Berdasarkan pencalunan setakat semalam, jelas DS Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO Malaysia. Tahniah, banyak tindakan kearah memperbaharui UMNO dan Barisan Nasional yang perlu di buat.
Jawatan Timbalan Presiden ternyata tidak menjadi begitu mudah kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin. Pencabar terdekat Dato Ali Rastam sedang menghampiri garis kelayakan dengan diikuti secara dekat oleh Tan Sri Muhammad Taib.
Manakala jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad merupakan calun terbaru yang layak bertanding selain dari Dato Hishamuddin, Dato Zahid Hamidi, Dato Khaled, Dato Shfei Afdal dan Dato Seri Syed Hamid Albar. Meriah, masa berkempen masih panjang lagi dan macam-macam boleh terjadi.
Sehingga kini, politik wang jelas berlaku khususnya bagi penamaan calun di peringkat Timbalan Presiden. Jika keadaan ini berterusan, adalah tidak mustahil ketiga calun akan berentap bagi jawatan nombor dua parti dan seterusnya jawatan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia. Adalah sesuatu yang malang kepada rakyat jika Malaysia mendapat TPM berdasarkan kriteria politik wang dalam UMNO.
Para perwakilan UMNO Malaysia, berhadapan dengan idealisma perjuangan mereka dan realiti politik wang dalam UMNO. Kudis dan barah ini akan menghantui orang-orang UMNO buat selamanya jika tersilap percaturan. Mereka berada di persimpangan jalan, persimpangan untuk menentukan sokongan akar umbi demi kelangsungan hidup UMNO. Kesilapan kali ini akan membawa padah kepada UMNO dan BN daklam pilihanraya ke 13 nanti. Kesilapan pemilihan ini akan menyebabkan orang UMNO dan rakyat Malaysia akan sekali lagi akan menghukum UMNO dan BN.
Waspadalah.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam hormat...
Saya ada terbaca satu artikel berkenaan Najib di link berikut:
http://kerajaanrakyat.com/?p=2375#more-2375
Terkezut juga saya membacanya dan amat berharap agar artikel ini tiada kebenarannya.
Kalaulah ada kebenarannya, malang sekali rakyat Malaysia terutamanya um-NO mempunyai pemimpin sedemikian teruk.
Semoga lebih fitnah dari kebenaran.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: huwaaa!!!...
Sdr sang tuba
Saya rasa kita mempunyai pendirian yang hampir sama.Cuma pada saat dan ketika ini saya lebih bersikap '..there should be a fair play in politic..'
Yang penting adalah majoriti rakyat...
Saya suka dan bersetuju dengan moto sdr.. 'bukan apa, nak bagi elokk...'
Post a Comment