Friday, January 9, 2009

IJN dan KLIA-East@Labu kerja burok Sime Darby..



Sime Darby sekarang ini adalah hasil gabungan beberapa syarikat PNB saperti Golden Hope. Musa Hitam orang kuat Perdana Menteri, menjadi Pengerusinya.

Dalam masa yang singkat mereka telah mengemukakan dua cadangan yang menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia. Pertama pengambilan alih IJN dan kedua cadangan pembinaan lapangan terbang tambang murah, KLIA-East@Labu.

Cadangan pengswastaan IJN telah di tarik balik oleh mereka. Cadangan pengambilan alih IJN telah di tentang hebat oleh pelbagai lapisan rakyat. Kerakusan mereka mencari sumber pendapatan dan perniagaan tanpa memikirkan kebajikan dan kepentingan umum, telah memburokkann imej korporat mereka di mata rakyat.

Pada masa yang sama mereka juga telah berpakat dengan Air Asia bagi membina KLIA-East@LABU, yang menelan belanja berbillion ringgit. Cadangan ini juga mengundang perhatian rapi rakyat Malaysia. Mengapa tidak? KLIA telah di bina dan hingga kini belum mencapai tahap kapisiti sebenarnya dari segi penggunaan. Lebih dari itu pihak kerajaan telah pun meluluskan cadangan bangunan tambahan untuk penerbangan tambang murah kepada MAB. Sudah tentu cadangan ini akan menguntungkan Air Asia tetapi akan meninggalkan kesan burok kepada MAS dan KLIA yang di miliki oleh pihak kerajaan.

Kerakusan Air Asia memiliki lapangan terbang sendiri dengan kerjasama Sime Darby adalah sesuatu yang burok dari segala segi. Sesiapa juga di belakang cadangan ini mempunyai motif yang jahat terhadap anak syarikat kerajaan MAS dan MAB yang mengendalikan KLIA sekarang ini.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mempunyai wakil lembaga pengarah di dalam Sime Darby perlu membuat sesuatu. Kerajaan juga perlu mengkaji semula kelulusan yang di beri kepada mereka. Adalah sesuatu yang malang jika kegiatan pengswastaan dibiarkan ke tahap ini, hinggakan merugikan pelaburan kerajaan sendiri di KLIA.....

No comments: