Monday, April 7, 2008

masih dalam sindrom penafian.....


Kekalahan BN dan UMNO dalam PRU12 adalah berpunca dari Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh dan perbuatan sabotaj ?? Itu adalah intipati alasan yang dikemukakan oleh PM dalam sidang akhbar selepas perjumpaannya dengan wakil-wakil UMNO seluruh Malaysia. Nampaknya analisa PM, semua kekalahan dalam PRU12 berpunca dari orang lain.

Presiden UMNO, PM, Pak Lah dan KJ tak salah!Kepimpinannya yang lemah tak salah. Faktor-faktor saperti jenayah yang meningkat (hasil survey prof UIA), kenaikan harga barang, keselamatan yang tak terjamin, kenaikan harga minyak, rasuah, nepotisma dan peluang perniagaan terhadap anak menantu, pengurusan ekonomi yang lemah, hilang kepercayaan pelabur asing, pengendalian kes-kes agama dan minoriti, putarbelit Utusan, NST & TV3, ECM Libra, MAS vs Air Asia, pengendalian HINDRAF, mencabar rakyat di peti undi, pemilihan calon-calon pra pemilihan UMNO, kabinet dapur tingkat4, kerakusan pemimpin UMNO mendapat projek dan menebang balak di negeri-negeri, politik menakutkan rakyat i.e. menghunus keris dalam sidang UMNO, etc, etc,.......... Semua ini tidak menjadi faktor kekalahan.

Saperti biasa TV3, RTM akan mendapatkan ulasan dari tukang ulas saperti Syed Hamid, Ali Rustam, Khaled Nordin, Muhammad Muhd Taib, Zahid Hamidi dan Nazri Aziz untuk mengiakan semua hujjah PM. Orang utara kata mereka ini akan jadi nasi tambah. Pendek kata orang UMNO yang memangkah PAS pada pilihanraya yang lalu semuanya bodoh belaka. Begitu juga orang India yang duduk di pondok panas PAS dan PKR semuanya bodoh-bodoh belaka. Orang-orang China MCA dan Gerakan yang memberi undi kepada DAP, PAS dan PKR juga adalah bodoh???? Maka bertepuk tangan lah orang-orang UMNO di PWTC kerana PM telah mendapat dan memberi jawapan kenapa BN dan UMNO kalah teruk dalam PRU12 baru-baru ini.

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya!... Cuma kita menanti mungkin akan ada Jebat di kalangan pemimpin UMNO yang berani berkata benar dan tidak hidup dalam sindrom penafian saperti Pak Lah dan kabinetnya kini..........
Dulu saya ada menceritakan bagaimana Tan Sri Sanusi menceritakan tentang Anwar Zaini orang kuat Pak Lah. Agaknya Pak Lah pun sama dengan penasihat beliau....... dia tahu dah dia nak mati di langgar kenderaan, cuma kalau lori, dia memilih biarlah ia mati di langgar roll royce... saperti di Perlis dan Terengganu kot.... Kita tunggu dan lihat.





No comments: