Thursday, February 26, 2009

TOLLLLLLLLLLLLLLLLLLL LAGI!!

Kerajaan BN ini dah nyanyuk dan hilang pertimbangan. Dua pengumuman pembatalan tol di KL dan Selangor masih lagi panas dan tiba-tiba timbul pengumuman baru kenaikan TOL LEBUHRAYA PLUS.

BN tidak akan pulih dan akan kalah dalam pilihanraya ini. Satu undi pada pembangkang pada PRU akan datang. Selamat jahanam BN di Kedah dan Malaysia.

Thursday, February 19, 2009

Ketua Pemuda UMNO... siapa ?


Buat pertama kali mereka, di depan penonton dan mungkin juga ahli UMNO berbahas di depan TV. Para perwakilan mungkin telah berjumpa mereka begitu juga sebaliknya. Masa berkempen pun telah berlalu terlalu lama dan masih lagi ada masa hampir sebulan lagi. Berbagai macam tanggapan, ulasan, janji dan ganjaran telah bertukar tangan.

Melihat tiga calon ini, mengambilkira politik dewasa ini, merenung masa depan UMNO siapa calon yang paling layak? Perwakilan Pemuda boleh menanyakan pelbagai soalan, menggunkan pelbagai indikator tetapi harus menjawab satu soalan sebelum membuat pemilihan...

Kesimpulannya.. "Siapakah yang akan menjadi beban kepada UMNO jika terpilih nanti" akan menjadi satu kriteria yang amat penting yang perlu di jawab, demi kelangsungan UMNO dan BN dalam PRU13 nanti

Wednesday, February 11, 2009

Ketua UMNO Bukit Gantang, Bukit Selambau dan KJ...

Bahana panas di Perak baru bermula akibat dari perubahan kerajaan Pakatan Rakyat kepada BN. Lagi, pilihanraya kecil akan menguji kematangan rakyat dan pemimpin parti politik. Kita lihat pelbagai tingkahlaku pemimpin politik PAS, DAP dan PKR di satu pihak dan pemimpin BN pula di satu pihak yang lain.

Pakatan Rakyat boleh dikatakan telah sepakat tentang calon dari parti mana yang akan di letak di kedua kawasan pilihanraya.Di sebalik kenyataan pedas Karpal terhadap Anwar, Lim Kit Siang serta Hj Hadi, mereka bersedia mengenepikan politik dalaman demi memberi fokus kepada pilihanraya ini.

Sementara itu,dua ketua bahagian UMNO dari Merbok dan Bukit Gantang secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan keras mahukan calon bagi kedua kawasan dari kalangan bahagian UMNO yang berkenaan. Seolah-olah sudah ada kata dua kepada pemimpin pusat supaya mendengar kata-kata mereka. Di satu pihak lagi, Khairy Jamaludin (KJ) juga mengeluarkan kenyataan yang emosional di Perak supaya bintang kebesaran Nizar di tarik balik. Kenyataan ini juga bunyinya keras tanpa menggunakan otak tanpa faedahnya kepada BN dan UMNO Perak.Ketika semua orang sedang berusaha mententeramkan suasana, mereka ini sibuk dengan kenyataan yang tidak perlu dan remeh.

Kenyataan ketiga-tiga pemimpin UMNO ini penuh dengan nada bongkak dan jauh sekali berhemah. Ide dan strategi lama pemimpinm UMNO. Tiga kenyataan dari dua ketua bahagian UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak pernah belajar dari kekalahan dalam PRU12 yang lalu.. Kenyataan mereka lansung tidak membantu UMNO dan BN Perak dalam menangani kegawatan politik masakini. Datuk Seri Najib melalui jalan yang lebih sukar memulihkan BN di mata rakyat dengan mempunyai pemimpin yang meletak otak mereka di kepala lutut sebegini.

Ini merupakan petanda awal satu lagi malapetaka kepada UMNO...

Friday, February 6, 2009

Kerajaan Perak.. 'legitimacy' dari rakyat diperlukan...


Perak.. tiada siapa mahukan perkara sebegini berlaku tetapi ianya telah pun berlaku. Malang kepada rakyat kerana pada saat dan ketika ini, sepatutnya masa dan tenaga patut ditumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat telah terbuang dengan pelbagai episod politik yang tidak matang.Sudah tentu jika kita mahu mencari sebab dan salah siapa ianya tidak punya kesudahan... KDYMM Paduka Sultan Perak telah pun memutuskannya.. BN ditakdirkan memerintah Perak mulai hari ini!.

Berdasarkan senario ekonomi dan politik semasa maskini, kerajaan BN hanya mempunyai satu pilihan.. Kerajaan ini harus berusaha keras supaya kerajaan ini mendapat pengiktirafan dan kesahannya (legitimacy) dari rakyat. Semua orang tahu bahawa kelebihan yang diperolehi BN hari ini hanyalah untuk jangka pendek dan kemungkinan akan mengalami kerugian jangka panjang dalam PRU 13 nanti.

'Legitimacy' dari sudut pandangan rakyat adalah sangat penting berbanding dengan legitimacy yang di perolehi melalui undang-undang. Mendapatkan legitimacy dari rakyat sudah tentu UMNO dan BN perlu melakukan perubahan yang total dari segala segi dalam masa terdekat ini. Jika ini gagal dilakukan alamatnya malapetaka yang akan menanti UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

Moga YAB MB Perak yang baru ini dan keseluruhan anggota BN akan dapat mengubah paradigma, budaya kerja dan politik di Perak..

Wednesday, February 4, 2009

Kerajaan Perak...Di mana Hak Rakyat???

Pakatan Rakyat (PR) memulakannya dengan mengumumkan ramai MP BN akan menyertai PR. Penasihat PKR memainkan peranan penting. Akhirnya ahli DUN Bota dari BN menyertai PKR. Anwar dan MB Perak membuat kenyataan yang menyokong tindakan YB Bota. Sekarang, sekejap tadi empat anggota DUN dari PR menyertai BN. Akhirnya kerajaan PR di Perak tumbang! Sudah tentu pelbagai drama yang kita dengar dan lihat dalam seminggu yang lepas hingga ke hari ini..

Apakah perkembangan ini sesuatu yang sihat. Rakyat telah memilih kerajaan yang mereka inginkan dalam PRU 12 yang lalu. Adalah jelas rakyat mahukan perubahan. Malangnya kerajaan yang diberikan kuasa sibuk dengan pelbagai isu politik yang tidak langsung produktif dengan pelbagai polemik dan kadang-kadang untuk memuaskan ego dan kepentingan peribadi, parti dan kaum tersendiri..

UMNO dan BN juga mempunyai perangai dan kelakuan yang hampir sama dengan pihak PR. Banyak masa di buang dengan isu-isu politi dalaman parti dan masih mementingkan diri tanpa mengambil kira pendapat ahli dan rakyat dan jauh sekali mengambil pengajaran dari kekalahan dalam PRU 12 yang lalu. BN menari mangikut gendang yang di palu oleh PR..

Tindakan BN mengambil alih kerajaan Perak dengan cara begini, sudah tentu bukan dengan kehendak rakyat. Untuk berlaku adil kepada rakyat, bagi menyelesai kemulut ini adalah lebih baik jika rakyat di beri hak mereka untuk memilih. Sesungguhnya kedua pihak di benci rakyat akibat dari kemelut ini.......