Sunday, December 27, 2009

KPI Umno Kedah ??? mai pakat tambah....

Presiden UMNO sibuk dengan KPI untuk kerajaan BN dengan menetapkan beberapa 'Key Result Area' (KRA) yang ingin di capai. KRA terpaksa dilaksanakan memandangkan rakyat dah naik muak dengan kerajaan yang sekian lama, terutama zaman Pak Lah, yang membiarkan negara ini hanyut tanpa pelan strategik yang jelas sehingga rakyat merasa tidak selamat dan tidak berpuashati dari pelbagai aspek yang menyentuh kehidupan mereka!

PRU13 tidak lagi lama masanya. UMNO Kedah masih lagi lena. Ramai kawan-kawan memberi masa 100 hari kepada kepimpinan baru UMNO Kedah untuk beraksi. 100 hari telah berlalu begitu lama.. Hingga kini tidak ada gerakan dan usaha yang strategik di buat bagi menawan semula Kedah dari pihak pembangkang. Tidak ada pelan untuk menawan kawasan yang kalah, tidak ada pelan bagi meningkatkan jumlah yang akan menyokong BN bagi kawasan yang menang tipis,tidak ada pelan untuk mendekati ahli BN yang lain. Yang ada hanya hanyut dengan usaha personaliti tertentu tanpa objektif yang jelas..Pemimpin yang ada tidak mampu menerima cabaran yang terbentang di depan mereka..

Jadi untuk membolehkan UMNO menawan semula Kedah dicadang KRA di bawah sebagai KPI pemimpin-pemimmpin UMNO Kedah.. Pakat tambahlah kalau perlu....

1. Pemimpin UMNO negeri kena capai mesyuarat sifar 0
2. Pemimpin UMNO negeri kena cari harta/kontrak banyak berjuta-juta..
3. Pemimpin UMNO negeri kena buat pekak tentang semua rungutan/sebab kalah PRU12 dulu
4. Pemimpin UMNO di DUN kena sokong kuat kerja baik kerajaan PAS di dalam dewan
5. Pemimpin UMNO bahagian kena tidur bagi cukup
6. Pemimpin UMNO bahagian kena terus berkelahi dengan musuh politik mereka
7. Pemimpin UMNO bahagian tak payah buat aktiviti dengan komponen BN lain
8. Ahli UMNO terus komplen semua pemimpin UMNO dan puji pemimpin PAS
9. .....

Selebihnya pakat tambahlah.....

Wednesday, December 2, 2009

DAP pijak gambar atau pijak kepala?????

Semalam sebahagian anggota pembangkang bergelar Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk memijak gambar bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah keluar dari pakatan untuk menjadi ahli dewan bebas.Anggota DAP ini bukan sahaja memijak gambar bekas ahli DAP malah turut memijak gambar bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan kongsi mereka.

Bekas MB kerajaan Pakatan Rakyat di Perak juga telah menunjukkan perlakuan yang tidak kurang biadap terhadap Kebawah DYMM Tuanku Sultan Perak, kepada persidangan dewan rakyat malah berterusan mempertikaikan keputusan perlantikan YAB MB yang baru. Sudah tentulah tindakan tersebut dengan sokongan dan mungkin juga desakan parti DAP Perak.

Lebih burok, perkara ini melibatkan pemimpin kanan parti DAP saperti Lim Kit Siang dan anaknya YAB Lim Guan Eng. Penghinaan dengan memijak gambar dan sudah tentulah yang di pijak itu gambar muka dan kepala orang-orang yang berkenaan. Ini baru kesalahan mereka ini mahukan hak asasi, hak demokrasi, mereka untuk berubah parti di dalam politik. Makna demokrasi kepada kumpulan orang, parti dan DAP akan berubah mengikut keperluan mereka. Agaknya jika ada anggota DUN atau MP dari parti lain di Malaysia yang berpindah kepada DAP, adakah tindakan memijak kepala mereka ini akan di buat???

Kepala dengan orang melayu adalah satu perkara yang amat bernilai kerana ianya amat berkaitan dengan maruah dan harga diri sesorang. Tidak ada melayu yang mmenyokong perbuatan tersebut sama ada mereka menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang!! Kadang-kadang bila cacing sudah naik ke mata, orang suddah lupa daratan! Bila sudah taksub, orang mudah hilang pertimbangan! Barangkali inikah bentuk Malaysian Malaysia yang mahu diperjuangkan oleh DAP dan rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.. ????Barangkali juga ini adalah manifestasi sokongan DAP kepada 1Malaysia BN.........??

Tuesday, November 24, 2009

Pak Abu vs Isa Samad??

YB Pak Abu memang dikenali di kawasan Jerlun oleh pelbagai pihak. Sudah tentu beliau lebih dikenali di kawasan Kota Siputeh. Beliau bolehlah dikira sebagai wakil rakyat yang sentiasa berada di kawasannya dalam berbagai situasi di tempat kenduri, majlis tertentu, dll. Dia juga adalah ketua bahagian Jerlun!

Adalah tidak sesuai membandingkan beliau dengan YB Tan Sri Isa Samad yang juga merupakan Ketua Bahagian. Isa mempunyai pengalaman sebagai bekas menteri besar NS dan merupakan Ketua Bahagian yang mempunyai sokongan padu dari seluruh ahli dan AJK bahagiannya.

Pak Abu menang dalam PRU12 tempoh hari pun hanya dengan jumlah majoriti yang sedikit 400 lebih. Itu pun dalam keadaan bahagian yang padu tanpa sebarang pertelingkahan. YB Pak Abu dalam keadaan sekarang terpaksa berhadapan dengan masaalah pengikut bekas ketua bahagian yang lama Dato Othman Ariffin. Kita tidak nampak dalam masa terdekat soal bekas ketua dan pengikutnya dapat diselesaikan.. Amat tipis untuk YB Pak Abu untuk memenangi semula kerusi berkenaan jika dicalunkan semula oleh BN!

Sekurang-kurangnya ada baiknya pilihanraya kecil di sini kepada pihak UMNO dan BN. Pemimpin UMNO negeri yang sedang tidur lena sekarang ini dapat menjadikan pilihanraya ini sebagai medan menguji kesediaan mereka menghadapi PRU13 nanti.

Hanya calon yang lebih neutral dan boleh di terima oleh kedua pihak, merupakan calon yang lebih sesuai untuk di pilih oleh BN. Kesilapan memilih calon akan membawa padah....

Thursday, November 19, 2009

Bekas Mufti Perlis dan Bekas YB DUN Kota Seputeh...

Tak lama lagi DUN Kota Seputeh akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil. Mahkamah telah memutuskannya. Keputusan ini bertentangan dengan keputusan SPR yang sebelum ini mengistiharkan tidak berlaku kekosongan. Semua ini berpunca dari tindakan YB Speaker Kedah yang mengesahkan bahawa YB Datuk Abu Hassan Sarif telah tidak hadir mesyuarat dewan sebanyak dua kali berturut-turut. Dengan demikian beliau menggunakan pakai peraturan sewan undangan negeri Kedah dan mengistiharkan kekosongan di DUN Kota Seputeh. Beliau mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya.!

Di Selangor baru-baru ini heboh kes penangkapan bekas Mufti Perlis. Kabarnya penangkapan ini adalah berpunca dari penggunaan kuasa dan perlanggaran peraturan undang-undang di Selangor. Bekas Mufti ini telah berceramah di Masjid tanpa mendapat tauliah saperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan memberi ceramah agama di Selangor. Pihak penguatkuasa mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya dan akibatnya beliau ditangkap...

Undang-undang dan peraturan di buat untuk dilaksanakan dan di patuhi oleh semua rakyat. Kita yakin Bekas Mufti sangat faham tentang peraturan dan undang-undang memberi ceramah di Malaysia. Begitu juga YB Dato Abu Hassan setelah empat penggal menjadi wakil rakyat sudah tentu faham undang-undang dan peraturan dewan. Jadi kalau dah tahu memang ada undang-undang yang kusus mengenainya mengapa ianya tidak dipatuhi atau sengaja mahu melanggar peraturan tersebut!

Kata orang Kedah, baru padan muka! Kes begini adalah jelas dan tidak perlu simpati kita rakyat biasa.....

Monday, November 9, 2009

'white power in black face'......

Demonstrasi di depan rumah putih menuntut supaya Obama menarik balik askarnya dari Afganistan dan juga Iraq.. Presiden USA itu di anggap alat orang putih dengan dasar imperialis yang berterusan..

Tetapi pada masa yang sama Presiden US ini telah berjaya mendapat persetujuan Kongres bagi meluluskan undang Penjagaan Kesihatan yang sekaligus memberi perlindungan kepada lebih 36 juta rakyat @ dan akhirnya 96 % rakyat Amerika akan mendapat insuran perlindungan kesihatan....Beliau yakin pada penghujung tahun ini beliau akan menandatangani undang-undang tersebut walaupun banyak mendapat tentangan dari pihak Konservatif..

Kepantasan membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada majoriti rakyat adalah yang paling menarik. Memang satu revolusi besar kepada rakyat Amerika yang sekian lama tidak mendapat perlindungan kesihatan. Selain dari itu banyak lagi keputusan-keputusan lain yang telah di ambil dalam masa yang singkat!Keputusan besar dalam masa yang singkat!

Pembaharuan yang kita harap berlaku di Malaysia banyak.. Yang menjadi kerisauan dan keperihatinan kepada rakyat Malaysia i.e. ekonomi yang lembab, sistem pendidikan yang bercelaru, ketelusan dan rasuah, sistem penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian yang lemah, keselamatan rakyat, kebanjiran pendatang haram dll, seolah-olah tiada ada penyelesaian dan penghujungnya..

Ahli politik bercakaran sesama sendiri, kematangan berpolitik jauh sekali. Parti yang memerintah masih lagi di peringkat retorik dan slogan tanpa tindakan penyelesaian. Penyelesaian, penyelesaian yang diikuti dengan polisi yang mantap dan undang-undang jika perlu, bukan tindkan dan penyelesaian perhubungan awam dan setengah masak! Jauh lagi Malaysia ini... apatah lagi dengan kepimpinan yang ada masakini!. Harap-harap anggapan saperti 'white power in black face' kepada Obama tidak melarat kepada pemimpin politik di Malaysia..

Monday, November 2, 2009

Belanjawan;....Najib pun sama macam Anwar

"Anwar ni tak habis-habis menyusahkan aku!". Apa pasai yang hang marah sangat kat Anwar ni? "Dari dulu, sejak aku dalam BTN, sampai dia jadi menteri la ni dok menyusahkan aku lagi". Pasai apa? "Cuba hang tengok surat khabar ni, nampak tak dia pekena aku lagi, tak pasal saja aku kena bayar service charge kredit kad.. Tu la saja tempat talian hayat aku. Huh!"

Dailog ini antara aku dengan kawan ni beberapa tahun dulu.. Kawan ni pun baru saja pencen baru-baru ni.

Semalam,secara kebetulan aku jumpa dia lagi. Aku teringat cerita lama dan aku tanya lagi.. Apa macam menteri Keawangan baru yang hang dok sanjung sangat la ni? "Huh hampas, dia pun sama macam Anwar, kena juga bayar service charge RM50.00 tu! Dah tu kereta VW aku pun nak kena pi check lagi dengan Puspakom. Tak habis-habis menyusahkan rakyat. Ha yang tu la depa dok kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!"

Dasar Automotif Negara dengan cadangan pemeriksaan kereta yang lebih 15 tahun kononnya untuk mesra alam, kereta berteknologi canggih, keselamatan dan meningkatkan tahap kompetatif industri kereta di Malaysia. Lupakah kerajaan industri kita tidak kompetatif kerana dasar perlindungan kereta tempatan, dasar pencukaian kereta impot, monopoli dan akhirnya kualiti yang rendah! Jadi kalau kesilapan ini kesilapan kerajaan mengapa rakyat yang susah yang memakai kereta burok ini yang mahu di hukum dan harus membayar harga kelemahan dan kesilapan dasar kerajaan!

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan kad kredit kononnya mendisiplinkan pengguna! Apakah dengan pengenalan cukai ini masaalah hutang kad kredit dapat diselesaikan? Mengapa rakyat yang harus membayar jika kerajaan secara leluasa membiarkan pihak bank mengaut keutungan secara mudah? Mengapa rakyat harus dibebankan dengan cukai jika pihak berkuasa gagal menangani isu Along dan peminjam wang tak berlesen??.

"Depa ni semua sama saja, asyik dok pekena kita.. Kali ni, Sapa pun aku tak mau bagi dah!" Aik tak mau bagi apa pulak ni? "Bagi undi la bongok!" Huih.. marah sungguh kawan aku ni..

Wednesday, October 21, 2009

Dari Janda Baik ke Bagan Pinang dan ke PWTC.....

Proses pembaharuan dalam UMNO sedang berterusan. Sejak kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu hingga kini pelbagai usaha dan gagasan serta tindakan susulan telah dan sedang di buat. Kabarnya, di Janda Baik baru-baru ini semua ketua-ketua bahagian dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri telah membuat perancangan strategik.. Jadi kenalah buat SWOT analysis bagai. Ada yang serius, ada yang sambil lewa terpaksalah membuat pembentangan dan mengakui kelemahan masing-masing berserta dengan pelan tindakan negeri masing-masing!

Malangnya Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah tidak pula membentangkan sendiri analisa dari Kedah. Kabarnya salah seorang Ketua Bahangian di pilih membuat pembentangan sedangkan negeri-negeri lain semuanya di bentang oleh pengerusi perhubungan atau naib pengerusi! Apa sudah jadi Kedah? Kalau nak buat SWOT analysis depan PM pun tak berani, mampukah nak buat strategi mengambilalih Kedah dari pembangkang?

Dari Janda Baik, dengan semangat berkobar mereka ini ke Bagan Pinang. Kabarnya bekerja keras dan hasilnya BN menang dengan selesa. Di sini pun kabarnya Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah hanya berada di sana hanya ketika Pengerusi Perhubungan datang melawat! Alahai Datuk Bashah, pakai harap anak buah saja ka?Apakah faktor Tan Sri Isa, atau kerja keras orang BN atau undi pos yang menyebabkan kemenangan tersebut! Bagaimanapun kabarnya semua peti undi yang kalah dulu telah di menangi oleh BN.

Semangat ini berterusan dengan perhimpunan di PWTC. Semua pindaan yang dicadangkan telah diluluskan. Satu demi satu pemidato dari negeri-negeri menyokong ucapan presiden dan pindaan perlembagaan UMNO. Semua berkobar-kobar dengan ide-ide perubahan..

Kata Tun Mahathir jangan syok sangat dengan Bagan Pinang. Pindaan perlembagaan tidak menjamin politik wang akan tamat. Sementara itu rakan konngsi UMNO masih lagi dengan pergolakan dalaman yang serious. MIC masih tidak setabil dan MCA semakin parah. Apakah perubahan di Janda Baik,Di Bagan Pinang dan di PWTC mampu memberi impak kepada PRU13 nanti?? Masa semakin suntuk. Persediaan dan usaha pembaharuan masih lagi di tahap slogan dan harapan, di mana pelan tindakannya?? Kedah bagaimana?

Friday, September 4, 2009

antara menteri, kepala lembu dan selsema babi!

Kata menteri amaran, tindakan undang-undang perlu di ambil terhadap penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu di bangunan SUK Selangor baru-baru ini atas alasan lembu di anggap suci kepada kepercayaan agama sekelompok rakyat Malaysia.

Di negara-negara Eropah penyakit 'Swine Flu' sedang di tangani dan masih lagi di rujuk oleh mereka ini sebagai 'Selsema Babi. Di Malaysia kerajaan mengambil keputusan menggunakan istilah H1N1 dan tidak menamakan penyakit itu sebagai Selsema Babi!

Nampanya dalam dua kes di atas, persoalan sensitiviti menjadi ukuran kerajaan dalam mengambil tindakan dan membuat keputusan.Tidak bolehkah kita mengambil keputusan yang betul saperti kata orang putih ' a spade is a spade'. Kalau tunjuk persaan itu salah tak ikut peraturan undang-undang maka buatlah keputusan sebab perarakan itu haram! mengapa perlu mengaitkan tentang simbol-simbol tertentu. Begitu juglah kalau Selsema itu Selsema babi panggil sajalah Selsema Babi!

Nak buat camana? Itu saja kualiti menteri yang kita ada di Malaysia hari ini!

Thursday, August 27, 2009

MCA .. Aset atau Beban kepada BN??

Penyingkiran Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan mengundang padah pada MCA?. Satu persoalan yang sukar di jawab terutama dalam politik pembaharuan masakini.. Semua ahli MCA tahu bahawa Chua Soi Lek masih lagi berpengaruh dalam MCA. Di sebalik kontroversi dan tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan beliau masih mampu meraih sokongan bagi memenangi jawatan Timabalan Presiden MCA tempoh hari. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa beliau adalah bukan orang Presiden Ong Tee Kiat (OTK)..

Chua Soi Lek masih lagi menguasai Johor walaupun OTK mengambilalih jawatan Ketua MCA Johor. Keadaan bertambah burok bila Chua Jui Meng juga orang kuat MCA dari Johor telah keluar parti. Kedua mereka adalah orang Johor. Dalam keadaan sekarang tidaklah mustahil bahawa penyokong Chua Jui Meng akan turut bersimpati dengan Chua Soi Lek.

Dari perspektif masyarakat Cina, MCA secara keseluruhannya telah di tolak!! MCA ditinggalkan dalam pilihanraya yang lalu. banyak faktor dalaman MCA sendiri dan mungkin juga sikap UMNO menjadi sebahagian kebencian orang Cina kepada MCA.

Persoalannya mampukah MCA membantu BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti?? Berdasarkan rekod dalam beberapa piliharaya kecil yang lepas adalah jelas MCA tidak mampu membawa balik pengundi Cina kepada BN. Perpecahan yang bakal berlaku akibat penyingkiran Chua Soi Lek ini sudah tentu akan memburukkan lagi tahap kepercayaan masyarakat Cina terhadap kepimpinan MCA..

Apakah pilihan yang ada kepada UMNO dan lain-lain parti dalam BN dalam PRU13 nanti?.Skandal demi skandal terdedah. Pekung di dada terus terbuka tanpa rasa segan silu. Saman menyaman sesama sendiri dengan rakan ahli dan anggota BN.. Tidak usaha membuat 'damage control' dari pucuk pimppinan BN? Semua ini merupakan petanda yang amat burok kepada BN..

MCA bercakap mengenai perubahan.UMNO juga bercakap mengenai perubahan..BN juga bercakap mengenai perubahan. Setakat ini cuma cakap-cakap kosong tanpa menyedari kemahuan akar umbi dan menyedari realiti politik masakini!! Kehancuran dan kemusnahan semakin hampir?...atau mungkinkah proses peremajaan dan perubahan dalam MCA dan UMNO mampu menarik ahli dan rakyat Malaysia sekali lagi memberi kepercayaan kepada mereka meneraju pemerintahan Malaysia?? Persoalan yang semakin mudah di jawab!!

Thursday, August 13, 2009

Datuk asli, Dato samaran di merata Malaysia!!

Ahli Majlis Jaksa Pendamai Malaysia mencadangkan supaya di buat senarai orang-orang yang bergelar Datuk @ Dato untuk di periksa oleh orang awam tentang kesahihannya.

Cadangan ini timbul mungkin kerana dah terlalu ramai Datuk@Dato yang asli yang di tuduh terlibat dengan segala macam jenayah dan salahlaku yang memalukan.. Lebih dari itu ramai juga yang menyamar menjadi Datuk@Dato dengan tujuan tertentu. Ada juga yang guna gelaran Dato Mindanao dan ada juga yang pakai gelaran Dato adat pepatih dari Negeri Sembilan. Hari ini terdapat segala macam Datuk@Dato di merata Malaysia.

Anugerah gelaran begini adalah satu amalan feudal yang dijelmakan dalam bentuk baru di zaman moden ini. Yang masaalahnya sekarang soal intergriti penerima dan pemberi anugerah itu sendiri dipertikaikan rakyat. Kata orang kalau berjalan di Chow Kit Road kalau tak tersepak kaki Datuk@Dato tak sah jadinya. Pada pandangan umum gelaran itu sudah tidak ada nilainya lagi di mata orang ramai..

Bila soal kredibiliti dan intergriti dipersoalkan elok benarlah sistem ganjaran/anugerah ini diperhalusi.. Kalau tidak jadilah bahan ketawa dan sindiran masyarakat! Tepuk dada, tanya selera kepada pemberi dan juga penerima!!.. Kalau ada yang dok berangan tu lupakan saja... ianya dah tidak berharga lagi......

Tuesday, August 4, 2009

UMNO Kedah.. ADUN letak jawatan??

Umno Kedah di landa masaalah dalaman yang agak teruk?. Siapa sebenarnya yang menjadi supremo/general di Kedah.?? Datuk Shafei nampaknya menghadapi ujian getir. Timbalannya pula nampaknya hanyut dan tidak dapat mengawal keadaan. Paling teruk seolah-olah tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku, sedang dan kemungkinan akan berlaku!

Minggu lepas kita dengar cerita dari UMNO Padang Serai, Kedah. Terjadi pergaduhan yang memalukan. Minggu ini juga, kabarnya lagi satu bom akan meletup kalau tidak ditangani dengan cermat. Kabarnya, seorang ADUN UMNO akan meletak jawatan kiranya soal peruntukan kepada kawasanya tidak diselesaikan pada 8 Ogos ini. Ini gara-gara tindakan Pengerusi Pembangunan Negeri, yang katanya sewenang-wenangnya memindahkan peruntukan tersebut ke kawasan beliau sendiri dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Negeri.Akibatnya ADUN ini amat tertekan dengan pelbagai desakan dari cawangan..

Di Bahagian Sungai Petani, Di Bahagian Kuala Kedah, Bahagian Pokok Sena juga kabarnya macam-macam berkelodak dan menanti saat untuk meletup.. ..Manakala Ketua-ketua bahagian yang baru menang asyik dok susun strategi nak letak orang dia sebagai perwakilan! Jadi sampai bila pertelingkahan puak-puak di bahagian ini akan reda dan dapat memberi tumpuan kepada kerja. Bagi la peluang mereka bertanding dan memilih tanpa campurtangan ketua bahagian..

Mengapa jadi begini? Pengerusi Perhubungan atau Timbalan Pengerusi Perhubungan atau Setiausaha Perhubungan buat kerja apa? Perkara sebegini sepatutnya tidak boleh dibiarkan melarat menjadi bahan percakapan.Sebarang berita, isu yang berbangkit di bahagian, sekecil mana sekalipun,perlu di siasat segera. Bara api kalau ada perlu dipadamkan dengan segera. Yang di negeri patut menegur yang di bahagian. Yang di bahagian patut meredakan perselisihan dan merapatkan barisan! Tapi diperhatikan perkara saperti ini tidak berlaku dan seolah-olah terbiar dan tak terurus..

Kepimpinan UMNO Kedah apa sudah jadi? Masa semakin singkat! Nampaknya UMNO negeri masih lagi dalam minggu orientasi? Padahal waktu sekarang sudah sampai waktu melaksanakan pelan bertindak! Letih!...

Saturday, August 1, 2009

melayu di cucuk hidung!

Hari ini berduyun-duyun melayu turun berdemo untuk menentang ISA. Ramai bertudung, berjubah, berkopiah putih, berbaju merah, berkulit sawo matang rata-ratanya adalah melayu!

Di mana? yang bermata sepet, yang sering bersuara melalui pelbagai saluran, di perhimpunan parti, di parlimen, di media, melalui badan professional yang semuanya bukan melayu! Yang jelas pemimpin PKR, pemimpin PAS yang beriya-iya benar menentang ISA. Bapak kepimpinan melayu PKR dan pemimpin Islam pun ada..Apa nak kira, yang penting anda akan mendapat undi mereka dalam PRU nanti.

Kepada ahli ahli PAS dan PKR melayu beramai-ramailah keluar berdemo setiap minggu, berjuanglah supaya timbul kacau bilau di negara ini..Tunjukkan kejantanan anda semua di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Pedulikan peniaga melayu yang mencari makan di sana. Yang penting, sahabat tuan-tuan semua yang mengganggu gugat institusi dan hak orang melayu mendapat faedahnya...lakukan apa saja asalkan matlamat mendapat sokongan tercapai..

Kami melayu majoriti, yang tak pandai berdemo, yang inginkan keamanan, yang berusaha mencari rezeki yang halal hanya berharap dengan kacau bilau tersebut pihak PDRM boleh mengambil tindakan pantas di bawah ISA dan kalau boleh simpan saja pemimpin ini di Kemunting supaya mereka mengerti dan faham apa erti keamanan dan kebebasan!...

Friday, July 31, 2009

Musim melabur......

Amanah saham 1 Malaysia dilancarkan dengan 10 billion unit @RM1.00 seunit. Satu usaha yang baik dari pihak kerajaan DSNR. Sehinggakini kerajaan telah melancarkan lapan jenis tabung amanah saham 1. Amanah Saham Nasional 2,ASB, 3,ASM, 4,ASW, 5, ASD, 6, ASG, 7, ASN2, 8. ASN3. Empat sekim, ASW, ASG, ASM dan ASN3 di buka kepada bukan bumiputra.. Itu pun quota untuk bumiputra masih ada yang belum terisi sepenuhnya!

Rakyat Malaysia! Dari berpolitik sepanjang tahun, eloklah berhenti sekejap dan menilai tahap keawangan dan pelaburan diri anda, keluarga anda! Banyak peluang pelaburan masakini.... Bukan sahaja asaham-saham ASNB malah saham Bursa Malaysia pun agak cergas kembali. Banyak lagi peluang pelaburan saperti.. Emas, Rumah dan condo banyak yang dilelong sekarang ini, Minyak Kelapa, tanah, lain-lain hobi yang boleh ditukarkan menjadi pelaburan....

