Monday, May 5, 2008

Tak kan melayu hilang di dunia......?

Semalam, baru terbaca kisah askar melayu yang di pilih bagi mengadakan kawalan di istana Ratu Elizebeth khususnya di Istana Buckingham, Windsor Castle, London Tower, di London, United Kingdom. Istiadat pertukaran kawalan di Istana Buckingham selalunya di tonton oleh ribuan pelancung dari seluruh dunia. Segak dan tampan Askar Melayu kita di rantau orang.

Di kecil hati terasa bangga juga dengan kehadiran dan penghormatan yang di beri kepada Askar Melayu Diraja dari Malaysia ini. Jauh di sudut hati sedih pun ada juga. Apa tidaknya selepas mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kita balik ke negri penjajah menjadi jaga dan bahan tontonan orang ramai......

Di selatan semenanjung juga semalam, Keretapi Tanah Melayu, tergelincir dari landasan. ... Satu lagi intitusi dan tinggalan yang sedang di mamah usia.

Semalam juga, Gapena menyembah hasil resolusi persidangan badan-badan bukan kerajaan melayu kepada KDYMM Sultan Johor.

Terkenang, ungkapan tak kan melayu hilang di dunia... Yang tinggal hanya dua institusi ini, Keretapi Tanah Melayu dan Askar Melayu Di Raja sahaja kini.......

2 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam.mungkin kadang kala kita tidak harus menilai semuanya berdasarkan politik semata-mata.Mungkin kita boleh menilai dari persepktif mereka sebagai 'agen' atau 'duta kevil' yang boleh menggamit kehadiran pelancong ke mata dunia.mengapa tidak?

mengkuang said...

Salam ms norafuad,

Setuju dengan pandangan puan cuma akhir-akhir ini kadang-kadang sedih mengenang nasib bakal anak cucu kita dengan kerenah pemimpin politik melayu di Malaysia. terima kasih