Thursday, April 15, 2010

Masih marahkah rakyat Hulu Selangor???

Jelas kepimpinan BN masih tidak berubah. Kerusi Hulu Selangor dikhaskan kepada MIC.. Jadi konvensyen BN di ikuti. Dalam situasi ini jelas Dato Seri Najib (DSN) dan Samy Vellu terkelompok dalam kumpulan pemimpin yang mahukan konvensyen lama di ikuti, masing-masing tidak mahu menggoncang bot yang ada.. Jadi kesimpulannya pemilihan calun bukanlah mengambilkira pandangan pengundi, rakyat dan keputusan PRU12 dulu. Malah nampaknya BN sanggup kalah demi menjaga dan mengekalkan status-quo pembahagian kerusi

Manakala PKR pula dapat memilih calun tanpa terikat dengan konvensyen yang agak kolot saperti yang diamalkan oleh BN. Mereka memilih calun berdasarkan kemampuan, kebolehan dan sudah tentu mengambilkira tentang segala perubahan yang sedang berlaku masakini.

Kata orang nombor tidak berbohomg Dalam PRU12, jelas hampir 6,000 pengundi BN tidak memilih calun MIC. Jelas. Kemungkinan besar mereka ini adalah terdiri dari orang-orang melayu dan mungkin juga mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang India sendiri. Isunya mungkin juga berkaitan soal orang-orang India/HINDRAF dan juga calun MIC itu sendiri. Sudah tentu banyak lagi faktor yang boleh di ambilkira tetapi yang jelas BN telah di tolak walaupun tidak sepatutnya kalah.

Bagaimana BN atau pun PKR boleh merasa yakin untuk menang pada pilihanraya kecil ini?
Masing-masing mungkin boleh mencapai kemenangan kiranya faktor berikut menjadi sebaliknya;
a. Perubahan yang sedang dilakukan oleh DSNR di terima rakyat?
b. Orang melayu sudah melupakan apa yang telah dilakukan oleh HINDRAF ?
c. Calun BN dapat di terima oleh orang melayu dan India di Hulu Selangor?

Setakat ini amat sukar untuk memberi jawapan yang positif terhadap semua soalan di atas. Nampaknya jika kepimpinan yang ada begitu susah untuk berubah,apalah sangat di harap rakyat dan pengundi untuk berubah.. Moga keputusan pilihanraya ini akan menjadi penanda aras bagi perubahan politik di Malaysia...