Sunday, June 21, 2009

PAS semakin kukuh ....UMNO indah kabar dari rupa!!

Kerjaan PAS di Kedah semakin hari semakin kukuh. YAB Ustaz Azizan walaupun nampak 'slow'tetapi beliau semakin 'steady', semakin berkeyakinan dan dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan rakyat kepadanya. Di peringkat nasional beliau juga di dapati dapat mengemukakan pendapat yang tidak konvensional. Dalam kata lain beliau mempunyai sudut pandangan tersendiri dalam sesuatu isu. Beliau di segani oleh segenap lapisan rakyat terutama di Kedah.. Satu pencapaian yang cemerlanglah kalau di kira masa yang baru setahun memerintah Kedah.. Teruskan ustaz khidmat baik tersebut!..

Di satu pihak lagi UMNO sedang menuju kehancuran....Perlantikan Ketua, Timbalan dan Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan UMNO negeri Kedah nampaknya serba tak kena.YB Dato Shafie sibuk dengan tugasan sebagai menteri di Kuala Lumpur. Timbalan Pengerusi hanya boleh mengharapkan arahan dan sangat bergantung kepada unit pusat sumber. Beliau sendiri tidak mempunyai ide dan bukan seorang agen perubahan. Yang jelas unit ini pun tidak pernah mendapat restu dari ketua-ketua bahagian di Kedah sejak zaman Tok Det lagi. Ketua Penerangan, kabarnya menjadi ahli di Bukit Bintang dan juga sibuk dengan tugasan menterinya. Hingga kini jawatankuasa pun belum di bentuk. Pandai berceramah agama belum tentu bijak dalam menggerakkan organisasi. YB Nawawi, Setiausaha Perhubungan, di Langkawi.. Setiausaha kerja di pinggirkan dan akhirnya bangunan UMNO senyap dan sunyi, tiada perancangan strategik, tiada aktiviti, tiada kepimpinan dan tiada kunjungan serta sokongan dari ketua-ketua bahagian.. Petanda yang amat burok kepada UMNO Kedah....Najib mengharapkan dahan yang rapuh di Kedah.

Sementara itu, Ketua Wanita pun kabarnya tidak mendapat sambutan malah tidak balik ke Kedah, apatah lagi mengadakan mesyuarat. Puteri pun, katanya berpecah dua dan sudah tentu Pemuda pun masih lagi berpecah dua puak..Orang KJ, orang Mukhriz masih lagi menebal. Ini semua petanda yang bagus kepada kerajaan dan parti PAS di Kedah yang semakin mantap, baik dari segi kepimpinan atau pun organisasi.

Rakyat Kedah mempunyai pilihan yang amat jelas dari segi kepimpinan politik di Kedah. Jelas, kepimpinan PAS dapat menonjolkan pemimpin dan bentuk kepimpinan yang sederhana dan berwibawa. Sementara itu UMNO pula, amat jelas tiada ada kepimpinan atau tokoh yang dapat memikat hati rakyat..Lebih dari itu tidak ada keupayaan dalam menggerakkan rakyat melalui aktiviti parti mereka. YAB Dato Seri Najib terjebak dengan kroninya di Kedah yang sebenarnya amat lemah..

Kepada rakyat Kedah, setakat ini PAS dapat memberi alternatif yang baik. UMNO sedang hanyut dengan kelemahan dan kepentingan diri kepimpinan pemimpin mereka. Moga-moga kepimpinan di Kedah akan membawa rakyat ke arah kesejahteraan dan kerajaan mendapat kesahan yang jitu dari rakyat...