Selamat melabur!

Saturday, July 18, 2009

Susahnya pemimpinUMNO berubah!....

MCA mungkin sudah menyatakan pendirian mereka dalam kabinet yang lepas....mereka mahukan PPMSI di peringkat SPM diteruskan. Mereka dan suku sakat juga amat bersetuju bahasa ibunda mereka digunakan di semua sekolah vernakular (SJKC & SJKT.) Mereka mendapat yang terbaik dari dua dunia. Di mana agaknya mereka belajar Bahasa Malaysia yang sangat di perjuangkan oleh sasterawan negara Malaysia.. Warna sebenar rakan kongsi BN terbesar ini sudah terserlah! Agaknya atau adakah kabinet pimpinan UMNO dan kerjaan BN akan mengumumkan keputusan baru pulak tak lama lagi??

Sementara itu, Che Det telah manamatkan undian online yang memberikan keputusan 86% dari lebih dari 100,000 pengundi MENENTANG keputusan kerajaan membuat U Turn dalam PPMSI. Kata orang angka tidak pernah berbohong!! Agaknya apa alasan pulak menteri dan kabinet akan gunakan bagi menidakkan keputusan undian ini!! Betul kata orang tua-tua bila tikus membaiki labu........ apa sudah jadi!

Dalam pada itu, Nazri Aziz, pemimpin UMNO dan menteri yang agak kanan dalam kerajaan mengumumkan kenaikan segala macam tambang teksi, bas dll mulai 1 Ogos ini. Apa pun goodwill yang BN dapat dari pengumuman 11 perkara oleh PM semasa menyambut 100hari pemerintahannya akan hanyut.....

Pada masa yang sama menteri UMNO yang sombong ini masih lagi dengan antiknya yang bongkak mempersalah Tun Mahathir, Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib dan Tun Haniff bekas KPN kerana tidak lagi mempertahankan kerajaan BN ataupun sering mengkritik kerajaan...Segala apa yang yang dilakukan oleh kerajaan seolah-olah suci dan tak boleh di kritik.. Jauh ketinggalan kepimpinan UMNO zaman ini..

Malang, nampaknya tidak banyak yang di pelajari oleh pemimpin UMNO saperti Nazri ini.Nampaknya mereka masih terkial-kial dalam mengurus perhubungan awam dengan rakyat Malaysia..Susahnya pemimpin BN dan UMNO berubah!!....

Tuesday, July 14, 2009

Najib tegur kroninya di Kedah!....

Bila orang di beri jawatan dan kenaikan ke tahap paling tinggi kerana ketidakcekapan dan bukan berdasarkan merit, apa yang boleh diharapkan dari mereka. Perlantikan Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah adalah bidang kuasa Presiden dan PM Malaysia. Yang di lantik tempoh hari adalah kroni Najib... Satu Kedah tahu, siapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kepada Najib.

Semua teguran dari pemimpin bahagian, ahli UMNO, dari blog-blog selepas PRU12 tidak di ambil endah oleh Presiden parti... Akhirnya pengumuman di buat, semuanya kroni Presiden, tidak cukup dengan itu Pengerusi dan Ketua Penerangan dari KL dan terasing dari politik di Kedah.. Timbalan Pengerusi yang di harap dapat membantu Pengerusi hanya dengan stail lama, tukang lawak dan mengharapkan kroni bahagiannya dari tingkat 6. Maka jadilah UMNO Kedah saperti hari ini..hidup segan mati tak mau..yang jelas, mereka ini berulang alik ke Kuala Lumpur untuk projek kononnya untuk perbelanjaan parti...

Kita dengar bagaiman budaya pemikiran pemimpin atasan bila menangani permasaalahan rakyat miskin di Kelantan dan permasaalahan Malaysia. Kita lihat budaya pemimpin negeri dan kroni bahagianya sibuk dengan projek stimulas dengan kontraktor kelas F..Sedikit pun tiada bezanya dengan suasana semasa BN memerintah dulu! Rombongan ke merata negara di luar negara.. Mereka lupa dan menidakkan keuayaan berfikir majoriti rakyat masakini. Tidak ada langsung 'sense of purpose', 'sense of urgency'and 'sense of commom sense'dalam menguruskan parti, saperti yang pernah di sebut oleh Tun Mahathir pada pegawai kerajaan satu masa dulu.

Jadi, apalah sangat yang dapat di harapkan oleh Najib dari mereka ini! perubahan bukanlah dalam kamus pemikiran pemimpin 'half past six' yang ada di Perhubungan UMNO kedah masakini.!

Monday, July 13, 2009

'double standard' dalam pembangunan kepada rakyat...

Memang sukar pemimpin UMNO untuk berubah, dari atas sampai kebawah.. Penegenndalian isu PPSMI jelas pendekatan yang di ambil tanpa wawasan dan bersifat populist. Tidak cukup dengan kembali kepada penggunaaan Bahasa Malaysia dalam PPMSI, kabinet membenarkan penggunaan bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan China dan Tamil. Pembentukan 1 Malaysia yang dilaungkan semakin lari dari visinya dan sudah tentu jauh dari matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan..

Di Kelantan, rakyat di ugut dan di gertak dengan cara yang halus yang kononnya projek pembangunan hanya akan dilaksanakan jika BN menang dalam pilihanraya. Jika ungkapan begitu diluahkan oleh pemimpin bawahan boleh lagi dimaafkan, tetapi 'janji' ini datangnya dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Malang sungguh orang melayu di kawasan berkenaan.. Kerajaan sanggup berbelanja berbilion ringgit untuk membaiki pasarana di Kuala Lumpur meliputi soal mengatasi banjir, masaalah kesesakan trafik, perumahan,landskap dll. Lebih dari itu segala fasiliti serba moden dibangunkan di kotaraya Kuala Lumpur. Malah di Pulau Pinang disediakan bas Rapid Penang dengan subsidi yang banyak dari kerajaan. Jambatan Pulau Pinang di buat dengan belanja berbillion ringgit.. Untuk siapa?

Pengundi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, rata-rata adalah bukanya penyokong kerajaan.Begitu juga lah pengundi di Manek Urai. Jadi apa yang berbeza di antara penduduk di Manek Urai dengan penduduk di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur???? Sudah tentu banyak bezanya Manek Urai dengan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur!! Jadi mengapa membina satu jambatan melintasi sungai, bantuan rumah kepada yang miskin, pun jadi bahan politik serta ugutan untuk mendapat undi!!Jelik dan memalukan bangsa melayu!!

Kalau beginilah caranya pemimpin UMNO dan BN berpolitik di zaman perubahan ini,Mereka masih lagi bersikap feudalistik. Kita tidak terkejut jika BN akan tersungkur lagi di Manek Urai.. Susahnya pemimpin kita memahami hati rakyat, jauh lagi untuk berubah!..

Thursday, July 9, 2009

1 Malaysia????....tidak lagi dipercayai!!!!!!!!!!!!

Pada mulanya walaupun tidak begitu jelas dan agak kabur dengan konsep 1 Malaysia. Saya cuba juga berfikiran positif demi negara ini!

Sedikit kepercayaan yang ada kepada 1 Malaysia semakin luntur/kabur dan hari ini konsep 1 Malaysia tidak lagi saya percayai!!Semuanya auta dan mainan politik semata..Keputusan kabinet berpatah balik boleh lagi dimaafkan, tetapi membenarkan pengajaran Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa lain di sekolah satu perubahan drastik dan tidak mendatangkan kebaikan kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. Itu baru India dan China, lepas ini bagaimana dengan suku kaum di Sabah/Sarawak??

Parti-parti mewakili kaum China dan India bersorak mendapat sesuatu yang tidak di minta. Kumpulan berkepentingan melayu/saterawan dll baru padan muka..Puas hati mereka ini. Mungkin pemimpin politik UMNO dan sekutu BN pun mersa lega dengan penyelesaian jangka pendek tidak berwawasan ini...

Anak saya di Darjah 6 sekarang ini. Apapun saya akan pastikan beliau akan mengambil SPM atau menamatkan pengajian 11 tahunnya dalam bahasa yang di ajar sekarang! Saya tak izinkan anak saya menjadi 'guinea pig' kepada ahli politik yang yang bermain di galeri dan tidak berjiwa besar dalam membuat polisi demi anak-anak bangsa dan pembentukan negara bangsa Malaysia!!!

Apa lagi yang mahu diserah kepimpinan sekarang kepada .......?????

Sunday, July 5, 2009

BABI perkauman.....

