Bermula dengan Kedah, Penang dan hari ini di Johor, semuanya mahukan Pak Lah berundur. Kedah dengan Penang amat berterus terang mungkin kerana lebih bebas. Manakala Johor agak lebih beradab kerana berdepan dengan Pak Lah sendiri. Difahamkan tiga ketua bahagian telah mewakili UMNO Johor secara jelas meminta Pak Lah membincangkan dengan Dato Najib mengenai proses peralihan kuasa. Malam tadi kabarnya Dato Najib pula mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Johor....
Berdasarkan hasil perjumpaan di tiga negeri, jelas Pak Lah di minta mengosongkan kerusi PM dan juga Presiden UMNO Malaysia. Dato Najib dan rombongannya di jangka mendapat jawapan yang sama bila berada di Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu. Hanya Melaka dan Negeri Sembilan yang mungkin menyokong Pak Lah. Itu pun belum tentu, pemimpin akarumbi mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan pemimpin negeri.
Permintaan secara lantang , berterus terang dan terbuka ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Dato Najib dan lain-lain ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Permintaan dan rayuan ini menuntut satu penyelesaian yang bijak di buat terutama sekali jika Pak Lah masih lagi berdegil dengan sikapnya yang masih mahu meneruskan kepimpinan beliau. Bila isu saperti di bawa ke peringkat cawangan semasa mesyurat tahunan bulan Mei/Jun nanti ianya akan menjadi lebih parah.
Hanya satu pilihan yang Pak Lah ada.... menetapkan hari, supaya pertukaran pemimpin dapat di buat secara sempurna dan tertib...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment