari segenap penjuru, kepimpinan UMNO entah dimana hanyut? Ketika PERKASA bangun membela orang melayu, mereka di cemuh oleh orang bukan melayu.. PERKASA membuat perhimpunan dan resolusi ketika mesyuarat UMNO cawangan nak mencari korum pun susah di semua cawangan... Ketika yang sama pulak, kerajaan mengumumkan cadangan penarikan subsidi.

Jika di teliti berapa peratuskah SUBSIDI yang di rasai oleh rakyat di kampong? YB Menteri memberi gambaran seolah-olah semua subsidi tersebut untuk rakyat. Bodoh sangatkah orang kampong di luar bandar, untuk berfikir bahawa ada cara lain yang boleh di buat supaya yang kaya, yang di bandar, yang berniaga besar, pembaziran, ketirisan, rasuah yang berleluasa yang sepatut di beri keutamaan pemotongan dan pembenterasan. Sudahkah menteri berkenaan membuat perhitungan perbelanjaan dan pembaziran projek-projek mega yang tidak akan menguntungkan rakyat di kaji semula atau dibatalkan samasekali.

Subsidi kerajaan kepada syarikat-syarikat besar membuat projek pnswastaan yang mendapat segala macam subsidi.... kerajaan tanggung/jamin faedah pinjaman mereka.. Kerajaan beli dengan harga yang tinggi saperti bayaran letrik projek IPP..Malang kadang-kadang kita lupa bahawa yang membuat keputusan dan kesilapan itu adalah mereka sendiri, pemimpin kerajaan.. Lupa bahawa wang rakyat telah digunakan begitu banyak bagi membayar subsidi kepada syarikat besar ini! !

Jawapan saya kepada sms PEMANDU baru-baru ini..."Itu tandanya zaman kejatuhan BN semakin hampir... teruskan."

YAB Perdana Menteri dan kepimpinan BN mungkin semakin positif melihat hasil bancian populariti YAB Perdana Menteri.... Lupakah mereka di bandar, kaum Cina masih terus tidak menyokong kerajaan.. Di kampong-kampong. mesyuarat UMNO cawangan yang amat malap... Kemana perginya mereka ini? Apa sudah jadi? UMNO semakin jauh dari rakyat akar umbi! Kepimpinan hari ini masih gagal merasai denyut nadi di kawasan penyokong tradisi mereka....

Thursday, April 15, 2010

Masih marahkah rakyat Hulu Selangor???

Jelas kepimpinan BN masih tidak berubah. Kerusi Hulu Selangor dikhaskan kepada MIC.. Jadi konvensyen BN di ikuti. Dalam situasi ini jelas Dato Seri Najib (DSN) dan Samy Vellu terkelompok dalam kumpulan pemimpin yang mahukan konvensyen lama di ikuti, masing-masing tidak mahu menggoncang bot yang ada.. Jadi kesimpulannya pemilihan calun bukanlah mengambilkira pandangan pengundi, rakyat dan keputusan PRU12 dulu. Malah nampaknya BN sanggup kalah demi menjaga dan mengekalkan status-quo pembahagian kerusi

Manakala PKR pula dapat memilih calun tanpa terikat dengan konvensyen yang agak kolot saperti yang diamalkan oleh BN. Mereka memilih calun berdasarkan kemampuan, kebolehan dan sudah tentu mengambilkira tentang segala perubahan yang sedang berlaku masakini.

Kata orang nombor tidak berbohomg Dalam PRU12, jelas hampir 6,000 pengundi BN tidak memilih calun MIC. Jelas. Kemungkinan besar mereka ini adalah terdiri dari orang-orang melayu dan mungkin juga mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang India sendiri. Isunya mungkin juga berkaitan soal orang-orang India/HINDRAF dan juga calun MIC itu sendiri. Sudah tentu banyak lagi faktor yang boleh di ambilkira tetapi yang jelas BN telah di tolak walaupun tidak sepatutnya kalah.

Bagaimana BN atau pun PKR boleh merasa yakin untuk menang pada pilihanraya kecil ini?
Masing-masing mungkin boleh mencapai kemenangan kiranya faktor berikut menjadi sebaliknya;
a. Perubahan yang sedang dilakukan oleh DSNR di terima rakyat?
b. Orang melayu sudah melupakan apa yang telah dilakukan oleh HINDRAF ?
c. Calun BN dapat di terima oleh orang melayu dan India di Hulu Selangor?

Setakat ini amat sukar untuk memberi jawapan yang positif terhadap semua soalan di atas. Nampaknya jika kepimpinan yang ada begitu susah untuk berubah,apalah sangat di harap rakyat dan pengundi untuk berubah.. Moga keputusan pilihanraya ini akan menjadi penanda aras bagi perubahan politik di Malaysia...

Wednesday, March 24, 2010

Politik perubahan di USA dan di Malaysia....

Semalam Obama, President Akerika Syarikat, setelah hampir setahun mengemukakan ide untuk merombak sistem perkhidmatan kesihatan di USA telah menandatangani undang-undang baru tersebut. Sekaligus lebih 32 juta rakyat Amerika mendapat faedah perlindungan insuran kesihatan. Kepada golongan ini ianya merupakan satu rahmat.. Mereka mengundi Obama dengan tujuan supaya satu perubahan di buat dalam sistem politik. Masih banyak yang diperlukan oleh rakyat di sana.. Satu langkah permulaan yang baik dan bukan senang untuk dilakukan.. Tetapi itulah yang dibuat dan dilaksanakan oleh Obama.

Kepimpinan politik yang kosisten, fokus dan melihat gambar besar sebegini sukar di dapati di Malaysia masakini.Terlalu banyak contoh boleh diketengahkan.

Di Malaysia, pemimpin kita bercakap mengenai perpaduan,kemiskinan, perkembangan ekonomi,pendidikan, keselamatan, kegiatan jenayah,inflasi dan pengawalan harga, Cukai GST dll. Rakyat mahu lakukan perubahan dan perubahan yang lebih baik. Malangnya struktur sistem, dasar, janji, tindakan tidak pernah berubah untuk ke arah yang lebih baik. Kepentingan dan perhatian kepada soal-soal kecil, soal politik, kepentingan peribadi dan kelompok masih lagi menjadi ukuran dalam membuat keputusan.

Kepimpinan pemerintah dan kepimpinan pembangkang flip-flop dalam segala segi.. Polisi setengah masak masih lagi diperkenalkan, di tarik balik. Sama sahaja, kerajaan Barisan Nasional atau pun kerajaan Pakatan Pembangkang

Rakyat, umumnya pun lebih melihat faedah jangka pendek, sentimen parokial, emotional, taksub dan lebih teruk langsung tidak mahu peduli tentang apa yang berlaku. Yang demikian, golongan pemimpin begitu mudah mempengaruhi mereka dengan alasan yang kadangkal tidak munasabah. Jadi kita mudah berkompromi dengan standard kualiti kepimpinan yang ada. Tidak hairanlah kepimpinan yang ada masakini boleh mempertahankan survival mereka...

Maju kah malaysia pada tahun 2020 nanti.??

Sunday, March 7, 2010

Politik untuk rakyat..




Tasmania mempunyai penduduk hanya 500,000 orang dan negerinya hampir sama dengan saiz Malaysia.. Hampir 60% lebih penduduknya adalah golongan tua. Penghujung bulan Marc ini mereka akan memilih kerajaan negeri yang baru dalam pilihanraya parlimen Tasmania. Pulau Tasmania mempunyai parlimen dan kerajaan negeri yang mempunyai otonomi yang agak banyak termasuk soal kesihatan.

Hampir dua jam berbual dengan pemandu bot ketika melawat sekitar bandar pelabuhan Hobart di Tasmania baru-baru minggu ini, saya dapati ianya amat fokus dan faham tentang politik dan apa yang dia dan rakan-rakan sebayanya mahukan dari pemimpin politik. Katanya kepada saya, mereka, rakyat yang sudah berumur di Pulau ini, mahukan satu kehidupan yang tahap kualiti hidupnya tinggi, mereka mahukan perkhidmatan kesihatan yang baik, mereka mahukan pulau mereka bersih tanpa pencemaran, mereka mahukan sistem pelajaran yang baik. Mereka berpendapat kerajaan dan generasi sekarang mempunyai hutang terhadap mereke kerana merekalah yang telah berjuang dan berkorban untuk keamanan dan keujudan negeri berkenaan.Pemandu bot ini juga dengan bangga bercerita bagaimana beliau dan rakan-rakannya membantu kerajaan Malaysia membenteres kegiatan komunis dan onfrantasi Indonesia di Sabah dan Sarawak dulu. Beliau pernah tinggal di kem Terendak Melaka. Sebelum pulang sempat juga saya berbual dengan pemandu teksi yang usianya sudah 76 tahun dan masih memandu teksi sebagai hobinya. Beliau juga mempunyai pemikiran dan fokus yang sama dengan pemandu bot tadi.

Semasa di sana juga saya membaca dan melihat bagaimana Perdana Menteri Tasmania ( sama dgn MB di Malaysia) berjanji,telah dan akan meluangkan satu hari dalam sebulan untuk membuat kerja dari pelbagai jenis kerja yang dilakukan penduduk Pulau itu. Beliau telah menjadi guru di nursery, pemandu taxi setakat ini. Agaknya kalau MB dan Menteri, TPM dan PM dapat turun ke bawah membuat kerja harian rakyat agaknya baru mereka ini dapat menghargai betapa susah senangnya rakyat mereka dalam realiti kehidupan.. Satu harapan yang agak mustahil berlaku di Malaysia!.

Wednesday, February 10, 2010

India...Delhi World Book Fair..





India dengan penduduknya melebehi 1.25 billion sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah sukan Commonwealth pada bulan August ini. Seluruh bandaraya New Delhi sedang dalam pembikinan semula, lebuhraya, metro, projek landskap dan akibatnya cuaca yang sejuk di sana ketika ini tidak menyamankan suasana sebaliknya Delhi sedang di penuhi dengan debu di seluruh bandaraya. Pendek kata, kepada kita untuk berjalan tanpa menutup hidung di kota ini amat tipis sekali.Lemas. Kepada rakyat India ianya merupakan perkara biasa.

Perjalanan dari Chennai ke New Delhi, ke Agra dan Jaipur baru-baru ini memberi banyak erti kepada saya. Kami menaiki bas dari New Delhi ke Agra, ke Jaipur dan balik ke Delhi. Perjalanan melebehi enam jam ke setiap hala melalui lebuhraya yang baru di bina penuh dengan drama jalanraya yang sukar dilupakan. Kereta datang dari arah bertentangan di lorang lebuhraya yang kita lalui menjadi perkara biasa, memotong mengikut arah kiri dan kanan,bunyi hon yang tidak pernah henti dll. Nampaknya budaya pengguna jalanraya di India memerlukan masa yang panjang untuk di ubah. Sukar bagi kita untuk menjadi pemandu di sini. Cuma yang eloknya, tandas awam di sepanjang tempat rehat/kedai makan sepanjang peerjalanan agak bersih berbanding denga tndas awam di bandaraya.

Perkembangan ekonomi India di anggarkan melebehi 7% pada tahun ini. India akan terus berkembang dan tanpa bantuan dari pihak luar pun mereka akan dapat bertahan dengan pasaran dalam negeri yang amat besar itu. Sektor pelancungan juga mempunyai potensi yang amat baik. Di seluruh India terlalu banyak peninggalan sejarah, tempat peranginan, kepelbagaian budaya yang sedia menarik perhatian pelancung.

India merupakan negara demokrasi yang terbesar di dunia. Mereka mengadakan pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan, negeri dan parlimen. Mereka juga tidak sunyi dari politik perkauman, semangat kedaerahan dan sudah tentu kasta dsbnya. Kami sempat membaca, bagaimana Rahul Ghandi selaku ketua Pemuda Parti Congress India membawa motto 'India untuk Indian'bagi mengatasi ketua parti yang menguasai Mumbai yang hanya mahukan kaum mereka mendiami bandaraya Mumbai..

Sepuloh hari di sana, yang seronoknya hanyalah 'World Book Fair'di Delhi dan Taj Mahal di Agra. Selebihnya hanya satu pengajaran kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berpuas hati atau tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Barangkali rakyat keturunan India di Malaysia yang tidak pernah berpuashati dengan Malaysia patut ke sana.. Sampai saja di KLIA baru kita sedar bahawa hujan emas di negara orang lebih baik hujan batu di negara sendiri.Home sweet home...