Saturday, April 5, 2008

pembaharuan UMNO....


Secara resmi satu usul untuk EGM dan pindaan perlembagaan telah diluluskan oleh UMNO Gua Musang. Sebelum ini UMNO Cheras dan Muar telah bersuara tapi belum mengadakan EGM mereka. Semalam Hishamudin mengumumkan untuk tidak memeprtahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ruang dan permulaan pembaharuan UMNO Malaysia mula terbuka!

Sudah pasti Ketua Pemuda UMNO akan terdiri dari muka baru. Hishamudin sendiri mengakui telah sampai masanya orang baru mangambil alih teraju kepimpinan sayap UMNO itu. Beliau juga sedar beliau bukan lagi aset kepada Pemuda malah akan menjadi tanggungan. Sekurang-kurangya beliau membuka ruang ke arah pembaharuan Pemuda Umno. Yang penting tiada lagi keris dan retorik dalam pemuda.

Sudah pasti ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) juga memerlukan muka-muka baru yang bukannya pak turut dan tukang angguk macam yang ada sekarang ini. Sepatutnya ahli MT yang ada sekarang boleh menyelesaikan masaalah kepimpinan UMNO sekarang dengan mudah jika mereka berani mendesak dan meminta Pak Lah meletak jawatan. Malangnya semua mereka menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk dan akibatnya UMNO di lihat sekarang ini sebagai satu parti yang sangat lemah. Barangkali sampai masanya keseluruhan ahli MT yang ada di ganti dengan muka-muka baru yang boleh membuat pendirian sendiri dalam saat-saat kritikal saperti sekarang ini.

Tiga jawatan Naib Presiden UMNO juga perlu di ganti. Penyandang yang ada sekarang, Dato Ali dan Mahyuddin juga sangat lemah dan merupakan pak turut yang utama dalam mengekalkan Pak Lah. Kalau ahli MT menjadi pak turut, sepatutnya Naib Presiden boleh memberikan sedikit petunjuk kepada kebaikan parti. Malangnya mereka juga terjebak dengan politik ampu bodek tidak bertempat dan akhirnya kehadiran mereka sebagai bakal pengganti kepimpinan amat tidak berguna lagi. UMNO tidak kekurangan pemimpin, jadi orang saperti Khir Toyo, Husni Hanazalah, tokoh-tokoh dari Sabah patut mengisi tempat ini.

Timbalan Presiden sekarang, Dato Najib berada dalam keadaan yang rumit. Politik selamat yang cuba di bawa oleh beliau mungkin menjerat diri. Sementara ahli UMNO masih sayangkan Najib, Tun Mahathir masih menyebut namanya, Najib harus membuat perkiraan yang stratejik. Tsunami yang melanda PRU12 tetap akan berulang dalam pemilihan parti kali ini.
Barangkali Dato Najib dapat bertahan dan selamat.

Kedudukan Presiden UMNO bagai telor di hujung tandok. Undi tak percaya di Parlimen akan menjadi ujian pertama. Jika ahli UMNO berjaya mengadakan EGM dan bilangannya mencukupi atau terdapat cukup bahagian dalam mencalunkan Tengku Razalegh, sudah pasti Pak Lah terpaksa berdepan dengan pertandingan dan kemungkinan akan kalah.

Sindrom penafian dan ampu bodek pemimpin UMNO yang ada sekarang akan melingkupkan UMNO. Yang jelas jika Pak Lah terus kekal sebagai pemimpn UMNO, bermakna dalam PRU13 nanti UMNO akan lenyap dan tidak akan relevan lagi. Jika ada kesungguhan membuat perubahan, ruang masih ada lagi bagi UMNO dan BN tetapi ahli UMNO perlu bertindak berani.

Ruang untuk pembaharuan ini sudah dan boleh bermula dengan Pergerakan Pemuda UMNO. Yang jelas Khir Toyo dan Mukhriz telah menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda. Khairy masih membisu dan masih tak berani bersuara takut akan bahang yang akan melanda. Bagi membolehkan satu lawan satu, Khir Toyo dan Mukhriz harus membuat pakatan stategik untuk berdepan dengan Khairy dalam pemilihan akan datang.

Dengan penggantian kepimpinan Pemuda UMNO, sekurang-kurangnya ia akan menjadi petanda bahawa akan banyak lagi perubahan malah hingga pucuk pimpinan akan berlaku perubahan. InsyaAlah UMNO akan terus kekal relevan dalam masyarakat Malaysia...

No comments: