Memang sukar pemimpin UMNO untuk berubah, dari atas sampai kebawah.. Penegenndalian isu PPSMI jelas pendekatan yang di ambil tanpa wawasan dan bersifat populist. Tidak cukup dengan kembali kepada penggunaaan Bahasa Malaysia dalam PPMSI, kabinet membenarkan penggunaan bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan China dan Tamil. Pembentukan 1 Malaysia yang dilaungkan semakin lari dari visinya dan sudah tentu jauh dari matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan..
Di Kelantan, rakyat di ugut dan di gertak dengan cara yang halus yang kononnya projek pembangunan hanya akan dilaksanakan jika BN menang dalam pilihanraya. Jika ungkapan begitu diluahkan oleh pemimpin bawahan boleh lagi dimaafkan, tetapi 'janji' ini datangnya dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Malang sungguh orang melayu di kawasan berkenaan.. Kerajaan sanggup berbelanja berbilion ringgit untuk membaiki pasarana di Kuala Lumpur meliputi soal mengatasi banjir, masaalah kesesakan trafik, perumahan,landskap dll. Lebih dari itu segala fasiliti serba moden dibangunkan di kotaraya Kuala Lumpur. Malah di Pulau Pinang disediakan bas Rapid Penang dengan subsidi yang banyak dari kerajaan. Jambatan Pulau Pinang di buat dengan belanja berbillion ringgit.. Untuk siapa?
Pengundi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, rata-rata adalah bukanya penyokong kerajaan.Begitu juga lah pengundi di Manek Urai. Jadi apa yang berbeza di antara penduduk di Manek Urai dengan penduduk di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur???? Sudah tentu banyak bezanya Manek Urai dengan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur!! Jadi mengapa membina satu jambatan melintasi sungai, bantuan rumah kepada yang miskin, pun jadi bahan politik serta ugutan untuk mendapat undi!!Jelik dan memalukan bangsa melayu!!
Kalau beginilah caranya pemimpin UMNO dan BN berpolitik di zaman perubahan ini,Mereka masih lagi bersikap feudalistik. Kita tidak terkejut jika BN akan tersungkur lagi di Manek Urai.. Susahnya pemimpin kita memahami hati rakyat, jauh lagi untuk berubah!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Akibat 'double standard' ini juga kadang-kadang merugikan UMNO sendiri. Apa yang dilakukan oleh BN di Kelantan adalah contoh cukup ketara. Ada pemimpin BN memberitahu bahawa Kerajaan BN sekali-kali tidak akan menyisihkan sesiapa (rakyat) walaupun berbeza fahaman politik. PAS berkuasa di Kelantan tapi Pusat tetap juga melaksanakan pembangunan di sana dan ini dianggap sebagai tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada negeri.
Keadaan serupa kini berlaku di Kedah. Pembangunan masih berjalan ke segenap kampung. Rakyat beranggapan, biarpun ditadbir parti Pembangkang, tugas Pusat kepada negeri harus ditunaikan. Dan sebahagian rakyat lebih selesa dengan situasi sebegini.
Hanya yang resah-gelisah ialah dari kalangan pemimpin UMNO kerana keyakinan rakyat semakin terhakis.
Post a Comment