52 orang ahli MKT UMNO akan berkumpul pada hari (Khamis dan Jumaat) 5&6 Jun 2008 ini di Shah Alam bagi membincangkan segala masaalah dan mungkin merangka strategi bagi masa depan UMNO.
Hampir tiga bulan baru ada usaha untuk membincangkan soal kekalahan dalam PRU12 yang lalu. Dalam PRU12 kita kehilangan Kedah, perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan juga Wilayah Persekutuan. Lebih buruk lagi terdapat kemerosotan sokongan di negeri Johor, Negeri Sembilan dan juga Pahang.
Rakan kongsi UMNO dalam BN, telah membuat pelbagai analisa dan post-mortem serta telah memulakan proses 'rebranding'dan 'reinvent' parti masing-masing. UMNO masih berkelakuan saperti parti yang baru menang besar dalam pilihanraya. Parti-parti lain telah jelas hala tuju masing-masing. Sementara itu parti pembangkang yang telah membentuk kerajaan juga terus mengorak langkah memperlihatkan kematangan dalam bertindak serta dengan mutu kepimpinan yang semakin kemas.
Tiga bulan yang lalu, apa yang kita dengar ialah ialah sindrom penafian dari pemimpin atasan UMNO terutama Presidennya. Keadaan bertambah buruk dengan budaya bisu dan sikap 'yes men'dalam barisan ahli MKT. Presiden UMNO dengan bongkak mendabik dada bahawa UMNO masih di sokong dan masih di beri kepercayaan untuk memerintah. Sementara ahli MKT dan pemimpin UMNO masih dengan budaya ampu bodek dengan menjilat lengan lebih dari zaman feudal.
Segala rintihan, teguran dan pendapat akar umbi supaya pembaharuan kepimpinan di buat bagai mencurah air di daun keladi.Pemimpin atasan UMNO khususnya ahli MKT sudah lupa bahawa mereka di pilih supaya menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara. sebaliknya mereka lebih memetingkan kedudukan dan periok nasi mereka dari berkata benar dan menjaga amanah bangsa. Akibatnya, walaupun telah kehilangan kuasa di beberapa negeri, kehilangan kuasa perundingan dengan kaum lain tetapi kerana kepentingan jawatan dan kepentingan diri, segala perilaku presiden di terima dan di sokong sepenuhnya.
Berdasarkan perkembangan masa kini, tidak banyak yang dapat diharapkan dari 'retreat' pemimpin UMNO di Shah Akam ini. Cuma kita harap akan ada pemimpin yang berani berkata benar. Maruah mereka ini akan terus tercalar di mata ahli UMNO kiranya tiada ada pelan yang jelas selepas ini khususnya mengenai halatuju kepimpinan dan parti UMNO untuk masa depan.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sdr mengkuang,
Saya rasa bukan sahaja tidak banyak yang dapat diharapkan daripada 'gathering' (saya lebih suka istilah ini) itu, malah tidak ada apa pun sebenarnya yang boleh diharap. Suara-suara yang mencari perubahan akan tenggelam dalam tepukan dan sanjungan...
Sdr Jeanbara'
Saya setuju dan saya yakin tak banyak yang berani berterus terang, banyak yang jenis mengampu kerana semuanya mementingkan periok nasi masing-masing.
Kesimpulannya, 'gathering' ini hanya akan jadi social gathering' yang tidak akan memberi sebarang faedah kepada ahli. UMNO akan menerima bahangnya dalam PRU13 nanti.
Kemudahan untuk mengeluarkan suara atau pun menyuarakan pendapat, sudah lama dipadamkan daripada kamus UMNO. Budaya mencincang dan 'Aku Lebih Pandai', terus membarah dalam UMNO. Lebih penting, majoriti penguasa-penguasa dalam UMNO mengamalkan budaya menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bersuara lebih dengan segala macam peraturan dan undang-undang.
Maka jadilah budaya UMNO itu mengikut telunjuk tanpa perlu berfikir. Dan sedar tak sedar, semenjak kebelakangan ini, rakyat Malaysia terutama orang Melayu telah diasuh agar tidak lagi menggunakan kehebatan berfikir, sebaliknya hanya mengangguk dan membenarkan... dengan kata lain, perkataan 'critical thinking' tidak wujud dalam budaya UMNO dan Melayu Baru...
Maka pertemuan tersebut tidak lebih daripada sebuah make-up yang ditacap-tacap sehingga akhirnya rupa UMNO tu sendiri tidak ubah seperti muka lotong dan ungka - kalau tak ungka hitam, jadilah ungka putih...
Post a Comment