Tahniah YAB Ustaz Azizan! Ketegasan YAB mempertahankan tindakan MBAS dalam merobohkan tempat babi di bunuh di Alor Star kena pada tempatnya.

Yang peliknya, kita tak pernah melarang orang bukan islam makan babi! Banyak mana mereka nak makan, makanlah. Yang kita larang ialah setiap tempat melapah babi macam di Kedah tu mestilah mengikut peraturan. Orang Islam nak sembelih kerbau, lembu pun nak kena buat di tempat yang dibenarkan oleh Majlis Bandaran/Daerah. Jadi, kalau ada tindakan sebab apa mesti riuh satu Malaysia pulak!

Mengapa isu ini harus jadi perkauman pula. Nampaknya DAP mahu rakan kongsinya, PAS, supaya menutup sebelah mata dalam hal dan kepentingan politik mereka. Lebih teruk mengaitkan isu tersebut dengan isu perkauman..Ini tanda politik tidak sihat. Tahniah kerajaan PAS Kedah kerana mempunyai ketegasan dalam hal ini!

Sunday, June 21, 2009

PAS semakin kukuh ....UMNO indah kabar dari rupa!!

Kerjaan PAS di Kedah semakin hari semakin kukuh. YAB Ustaz Azizan walaupun nampak 'slow'tetapi beliau semakin 'steady', semakin berkeyakinan dan dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan rakyat kepadanya. Di peringkat nasional beliau juga di dapati dapat mengemukakan pendapat yang tidak konvensional. Dalam kata lain beliau mempunyai sudut pandangan tersendiri dalam sesuatu isu. Beliau di segani oleh segenap lapisan rakyat terutama di Kedah.. Satu pencapaian yang cemerlanglah kalau di kira masa yang baru setahun memerintah Kedah.. Teruskan ustaz khidmat baik tersebut!..

Di satu pihak lagi UMNO sedang menuju kehancuran....Perlantikan Ketua, Timbalan dan Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan UMNO negeri Kedah nampaknya serba tak kena.YB Dato Shafie sibuk dengan tugasan sebagai menteri di Kuala Lumpur. Timbalan Pengerusi hanya boleh mengharapkan arahan dan sangat bergantung kepada unit pusat sumber. Beliau sendiri tidak mempunyai ide dan bukan seorang agen perubahan. Yang jelas unit ini pun tidak pernah mendapat restu dari ketua-ketua bahagian di Kedah sejak zaman Tok Det lagi. Ketua Penerangan, kabarnya menjadi ahli di Bukit Bintang dan juga sibuk dengan tugasan menterinya. Hingga kini jawatankuasa pun belum di bentuk. Pandai berceramah agama belum tentu bijak dalam menggerakkan organisasi. YB Nawawi, Setiausaha Perhubungan, di Langkawi.. Setiausaha kerja di pinggirkan dan akhirnya bangunan UMNO senyap dan sunyi, tiada perancangan strategik, tiada aktiviti, tiada kepimpinan dan tiada kunjungan serta sokongan dari ketua-ketua bahagian.. Petanda yang amat burok kepada UMNO Kedah....Najib mengharapkan dahan yang rapuh di Kedah.

Sementara itu, Ketua Wanita pun kabarnya tidak mendapat sambutan malah tidak balik ke Kedah, apatah lagi mengadakan mesyuarat. Puteri pun, katanya berpecah dua dan sudah tentu Pemuda pun masih lagi berpecah dua puak..Orang KJ, orang Mukhriz masih lagi menebal. Ini semua petanda yang bagus kepada kerajaan dan parti PAS di Kedah yang semakin mantap, baik dari segi kepimpinan atau pun organisasi.

Rakyat Kedah mempunyai pilihan yang amat jelas dari segi kepimpinan politik di Kedah. Jelas, kepimpinan PAS dapat menonjolkan pemimpin dan bentuk kepimpinan yang sederhana dan berwibawa. Sementara itu UMNO pula, amat jelas tiada ada kepimpinan atau tokoh yang dapat memikat hati rakyat..Lebih dari itu tidak ada keupayaan dalam menggerakkan rakyat melalui aktiviti parti mereka. YAB Dato Seri Najib terjebak dengan kroninya di Kedah yang sebenarnya amat lemah..

Kepada rakyat Kedah, setakat ini PAS dapat memberi alternatif yang baik. UMNO sedang hanyut dengan kelemahan dan kepentingan diri kepimpinan pemimpin mereka. Moga-moga kepimpinan di Kedah akan membawa rakyat ke arah kesejahteraan dan kerajaan mendapat kesahan yang jitu dari rakyat...

Thursday, May 21, 2009

Kedah- pasukan rapuh... yang memerlukan sokongan..?.

Walaupun agak terlambat.... Selamat bertugas kepada Datuk shafei Afdal dan pasukannya di Kedah! Macam-macam bunyi yang kita dengar selepas pengumuman barisan Jawatankuasa Perhubungan Umno Kedah.Semasa mesyuarat, yang jelas senyap dan sunyi, tergamam, terkejut hingga tak terkata dan kabarnya hanya seorang ketua bahagian sahaja yang bersuara kononnya mengapa mereka tidak di ajak berunding terlebih dahulu!

Sudah tentu pucuk pimpinan tidak akan dapat memuaskan semua pihak dalam merencana perubahan kepimpinan dalam UMNO Kedah. Memang boleh dipertikai tentang beberapa perlantikan yang di buat (Kita bincang di lain platform).Apa pun, keputusan telah pun di buat. Program dan pendekatan baru perlu di rancang dan dilaksanakan. Agenda perubahan perlu di gubal. Pengundi, ahli dan rakyat Kedah ingin melihat perubahan yang total dari pelbagai sudut..

Sebagai pembangkang di negeri Kedah.Usaha menawan kembali negeri Kedah dari kerajaan PAS memerlukan kerja keras.Pasukan baru ini memerlukan sokongan padu dari ahli UMNO Kedah bagi melaksanakan tugas mereka. Seluruh ahli UMNO Kedah mesti memberi peluang menyokong kepimpinan baru ini. Memang ada yang tidak kena dengan perlantikan tersebut tetapi 'benefit of the doubt ' harus di beri kepada mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.

Perkara terakhir yang tidak sepatutnya berlaku adalah sabotaj dari kalangan pemimpin UMNO bahagian. Bukan sahaja pemimpin bahagian, malah bekas-bekas pemimpin bahagian harus turut menyokong penuh pasukan baru ini. Pemimpin saperti Dato Othman Ariffin, Dato Affifudin Omar, Dato Paduka Abdul Rahman Ibrahim, Dato Othman Abdul,Dato Dr.Abdul Hamid, Dato Kadir, Tok Det dan banyak lagi Dato-Dato dan bekas wakil rakyat, pendek kata semuanya harus memberi sokongan penuh. Soal merajuk, tidak puashati di sana sini, kepentingan peribadi kena lah pakat ketepi dulu. Zaman 'war lords' dalam UMNO sudah berakhir...

Kepada pengerusi dan kepimpinan baru, harus di ingat bahawa cara, pemikiran dan pendekatan lama tidak lagi sesuai. Dan yang lebih penting, struktur dan orang lama di bangunan UMNO Kedah sudah sampai dan melebehi tarikh luput! Struktur pengurusan dan biro-biro UMNO yang ada sudah lapuk dan perlu di beri nafas baru. Jika mahu melakukankan perubahan dengan mereka ini, alamatnya lagu lamalah jadinya..

Dato Shafei, Dato Bashah, Dato' Nawawi serta Dato Paduka Md.Rozai tahniah! satu ingatan anda semua tidak banyak masa. Hanya kerja keras dan perubahan sahaja yang boleh menentukan halatuju dan nasib UMNO Kedah dalam PRU13 ini.

Thursday, April 16, 2009

PM Dato Seri Najib tidak di sokong.........

Nampaknya sejak mengambilalih alih jawatan PM dengan gagasan satu Malaysia seolah-olah tiada ada sokongan langsung dari pendukung BN termasuk pemimpin UMNO. Hinggakini PM di hujani dengan pelbagai isu (a)MCA dan MIC dan GERAKAN yang tidak berpusahati dengan komen Tan Sri Mahyuddin dan perlantikan ahli kabinet (b) sikap keanakan ADUN Terengganu dengan MB mereka (c) Cara lama MB/UMNO Negeri Sembilan melayan isteri,(d) NGO melayu bertindak balas soal pemansuhan Kem. Perusahaan Awam dll.. Memalukan! dan lansung tidak memahami pembaharuan dan 'BIG PICTURE' yang cuba diketengahkan oleh YAB PM.

Pemimpin MCA dan MIC dan GERAKAN seolah-olah ingin menunjukkan 'their birth right'untuk menuntut itu dan ini tanpa boleh dikomen walaupun benar. mereka lupa yang rakyat sudah pun meninggalkan mereka.

Pemimpin UMNO di peringkat negeri pula masih lagi menyanyi lagu lama. Tindak tanduk mereka langsung tidak mengambilkira senario politik negara dan usaha pemulihan yang sedang cuba dilaksanakan oleh YAB PM. Benar, kata PM yang mereka ini faham mungkin soal mendirikan papan tanda gambar besar mereka sahaja.Nampanya 'wavelenght' PM dengan pemimpin komponen BN dan UMNO tidak sama ataupun tidak ada langsung!Mungkin terlalu baru tetapi hingga kini tidak nampak adanya agenda perubahan dikalangan pemimpin BN.

Di satu pihak lagi rakyat sedang mengalami dan menuntut perubahan dari segala segi. Parti pembangkang nampaknya lebih bersedia untuk berubah dan mempunyai 'wavelenght' yang sama dengan rakyat. ..Dalam keadaan begini di mana pemimpin PM berada????

Friday, April 3, 2009

Dato Seri Najib ... Perdana Menteri Malaysia Ke 6


Perdana Menteri Malaysia ke enam, memulakan tugas resminya mulai hari ini. Semalam dengan slogan 'one malaysian' dan hari ini beliau mengumumkan pembebasan tahanan ISA dan menarik balik sekatan terhadap penggantungan dua buah akhbar parti pembangkang. Sudah tentu Malaysia menyambut baik permulaan ini.

Minggu depan, sekali lagi Malaysia mengharapkan satu perubahan besar dalam pemilihan ahli-ahli Kabinet pertama beliau. Langkah seterusnya, amat perlu perubahan besar dalam pemilihan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri. Sudah tentu lebih banyak penampilan muka-muka baru di pelbagai peringkat amat diharapkan.

Pengurusan negara, sistem penyampaian, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, aspirasi golongan muda, ketelusan, keterbukaan dan pelbagai lagi memerlukan ide-ide baru dari muka-muka baru bukan sahaja dari ahli politik malah golongan professional dari pelbagai sektor. Kemampuan Dato Seri Najib, memahami peningkatan jangkaan dan harapan rakyat sudah tentu menjadi tanda bahawa ada satu harapan pada satu Malaysiadi hari muka.

Selamat bertugas, moga harapan rakyat Malaysia kembali menyinar...

Monday, March 30, 2009

Majlis Tertinggi UMNO.. alahai wakil Kedah??


Tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden dan naib presiden serta ahli-ahli MT yang baru!..tidak semua!

Bersihkah beberapa calon MT yang terpilih! UMNO dan Lembaga Disiplin harus meneruskan siasatan.. Kepada perwakilan dan ahli yang mempunyai bukti kukuh harus melapurkan kes-kes rasuah dari mereka yang di pilih ini kepada SPRM supaya tindakan lanjut di ambil.

Wakil dari Kedah alahai... Datuk Azeez Baling, Dato Seri Mahadzir Khalid.. Apa yang boleh di harap dari mereka ini.?? Shahnim Naib Ketua Puteri Malaysia alahai.... Buta ka para perwakilan UMNO Malaysia?

Perubahan apa yang UMNO Malaysia harap dari mereka ini?? UMNO Kedah akan terus lenyap dengan kepimpinan mereka ini.

Thursday, March 26, 2009

Pemuda umno.. tak mahu berubah!

(Karpal pernah berkata " pemuda umno ini celaka ")?

Mereka tidak mendengar dan tidak mewakili ahli di akar umbi! Mereka tidak mendengar suara orang muda yang menghukum Umno dalam PRU 12 yang lalu. Mereka tidak mendengar suara majoriti rakyat yang mahukan perubahan! Mereka tidak mendengar segala maklumbalas rakyat Malaysia. Mereka tidak mengambil iktibar apa yang berlaku di seluruh dunia..

Mungkin juga mereka akan membawa celaka kepada UMNO. Celaka kepada orang utara macam membawa musibah atau membawa sial kepada UMNO.

Keputusanya- MEREKA TAK MAHU BERUBAH.. itulah Pemuda Umno Malaysia! Mereka semakin jauh dari rakyat!

Monday, March 23, 2009

Selamat bersidang....


Besok persidangan agong umno dimulakan dengan sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri dan d ikuti oleh persidangan UMNO pada 26 mac 2009 nanti. Pengumuman keputusan di jangka akan di ketahui pada malam 26 Mac ini..

Persidangan ini merupakan ujian mengenai perubahan yang di tuntut oleh rakyat Malaysia. Keupayaan para perwakilan memahami kehendak ahli dan rakyat akan menjadi ukuran kelangsungan hidup parti ini dalam sejarah politik Malaysia. Moga-moga soal kehormatan, soal kepimpinan, soal pembaharuan, soal bangsa dan soal negara menjadi pertimbangan. Bukan soal kelompok, bukan soal tembolok, bukan soal rasuah yang menjadi ukuran!

Pemimpin bukan sahaja mesti bersih malah mesti di lihat sebagai bersih! KJ, Ali Rastam (terima kasih Lembaga Disiplin), Muhammad Muhd Taib, Khir Toyo, Rahim Tambi Chik, dalam kategori mana mahu di letak mereka ini???? Soal kedua ialah soal kecekapan atau pun kompeten dalam menjalankan kerja... Apakah Syed Hamid, Zahid Hamidi, Khalid Nordin, cekap dalam menjalankan kerja mereka?.. hanya sekadar bertanya!

Soal rasuah dan bersih, soal kecekapan dan keberkesanan kerja dan soal samaada menjadi beban kepada UMNO atau tidak, perlu diberi pertimbangan wajar oleh perwakilan!Calon yang melepasi ujian ini sepatutnya mempunyai tempat dalam kepimpinan negara!

Mereka yang boleh merubah UMNO. Mereka ini tidak akan mempunyai peluang kedua jika kesilapan di buat pada kali ini!

Selamat mengundi dan Selamat bersidang!

Tuesday, March 17, 2009

ketua pemuda umno... KJ perlu tarik diri..



Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mendapati khir Toyo tidak bersalah dan KJ di beri amaran! Amaran juga merupakan satu bentuk hukuman. Ini bermakna memang ada buat salahlah dalam kempen merebut jawatan berkenaan..

Dari sudut moral KJ harus menarik diri dari bertanding. Beliau tetap bersalah. Bayangkan jika perwakilan memilih KJ dan beliau menang dalam pemilihan nanti! Ini bermakna, Pemuda UMNO memilih Ketua yang telah di hukum oleh Lembaga tatatertib UMNO Malaysia.

Dengan demikian, pertandingan sebenar adalah di antara Mukriz dengan Khir Toyo. Itu pun jika perwakilan Pemuda mahu memilih bakal Ketua yang di anggap bersih! Siapa di antara mereka ini yang akan menjadi beban kepada UMNO dan BN jika di pilih, sepatutnya menjadi faktor kritikal.. Dalam kes ini KJ sudah tentu sepatutnya dilupakan oleh semua perwakilan. Antara Mukhriz dan Khir Toyo siapa akan menjadi beban kepada UMNO??...

Jawapannya jika Pemuda mahukan satu perubahan dan ingin mengembalikan kepercayaan ahli dan rakyat, sesuatu yang drastik harus difikirkan oleh perwakilan.....

Nik Nur Madihah.....SPM@ 20 A..


Pemimpin politik BN dan PR bercakap banyak tentang pelbagai isu politik, ekonomi dan masaalah sosial di Malaysia. Di Perak saperti tiada penghujungnya orang melayu berpolitik. Pemimpin UMNO dengan perebutan jawatan dan politik wang yang tiada ada penyelesaiannya. Pemimpin NGO's dan pejuang bahasa berarak mengenai penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran Sains dan Metematik.

Tetapi semua ini terjawab dengan kisah ini.......Adik Nik Nur Madihah menjawab banyak persoalan politik masakini.

Thursday, February 26, 2009

TOLLLLLLLLLLLLLLLLLLL LAGI!!

Kerajaan BN ini dah nyanyuk dan hilang pertimbangan. Dua pengumuman pembatalan tol di KL dan Selangor masih lagi panas dan tiba-tiba timbul pengumuman baru kenaikan TOL LEBUHRAYA PLUS.

BN tidak akan pulih dan akan kalah dalam pilihanraya ini. Satu undi pada pembangkang pada PRU akan datang. Selamat jahanam BN di Kedah dan Malaysia.

Thursday, February 19, 2009

Ketua Pemuda UMNO... siapa ?


