Dalam tempoh tidak sampai 10 hari, satu lagi menara kabel eletrik di Sabah menyembah bumi. Semua ini gara-gara harga besi yang melambong sejak akhir-akhir ini. siasatan awal menunjukkan kejadian ini adalah angkara perbuatan mencuri besi..
Rakyat terpaksa bergelap untuk kali kedua. Kerugian kepada semua pihak jika di hitung secara terperinci adalah satu jumlah yang amat besar. Aspek keselamatan merupakan satu perkara yang menjadi isu besar kepada rakyat pada masa kini.
Setiap hari kita melihat dan mendengar pelbagai kes, kecurian, rompakan, samun, bunuh, rogol dll.Bilangan pendatang haram semakin meningkat. Kos hidup rakyat juga terus meningkat. Akibatnya pelbagai gejala jenayah terus menerus berlaku tanpa henti.
Rakyat hanya mahukan kehidupan yang terjamin. Paling tidak keselamatan anak cucu dan ahli keluarga sentiasa selamat. Begitu juga kesusahan saperti terputus bekalan elektrik sepatutnya tidak berlaku. Pihak kerajaan dan PDRM harus mengambil langkah pencegahan yang proaktif bagi mengawal keadaan supaya ianya tidak menjadi lebih gawat. Rakyat tidak selamanya dapat bersabar jika kedaan begini terus berlaku tanpa tindakan yang positif....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr mengkuang,
Di mana-mana pun, jenayah dipengaruhi oleh dua perkara utama; kesempitan hidup dan gaya hidup.
Di Malaysia, pada pengamatan saya, yang kedua itu lebih banyak menjadi puncanya. Dorongan untuk menikmati hidup bergaya telah melahirkan banyak sangat penjenayah, daripada perasuah hinggalah pengemis palsu. Di celah-celah itu muncul segala cabang dan akar jenayah-jenayah lain.
Ada ketikanya saya tertanya-tanya, apa yang kerajaan telah dan sedang buat untuk membunuh akar umbi segala penyakit ini? Apa yang telah dibuat untuk mengubah dan menukar 'kepercayaan' kita terhadap gaya hidup sedia ada?
Kadang-kadang, saya rasa, hampir tiada apa-apa...
Post a Comment