Saturday, September 6, 2008

umno perlu mohon maaf ??.........

Datuk Ahamad Bukit Bendera secara jelas dan tegas telah menyatakan pendapatnya! Mengapa saya perlu meminta maaf kepada orang-orang China Malaysia? Sementara itu Dato Seri Najib telah awal-awal lagi telah memohon maaf bagi pihak UMNO? Malang sungguh orang melayu UMNO hari ini. Seluruh Malaysia, tidak ada seorang pun ahli UMNO atau pemimpinnya yang membela Datuk Ahmad sebaliknya semuanya menikus dan semakin gentar.

Dato Seri Najib juga akan menerima nasib yang sama bilamana ada orang China dan sememangnya telah ada di dada blog tertentu yang telah menuntut beliau memohon maaf kepada masyarakat China akibat dari kata-kata beliau di Stadium TPCA satu masa lalu. Apakah Dato Ser Najib bersedia untuk memohon maaf bagi pihak dirinya pula kali ini?

Segalanya di anggap racist! Tidak adakah orang China yang mengatakan yang bukan-bukan kepada UMNO dan orang melayu? segala macam kata dari Lim Kit Siang dan Karpal Singh, DAP dan konsep 'Malaysian Malaysia', HINDRAF dengan kenyataannya dan pelbagai lagi yang kita dengar tentang Islam, tentang Perkara 152 & Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah di lontarkan kepada orang melayu. Adakah orang melayu menganggap perbuatan mereka itu sebagai racist?

Di seluruh dunia, di negara manakah yang orang China dan India mendapat hak saperti yang mereka dapat di Malaysia? Sebut apa saja, pelajaran? bahasa ibunda mereka? tempat ibadat? tempat tinggal? politik?, biasiswa?, peluang perniagaan? keselamatan? Semuanya di beri tanpa banyak soal dan di jamin pula oleh perlembagaan negara!!

Ahli politik macam Datuk Ahmad ada di mana-mana dalam apa juga sistem di seluruh dunia. Apa bezanya Datuk Ahmad dengan pemimpin parti politik tempatan yang lain saperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hishamuddin dll.? Menonjolkan Datuk Ahmad seolah-oah beliau telah melakukan dosa yang amat besar di Malaysia ini adalah sesuatu yang menghairankan...

Di mana Pemuda harapan bangsa dan Puteri serikandi bangsa melayu UMNO ? Senyap dan sepi seribu bahasa? Ini adalah petanda-petanda sokongan yang UMNO akan hanyut dalam arus politik perubahan sekarang ini. Ahli dan pemimpin UMNO masih mabuk dengan perebutan kuasa di cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi dan mereka lupa orang melayu dan UMNO sedang di pijak dan di hina sebegitu rupa di bumi ini!

1 comment:

tokey belacan said...

Sidang media kenyataan penuh di sini.

http://www.youtube.com/watch?v=qQascUJ1ZiQ

22 Sept 2008-sidang media tergempar DSAI sebentar tadi.akhirnya tercapailah sudah impian sang pejuang.buat anda yang ragu-ragu akan kemampuan beliau sebelum ini,kini terbukti yang beliau berupaya mengotakan janji.semoga kita akan terus dapat menikmati kejayaan selepas ini.buat mereka yang
tidak menyukai sang pejuang ini,semoga anda akan berubah dan meyokong kepimpinan beliau.ingat,kita berubah ke satu tahap kali ini yg lebih maju untuk
menghadapi senario dunia yang semakin mencabar.kita tidak perlukan pemimpin atau pejuang yang asyik gagal dan tidak mampun untuk mengubah sesuatu
agar menjadi lebih bermakna.hidup anwar!