Friday, April 3, 2009

Dato Seri Najib ... Perdana Menteri Malaysia Ke 6


Perdana Menteri Malaysia ke enam, memulakan tugas resminya mulai hari ini. Semalam dengan slogan 'one malaysian' dan hari ini beliau mengumumkan pembebasan tahanan ISA dan menarik balik sekatan terhadap penggantungan dua buah akhbar parti pembangkang. Sudah tentu Malaysia menyambut baik permulaan ini.

Minggu depan, sekali lagi Malaysia mengharapkan satu perubahan besar dalam pemilihan ahli-ahli Kabinet pertama beliau. Langkah seterusnya, amat perlu perubahan besar dalam pemilihan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri. Sudah tentu lebih banyak penampilan muka-muka baru di pelbagai peringkat amat diharapkan.

Pengurusan negara, sistem penyampaian, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, aspirasi golongan muda, ketelusan, keterbukaan dan pelbagai lagi memerlukan ide-ide baru dari muka-muka baru bukan sahaja dari ahli politik malah golongan professional dari pelbagai sektor. Kemampuan Dato Seri Najib, memahami peningkatan jangkaan dan harapan rakyat sudah tentu menjadi tanda bahawa ada satu harapan pada satu Malaysiadi hari muka.

Selamat bertugas, moga harapan rakyat Malaysia kembali menyinar...

1 comment:

Unknown said...

gapabila DS Nizar diumumkan masih MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, tanpa melengahkan masa beliau mahu meminta perkenan Sultan untuk bubarkan DUN. Dilihat di sini, beliau lebih 'gentleman'. Soalnya, mengapakah UMNO tidak mahu perkara ini berlaku sedangkan ianya adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk rakyat Perak. Kerajaan Perak harus 'visible' dan berjalan. Jangan buang masa. Seharusnya BN perlu manyakinkan semula rakyat di Perak sebagai pembangkang dengan mendekati rakyat sendiri melalui parti komponennya di semua peringkat. 2 tahun lagi PRU akan berlangsung. Rakyat, khususnya golongan muda sedang memerhati dan menilai. Biasanya kami tidaklah suka apabila kucing jantan bergaduh. (saya pasti sdr mengkuang juga tidak suka bunyi itu)yang akhirnya menjatuhkan periuk belanga di dapur! (kejadian ini biasa berlaku di kampung!)golongan muda termasuk saya secara peribadinya masih 'UMNO'. cuma hati kami pada masa ini tidak tetap di situ.Kita sudah ada PM yang bagus sekarang ini. Senang cerita beginilah: UMNO ibaratkan sebagai pasukan Ferrari(kaler pun sama!) dalam F1. Machine sudah bagus, driver pun sudah bagus, tapi crew pulak buat hal cirit-birit. Hangpa makan apa kat PWTC aritu?