Buat pertama kali mereka, di depan penonton dan mungkin juga ahli UMNO berbahas di depan TV. Para perwakilan mungkin telah berjumpa mereka begitu juga sebaliknya. Masa berkempen pun telah berlalu terlalu lama dan masih lagi ada masa hampir sebulan lagi. Berbagai macam tanggapan, ulasan, janji dan ganjaran telah bertukar tangan.

Melihat tiga calon ini, mengambilkira politik dewasa ini, merenung masa depan UMNO siapa calon yang paling layak? Perwakilan Pemuda boleh menanyakan pelbagai soalan, menggunkan pelbagai indikator tetapi harus menjawab satu soalan sebelum membuat pemilihan...

Kesimpulannya.. "Siapakah yang akan menjadi beban kepada UMNO jika terpilih nanti" akan menjadi satu kriteria yang amat penting yang perlu di jawab, demi kelangsungan UMNO dan BN dalam PRU13 nanti

Wednesday, February 11, 2009

Ketua UMNO Bukit Gantang, Bukit Selambau dan KJ...

Bahana panas di Perak baru bermula akibat dari perubahan kerajaan Pakatan Rakyat kepada BN. Lagi, pilihanraya kecil akan menguji kematangan rakyat dan pemimpin parti politik. Kita lihat pelbagai tingkahlaku pemimpin politik PAS, DAP dan PKR di satu pihak dan pemimpin BN pula di satu pihak yang lain.

Pakatan Rakyat boleh dikatakan telah sepakat tentang calon dari parti mana yang akan di letak di kedua kawasan pilihanraya.Di sebalik kenyataan pedas Karpal terhadap Anwar, Lim Kit Siang serta Hj Hadi, mereka bersedia mengenepikan politik dalaman demi memberi fokus kepada pilihanraya ini.

Sementara itu,dua ketua bahagian UMNO dari Merbok dan Bukit Gantang secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan keras mahukan calon bagi kedua kawasan dari kalangan bahagian UMNO yang berkenaan. Seolah-olah sudah ada kata dua kepada pemimpin pusat supaya mendengar kata-kata mereka. Di satu pihak lagi, Khairy Jamaludin (KJ) juga mengeluarkan kenyataan yang emosional di Perak supaya bintang kebesaran Nizar di tarik balik. Kenyataan ini juga bunyinya keras tanpa menggunakan otak tanpa faedahnya kepada BN dan UMNO Perak.Ketika semua orang sedang berusaha mententeramkan suasana, mereka ini sibuk dengan kenyataan yang tidak perlu dan remeh.

Kenyataan ketiga-tiga pemimpin UMNO ini penuh dengan nada bongkak dan jauh sekali berhemah. Ide dan strategi lama pemimpinm UMNO. Tiga kenyataan dari dua ketua bahagian UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak pernah belajar dari kekalahan dalam PRU12 yang lalu.. Kenyataan mereka lansung tidak membantu UMNO dan BN Perak dalam menangani kegawatan politik masakini. Datuk Seri Najib melalui jalan yang lebih sukar memulihkan BN di mata rakyat dengan mempunyai pemimpin yang meletak otak mereka di kepala lutut sebegini.

Ini merupakan petanda awal satu lagi malapetaka kepada UMNO...

Friday, February 6, 2009

Kerajaan Perak.. 'legitimacy' dari rakyat diperlukan...


Perak.. tiada siapa mahukan perkara sebegini berlaku tetapi ianya telah pun berlaku. Malang kepada rakyat kerana pada saat dan ketika ini, sepatutnya masa dan tenaga patut ditumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat telah terbuang dengan pelbagai episod politik yang tidak matang.Sudah tentu jika kita mahu mencari sebab dan salah siapa ianya tidak punya kesudahan... KDYMM Paduka Sultan Perak telah pun memutuskannya.. BN ditakdirkan memerintah Perak mulai hari ini!.

Berdasarkan senario ekonomi dan politik semasa maskini, kerajaan BN hanya mempunyai satu pilihan.. Kerajaan ini harus berusaha keras supaya kerajaan ini mendapat pengiktirafan dan kesahannya (legitimacy) dari rakyat. Semua orang tahu bahawa kelebihan yang diperolehi BN hari ini hanyalah untuk jangka pendek dan kemungkinan akan mengalami kerugian jangka panjang dalam PRU 13 nanti.

'Legitimacy' dari sudut pandangan rakyat adalah sangat penting berbanding dengan legitimacy yang di perolehi melalui undang-undang. Mendapatkan legitimacy dari rakyat sudah tentu UMNO dan BN perlu melakukan perubahan yang total dari segala segi dalam masa terdekat ini. Jika ini gagal dilakukan alamatnya malapetaka yang akan menanti UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.

Moga YAB MB Perak yang baru ini dan keseluruhan anggota BN akan dapat mengubah paradigma, budaya kerja dan politik di Perak..

Wednesday, February 4, 2009

Kerajaan Perak...Di mana Hak Rakyat???

Pakatan Rakyat (PR) memulakannya dengan mengumumkan ramai MP BN akan menyertai PR. Penasihat PKR memainkan peranan penting. Akhirnya ahli DUN Bota dari BN menyertai PKR. Anwar dan MB Perak membuat kenyataan yang menyokong tindakan YB Bota. Sekarang, sekejap tadi empat anggota DUN dari PR menyertai BN. Akhirnya kerajaan PR di Perak tumbang! Sudah tentu pelbagai drama yang kita dengar dan lihat dalam seminggu yang lepas hingga ke hari ini..

Apakah perkembangan ini sesuatu yang sihat. Rakyat telah memilih kerajaan yang mereka inginkan dalam PRU 12 yang lalu. Adalah jelas rakyat mahukan perubahan. Malangnya kerajaan yang diberikan kuasa sibuk dengan pelbagai isu politik yang tidak langsung produktif dengan pelbagai polemik dan kadang-kadang untuk memuaskan ego dan kepentingan peribadi, parti dan kaum tersendiri..

UMNO dan BN juga mempunyai perangai dan kelakuan yang hampir sama dengan pihak PR. Banyak masa di buang dengan isu-isu politi dalaman parti dan masih mementingkan diri tanpa mengambil kira pendapat ahli dan rakyat dan jauh sekali mengambil pengajaran dari kekalahan dalam PRU 12 yang lalu. BN menari mangikut gendang yang di palu oleh PR..

Tindakan BN mengambil alih kerajaan Perak dengan cara begini, sudah tentu bukan dengan kehendak rakyat. Untuk berlaku adil kepada rakyat, bagi menyelesai kemulut ini adalah lebih baik jika rakyat di beri hak mereka untuk memilih. Sesungguhnya kedua pihak di benci rakyat akibat dari kemelut ini.......

Thursday, January 29, 2009

G7 UMNO demo di PWTC??...


(terbaru.. gambar dari Perunding.blogspot.com)

Perwakilan UMNO dari bahagian-bahagian yang mewakili G7 (bukan pemegang jawatan yang di pilih secara otomatik)yang memenangi pertandingan di peringkat bahagian ke persidangan agong UMNO March ini kabarnya sepakat akan mengadakan tunjuk perasaan di PWTC sempena dengan mesyuarat MKT pada petang ini. hampir separuh jumlah perwakilan UMNO adalah terdiri dari mereka ini.

Kabarnya protes berkenaan ditujukan kepada Pak Lah, PM Malaysia sempena dengan mesyuarat MKT pada petang ini.. Difahamkan mereka ini tidak berpuashati dengan segala macam publisiti burok mengenai UMNO sejak akhir-akhir ini.Lebih dari itu mereka juga dikatakan tidak berpuashati dengan segala macam sekatan yang dikenakan kepada mereka dan juga bakal calon yang bertanding dalam MKT pada tahun ini..

Kita kurang pasti motif sebenar mereka ini. Yang jelas UMNO berada dalam keadaan yang amat burok dari segi imej dan kepimpinan pada masa kini. Pada masa kini seolah-olah tidak ada yang memimpin UMNO, seolah-olah tiada ketua, bagai anak kehilangan bapa, ahli di bawah bagai anak ayam kehilangan ibu... pemimpin bercakaran sesama sendiri, kepentingan sendiri lebih dari survival parti, kompromi sudah tiada lagi, tiada siapa mematuhi garispanduan parti dll.

Protes sehebat mungkin, jika untuk menguatkan parti.. tetapi jika protes hanya kerana tidak dapat berjumpa bakal calon dan soal tidak boleh mendapatkan habuan... ehm ..ehm.. sesuatu yang amat memalukan!!Susahnya UMNO untuk berubah!!

Monday, January 19, 2009

Khairy dan bakal pemimpin UMNO masih menegak benang basah....

