Pakatan Rakyat (PR) memulakannya dengan mengumumkan ramai MP BN akan menyertai PR. Penasihat PKR memainkan peranan penting. Akhirnya ahli DUN Bota dari BN menyertai PKR. Anwar dan MB Perak membuat kenyataan yang menyokong tindakan YB Bota. Sekarang, sekejap tadi empat anggota DUN dari PR menyertai BN. Akhirnya kerajaan PR di Perak tumbang! Sudah tentu pelbagai drama yang kita dengar dan lihat dalam seminggu yang lepas hingga ke hari ini..
Apakah perkembangan ini sesuatu yang sihat. Rakyat telah memilih kerajaan yang mereka inginkan dalam PRU 12 yang lalu. Adalah jelas rakyat mahukan perubahan. Malangnya kerajaan yang diberikan kuasa sibuk dengan pelbagai isu politik yang tidak langsung produktif dengan pelbagai polemik dan kadang-kadang untuk memuaskan ego dan kepentingan peribadi, parti dan kaum tersendiri..
UMNO dan BN juga mempunyai perangai dan kelakuan yang hampir sama dengan pihak PR. Banyak masa di buang dengan isu-isu politi dalaman parti dan masih mementingkan diri tanpa mengambil kira pendapat ahli dan rakyat dan jauh sekali mengambil pengajaran dari kekalahan dalam PRU 12 yang lalu. BN menari mangikut gendang yang di palu oleh PR..
Tindakan BN mengambil alih kerajaan Perak dengan cara begini, sudah tentu bukan dengan kehendak rakyat. Untuk berlaku adil kepada rakyat, bagi menyelesai kemulut ini adalah lebih baik jika rakyat di beri hak mereka untuk memilih. Sesungguhnya kedua pihak di benci rakyat akibat dari kemelut ini.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment