Friday, February 6, 2009
Kerajaan Perak.. 'legitimacy' dari rakyat diperlukan...
Perak.. tiada siapa mahukan perkara sebegini berlaku tetapi ianya telah pun berlaku. Malang kepada rakyat kerana pada saat dan ketika ini, sepatutnya masa dan tenaga patut ditumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat telah terbuang dengan pelbagai episod politik yang tidak matang.Sudah tentu jika kita mahu mencari sebab dan salah siapa ianya tidak punya kesudahan... KDYMM Paduka Sultan Perak telah pun memutuskannya.. BN ditakdirkan memerintah Perak mulai hari ini!.
Berdasarkan senario ekonomi dan politik semasa maskini, kerajaan BN hanya mempunyai satu pilihan.. Kerajaan ini harus berusaha keras supaya kerajaan ini mendapat pengiktirafan dan kesahannya (legitimacy) dari rakyat. Semua orang tahu bahawa kelebihan yang diperolehi BN hari ini hanyalah untuk jangka pendek dan kemungkinan akan mengalami kerugian jangka panjang dalam PRU 13 nanti.
'Legitimacy' dari sudut pandangan rakyat adalah sangat penting berbanding dengan legitimacy yang di perolehi melalui undang-undang. Mendapatkan legitimacy dari rakyat sudah tentu UMNO dan BN perlu melakukan perubahan yang total dari segala segi dalam masa terdekat ini. Jika ini gagal dilakukan alamatnya malapetaka yang akan menanti UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.
Moga YAB MB Perak yang baru ini dan keseluruhan anggota BN akan dapat mengubah paradigma, budaya kerja dan politik di Perak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apa khabar?
Tepat sekali sdr. mengkuang. legitimacy rakyat. malang sekali UMNO kini sudah hilang 'gentlemen'nya. Ghairah berpolitik ala 'bunga silat' sahaja, buahnya tiada!
Kesannya, Negara ini sudah menjadi tempat untuk 'Pandirkan Si Pandai'.
kami 'orang muda' mahu ke depan, bukan berlegar-legar di sini.
salam
Sdr See,
Ya, saya setuju, orang muda daan generasi masakini mempunyai ideal yang berbeaza dengan kepimpinan politik masakini.
Negara dan rakyat lebih penting dari kepentingan parti dan individu.
Post a Comment