BN kalah di KT. Pada Khairy faktor pemilihan calon bukan merupakan punca kekalahan BN. Siapa lagi yang ingin membela Pak Lah jika bukan menantunya? Masih lagi mahu menghentam Tun kerana menyalahkan pemilihan calon di KT.. Pertambahan undi calon PAS adalah sedikit sekitar 1%. Yang jelas adalah pengurangan undi kepada calon BN berbanding PRU12 dulu. Jadi salahkah kita membuat andaian yang orang yang menyokong BN dalam PRU12 tidak mengundi BN pada kali ini?

TS Muhammad Taib dan DS Mohd Ali Rastam juga memberi alasan yang menggambarkan kecetekan pemikiran mereka.. Masih lagi tidak mahu menerima kenyataan tetapi mencari alasan kekalahan hasil kerja buat orang lain, saperti taktik PAS etc.... Malang bagi UMNO terpaksa memilih bakal Timbalan Presiden yang begini...

Semua orang tahu rakyat Terengganu masih mempersoalkan Monsoon Cup, Wang Ehsan dan Wan Hisham telah dikalahkan dalam PRU12. PM, KJ, Wan Farid, Wan Hisham semuanya dikaitkan dengan perkara ini. Jadi dengan meletak Wan Farid bagai menambah garam di tempat luka.. tidak sukar bagi UMNO Terengganu untuk membuat post mortem keputusan pilihanraya ini..

Sudah tentu, jika mahu di analisa secara terperinci memang banyak faktor penolakan BN dalam PRU12 boleh diperinci. Sehingga kini tiada post mortem yang jelas di buat di pelbagai peringkat parti. Yang jelas persepsi ahli UMNO, ahli BN dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap UMNO dan BN. Budaya, kudis dan kanser yang ditunjukkan dan sedang berkudis dalam batang tubuh UMNO sekarang ini amat parah.. Akibatnya ia telah mencapai tahap kronik . Pemimpin mengakui yang badan itu sakit dan perlu di ubat tetapi masih mencari alasan bagi menangguhkan tindakan dan rawatan.. Puncnya UMNO dan pemimpinnya sendiri. Semua masih dalam sindrom penafian....

Samalah bila pemimpin UMNO membuat analisa kekalahan di KT saperti Khairy tonjolkan, saperti Ketua Penerangan dan Naib Presiden jelaskan, tidak banyak pengajaran yang di ambil oleh BN dan UMNO, semuanya berpunca dari orang lain.. Cerita lama! Selepas ini, majoriti masih akan menyokong calon Ketua Pemuda dan mereka ini, atas alasan tertentu yang sudah menjadi budaya dalam Pemuda UMNO masakini..i.e. RM.. RM... Akibanya sama-sama kita tunggu dalam PRU13 nanti....Mengembalikan keprcayaan rakyat amat sukar dan rumit!

Saturday, January 17, 2009

P036 Kuala Terengganu..

Terbaru.... kabar tidak resmi dari bisik kawan-kawan, BN lagi sekali kalah dalam pilihanraya kecil dengan majoriti hampir 2700.

hanya pucuk pimpinan BN, PM Pak Lah saja yang tidak mahu mengerti dan faham tentang perubahan yang di tuntut oleh rakyat dan UMNO..

Tahniah kepada yang menang...

P036 Kuala Terengganu...

Semalam saya sempat merisik-risik kedudukan terakhir kecenderungan pengundian pada hari ini. Sahabat dari BN memberi jangkaan kemungkinan kemenangan kepada BN tetapi undi majoriti sekitar 1000 ke 1500 sahaja. Bila di tanya kemungkinan pengundian kaum Cina, mereka hanya menganggarkan 45% sahaja akan memberi undi kepada BN.Puas saya memikirkan kalau begitu bagaimana BN akan menang?.Jika begitu, sudah tentulah terdapat perubahan pola pengundian di kalangan pengundi melayu?

Saya merisik lagi rakan dari PR, mereka juga berkeyakinan akan menang dan yakin pengundi kaum Cina akan memberi undi pada kadar 60% kepada mereka.Satu petanda baik kepada PR. Bila di tanya lagi apakah lain-lain faktor yang akan membawa kemenangan pada hari ini. Mereka, dengan yakin menjelaskan ianya berdasarkan tiga faktor (1)faktor calon (2) Pengundi Cina 60% (3) Pengundi melayu dari kaum keluarga arwah Datuk Razali akan memihak kepada mereka. Anggaran mereka di sini sahaja PAS akan mendapat tidak kurang dari 500 undi yang dalam PRU lalu memberikan undi mereka kepada BN. Mereka begitu yakin.. akan menang

Sebentar tadi saya cuba mendapat sedikit berita dari rakan yang neutral dari Terengganu...Kabarnya, suasana dan jumlah perayu undi PAS mengatasi BN....Tetapi ini tidak memberi apa-apa makna kepada kedua pihak kerana yang penting ialah pengundi..

Sama-sama kita tunggu keputusan yang akan memberi satu lagi pengajaran kepada BN bahawa PERUBAHAN sedang di tuntut rakyat... Satu tugas berat untuk Datuk Seri Najib bagi menentukan kelangsungan UMNO dan BN dalam peta politik di Malaysia.....

Friday, January 9, 2009

IJN dan KLIA-East@Labu kerja burok Sime Darby..



Sime Darby sekarang ini adalah hasil gabungan beberapa syarikat PNB saperti Golden Hope. Musa Hitam orang kuat Perdana Menteri, menjadi Pengerusinya.

Dalam masa yang singkat mereka telah mengemukakan dua cadangan yang menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia. Pertama pengambilan alih IJN dan kedua cadangan pembinaan lapangan terbang tambang murah, KLIA-East@Labu.

Cadangan pengswastaan IJN telah di tarik balik oleh mereka. Cadangan pengambilan alih IJN telah di tentang hebat oleh pelbagai lapisan rakyat. Kerakusan mereka mencari sumber pendapatan dan perniagaan tanpa memikirkan kebajikan dan kepentingan umum, telah memburokkann imej korporat mereka di mata rakyat.

Pada masa yang sama mereka juga telah berpakat dengan Air Asia bagi membina KLIA-East@LABU, yang menelan belanja berbillion ringgit. Cadangan ini juga mengundang perhatian rapi rakyat Malaysia. Mengapa tidak? KLIA telah di bina dan hingga kini belum mencapai tahap kapisiti sebenarnya dari segi penggunaan. Lebih dari itu pihak kerajaan telah pun meluluskan cadangan bangunan tambahan untuk penerbangan tambang murah kepada MAB. Sudah tentu cadangan ini akan menguntungkan Air Asia tetapi akan meninggalkan kesan burok kepada MAS dan KLIA yang di miliki oleh pihak kerajaan.

Kerakusan Air Asia memiliki lapangan terbang sendiri dengan kerjasama Sime Darby adalah sesuatu yang burok dari segala segi. Sesiapa juga di belakang cadangan ini mempunyai motif yang jahat terhadap anak syarikat kerajaan MAS dan MAB yang mengendalikan KLIA sekarang ini.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mempunyai wakil lembaga pengarah di dalam Sime Darby perlu membuat sesuatu. Kerajaan juga perlu mengkaji semula kelulusan yang di beri kepada mereka. Adalah sesuatu yang malang jika kegiatan pengswastaan dibiarkan ke tahap ini, hinggakan merugikan pelaburan kerajaan sendiri di KLIA.....

Wednesday, January 7, 2009

MP Kuala Terengganu....

tiada pengajaran lampau yang di ambil oleh BN dalam menangani isu pilihanraya di KT. Dari pengumuman calon, pemilihan calon, komen-komen calon dan dah pun bermula strategi dan taktik memenangi hati rakyat di Kuala Terengganu, nampaknya masih lagi cara lama, yang terbukti gagal di masa lepas masih lagi digunakan, masih lagi di ulang...

Keputusan PRU 12, keputusan Permatang Pauh, jelas menunjukkan pendekatan BN di tolak pengundi. Beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini juga tidak membantu BN. Sesungguhnya perubahan amat sukar dilaksanakan oleh BN..Perubahan yang di tuntut rakyat, perubahan calon yang di pilih, perubahan pendekatan kepada rakyat, perubahan penjelasan isu-isu,perubahan polisi dan dasar dll. Sekali lagi gagal dilaksanakan.

Segalanya menyebelahi pembangkang. KT sesuatu yang sukar bagi BN.....

Saturday, January 3, 2009

selamat menyambut maal hijrah 1430 H dan tahun baru 2009

harap belum terlewat bagi mengucapkan selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru. Moga-moga semua resolusi tahun lalu telah di capai dan saperti biasa tahun baru dengan resolusi dan azam baru. 2009 dengan kepimpinan baru, moga kemelesetan ekonomi yang di jangka dapat di tangani dengan baik.Moga Malaysia dan rakyatnya dapat hidup dengan aman damai dan dapat mencari rezeki dengan baik....