Tuesday, August 4, 2009

UMNO Kedah.. ADUN letak jawatan??

Umno Kedah di landa masaalah dalaman yang agak teruk?. Siapa sebenarnya yang menjadi supremo/general di Kedah.?? Datuk Shafei nampaknya menghadapi ujian getir. Timbalannya pula nampaknya hanyut dan tidak dapat mengawal keadaan. Paling teruk seolah-olah tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku, sedang dan kemungkinan akan berlaku!

Minggu lepas kita dengar cerita dari UMNO Padang Serai, Kedah. Terjadi pergaduhan yang memalukan. Minggu ini juga, kabarnya lagi satu bom akan meletup kalau tidak ditangani dengan cermat. Kabarnya, seorang ADUN UMNO akan meletak jawatan kiranya soal peruntukan kepada kawasanya tidak diselesaikan pada 8 Ogos ini. Ini gara-gara tindakan Pengerusi Pembangunan Negeri, yang katanya sewenang-wenangnya memindahkan peruntukan tersebut ke kawasan beliau sendiri dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Negeri.Akibatnya ADUN ini amat tertekan dengan pelbagai desakan dari cawangan..

Di Bahagian Sungai Petani, Di Bahagian Kuala Kedah, Bahagian Pokok Sena juga kabarnya macam-macam berkelodak dan menanti saat untuk meletup.. ..Manakala Ketua-ketua bahagian yang baru menang asyik dok susun strategi nak letak orang dia sebagai perwakilan! Jadi sampai bila pertelingkahan puak-puak di bahagian ini akan reda dan dapat memberi tumpuan kepada kerja. Bagi la peluang mereka bertanding dan memilih tanpa campurtangan ketua bahagian..

Mengapa jadi begini? Pengerusi Perhubungan atau Timbalan Pengerusi Perhubungan atau Setiausaha Perhubungan buat kerja apa? Perkara sebegini sepatutnya tidak boleh dibiarkan melarat menjadi bahan percakapan.Sebarang berita, isu yang berbangkit di bahagian, sekecil mana sekalipun,perlu di siasat segera. Bara api kalau ada perlu dipadamkan dengan segera. Yang di negeri patut menegur yang di bahagian. Yang di bahagian patut meredakan perselisihan dan merapatkan barisan! Tapi diperhatikan perkara saperti ini tidak berlaku dan seolah-olah terbiar dan tak terurus..

Kepimpinan UMNO Kedah apa sudah jadi? Masa semakin singkat! Nampaknya UMNO negeri masih lagi dalam minggu orientasi? Padahal waktu sekarang sudah sampai waktu melaksanakan pelan bertindak! Letih!...

4 comments:

Unknown said...

Pengurusi perhubungan negeri perlu bertindak bijak dan rasional dalam sebarang tindakan yg melibatkan peruntukan/wang. itulah kalau dah ada perasaan tamak untuk kepentingan sendiri atau kawasan sendiri. Hasilnya? Kawasan tergadai dan rakyat mehran yg menjadi sasaran.

Ekeng A/L Etong said...

Sepatutnya pemimpin UMNO terutama di Kedah mengurangkan masalah dan bukan menambah masalah. Pemimpin sejati ialah mereka yang boleh menyesaikan masalah, bukan mencari masalah atau meninggalkan masalah kepada orang lain.

Ramli Mohd Yunus said...

mengkuang,

Saya dengar juga cerita tu. Saya kurang ambil perhatian kerana saya tidak pernah yakin dengan `keberanian' orang orang ini.

Lainlah kalau ADUN tu ada firma guaman besar atau seorang akauntan atau arkitek bertauliah.

Mana mungkin dia boleh hidup tanpa kesenangan yang dinikmati tanpa jawatan politik. Kerana itu sajalah kebolehannya pun.

mengkuang said...

Lana Bulu & Ekeng,
Kepentingan diri adalah duri dalam daging anggota dan kepimpinan UMNO hari ini.Kebanyakan mereka bukanlah penyelesai masaalah tapi dalam banyak hal penimbul masaalah jauh sekali menjadi agen kepada perubahan!

Sdr Ramlee,
Memang dah saya agak pun, biasalah gempaq lebih. Saya sempat mengesahkan berita ini dari orang yang berkenaan. Walaubagaimana pun YAB PM bagi juga la peruntukan yang hilang tu! Itulah tahap pemikiran politik yang ada kepada semua pelaku dalam episod di atas!