Sunday, August 24, 2008

Permatang Pauh untuk PKR!!.........

Lebih kurang 48 jam lagi nasib BN akan ditentukan oleh pengundi di Permatang Pauh. Peluang untuk BN merampas kembali kawasan parlimen ini dari PKR adalah satu tugas yang amat berat. PRU12 jelas menunjukkan orang-orang India dan China telah memberikan undi mereka kepada PKR. Tidak kurang dari 10,000 pengundi telah beralih kepada PKR berbanding dengan majoriti pada tahun PRU 2004 di mana PKR hanya menang dengan majoriti 500 undi. Apakah lebih 10000 pengundi ini akan kembali kepada BN adalah persoalan yang sukar di jawab

Kehadiran Pak Lah selaku PM dan pengerusi BN tidak akan banyak membantu malah mungkin menjadi beban kepada BN.Begitu juga dengan pengumuman penurunan harga mnyak semalam tidak akan memberi sebarang kesan. Kebencian dan penolakan BN oleh pengundi telah mula dirasakan semenjak lepas PRU 2004. Kelemahan kepimpinan negara menangani pelbagai isu negara saperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kelembapan ekonomi, kebimbangan mengenai keselamatan dalam negara, ketiadaan visi dan polisi yang jelas, rasuah dan amalan kroni pucuk pimpinan BN serta pelbagai isu lain berkaitan dengan soal hak dan kepentingan pelbagai kaum di Malaysia. Kebencian ini telah dijelmakan dalam PRU 12 baru-baru ini.

Jadi Permatang Pauh akan terus menunjukkan pola yang sama apatah lagi persoalan kenaikan harga minyak yang lepas masih lagi menjadi punca dendam dan kemarahan rakyat. Usaha memburukkan personaliti Anwar tidak akan memberi kesan. Ini bermakna BN dan PM masih lagi dipertanggungjawabkan mengenai segala pemasaalahan yang menimpa rakyat masakini. Berdasarkan perkara di atas adalah jelas PKR akan merayakan keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada minggu ini. Pengunduran Pak Lah mungkin akan mewngubah sedikit senario kekalahan BN pada masa akan datang......

1 comment:

ketam said...

....maka tergadailah MARUAH dan HAK MELAYU kepada bukan MELAYU terutamanya kaum cina.. dan wahai bangsa MELAYU bersedialah menerima nasib g sama seperti bangsa MELAYU SINGAPURA... kerana didalam PR DAP adalah PARTI INDUK dan DAP adalah PAP(singapura)..


wassalam...