Thursday, July 9, 2009

1 Malaysia????....tidak lagi dipercayai!!!!!!!!!!!!

Pada mulanya walaupun tidak begitu jelas dan agak kabur dengan konsep 1 Malaysia. Saya cuba juga berfikiran positif demi negara ini!

Sedikit kepercayaan yang ada kepada 1 Malaysia semakin luntur/kabur dan hari ini konsep 1 Malaysia tidak lagi saya percayai!!Semuanya auta dan mainan politik semata..Keputusan kabinet berpatah balik boleh lagi dimaafkan, tetapi membenarkan pengajaran Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa lain di sekolah satu perubahan drastik dan tidak mendatangkan kebaikan kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. Itu baru India dan China, lepas ini bagaimana dengan suku kaum di Sabah/Sarawak??

Parti-parti mewakili kaum China dan India bersorak mendapat sesuatu yang tidak di minta. Kumpulan berkepentingan melayu/saterawan dll baru padan muka..Puas hati mereka ini. Mungkin pemimpin politik UMNO dan sekutu BN pun mersa lega dengan penyelesaian jangka pendek tidak berwawasan ini...

Anak saya di Darjah 6 sekarang ini. Apapun saya akan pastikan beliau akan mengambil SPM atau menamatkan pengajian 11 tahunnya dalam bahasa yang di ajar sekarang! Saya tak izinkan anak saya menjadi 'guinea pig' kepada ahli politik yang yang bermain di galeri dan tidak berjiwa besar dalam membuat polisi demi anak-anak bangsa dan pembentukan negara bangsa Malaysia!!!

Apa lagi yang mahu diserah kepimpinan sekarang kepada .......?????

4 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Bila Kerajaan penuhi tuntutan Melayu, kat Cina dan India pun kena bagi sama. Mana boleh macam tu? Macam dulu, Melayu bangkit tentang penubuhan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Kerajaan ikut pasai Melayu yang tuntut. Tapi selepas Akta IPT diperkenal Kerajaan, maka beratus lagi Kolej dan Universiti semacam KTAR tumbuh atas nama IPTS. Melayu tak kata apa-apa sebab KTAR yang mereka tentang dulu tak jadi dibuat walaupun yang wujud adalah 'yang sewaktu' dengannya! Melayu tak bising walaupun jumlah pelajar Melayu yang menuntut di situ boleh dibilang dengan jari dan dari kalangan ibubapa yang elit.

Isu biasiswa yang baru diumumkan Kerajaan sama jugak. Melayu dapat, Cina dan India mesti boleh dapat. Sapa pandai dia dapat. Latar dan realiti tidak lagi menjadi perkiraan. Anak petani di Guar Kepayang dan anak penoreh getah di Manek Urai(Melayu) dapat PTPTN dan kena bayar balik. Anak taukeh Pasaraya di bandar Sunway yang gajinya lebih daripada gaji PM dapat biasiswa dan tak payah bayar balik. Melayu tak bising sebab tahu anak Melayu tak pandai belajar.

PPSMI pun sama. Kalau benar pelajar Melayu belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu, Cina dan India juga boleh belajar dalam bahasa ibunda mereka. Boleh begitu? Ini bukan soal bahasa ibunda, atau kerana bahasa ibunda lebih senang dipelajari. Ini soal bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara!

Saya tak pasti adakah pelajar Cina dan India di Thailand atau di Indonesia atau di Korea atau di Jepun belajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda mereka. Yang saya tahu, pelajar Melayu di Singapura wajib belajar semua subjek dalam BI. Itu pun Melayu di sana tetap ketinggalan!

Pejuang Bahasa sudah berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dalam masa yang sama mereka mendesak Kerajaan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Itu perjuangan mereka!

Dan saya yakin mereka juga tidak bersetuju supaya murid-murid Cina dan India dibenarkan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.

Sama seperti isu PPSMI dulu, suara mereka tidak didengari. Apabila ada campur tangan politik oleh pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh, keadaan semakin semakin parah. Bila ini terjadi, pejuang bahasa dituduh kononnya isu itu dipolitikkan. Sebenarnya isu itu telah digunakan oleh kumpulan politik murahan untuk meraih simpati dan sokongan. Sedangkan sekian lama pejuang bahasa berkukuk dan menyalak, tiada siapa peduli.

Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu bukan tanggungjawab pejuang bahasa saja, juga kepada semua yang mengaku dirinya Melayu.

mengkuang said...

You are right sir!I rest my case , mulai hari ini saya bebas dari menyokong kepimpinan ini! .....

Ekeng A/L Etong said...

Kadang-kadang aku naik melugai dengan kerenah pemimpin kita. Beralah yang keterlaluan. Takut tak tentu pasai.

Sanggu padi:- "kera di hutan dusuai. Anak sendiri mati tak makan!"

Leen said...

way to go !