Tuesday, November 24, 2009

Pak Abu vs Isa Samad??

YB Pak Abu memang dikenali di kawasan Jerlun oleh pelbagai pihak. Sudah tentu beliau lebih dikenali di kawasan Kota Siputeh. Beliau bolehlah dikira sebagai wakil rakyat yang sentiasa berada di kawasannya dalam berbagai situasi di tempat kenduri, majlis tertentu, dll. Dia juga adalah ketua bahagian Jerlun!

Adalah tidak sesuai membandingkan beliau dengan YB Tan Sri Isa Samad yang juga merupakan Ketua Bahagian. Isa mempunyai pengalaman sebagai bekas menteri besar NS dan merupakan Ketua Bahagian yang mempunyai sokongan padu dari seluruh ahli dan AJK bahagiannya.

Pak Abu menang dalam PRU12 tempoh hari pun hanya dengan jumlah majoriti yang sedikit 400 lebih. Itu pun dalam keadaan bahagian yang padu tanpa sebarang pertelingkahan. YB Pak Abu dalam keadaan sekarang terpaksa berhadapan dengan masaalah pengikut bekas ketua bahagian yang lama Dato Othman Ariffin. Kita tidak nampak dalam masa terdekat soal bekas ketua dan pengikutnya dapat diselesaikan.. Amat tipis untuk YB Pak Abu untuk memenangi semula kerusi berkenaan jika dicalunkan semula oleh BN!

Sekurang-kurangnya ada baiknya pilihanraya kecil di sini kepada pihak UMNO dan BN. Pemimpin UMNO negeri yang sedang tidur lena sekarang ini dapat menjadikan pilihanraya ini sebagai medan menguji kesediaan mereka menghadapi PRU13 nanti.

Hanya calon yang lebih neutral dan boleh di terima oleh kedua pihak, merupakan calon yang lebih sesuai untuk di pilih oleh BN. Kesilapan memilih calon akan membawa padah....

2 comments:

Unknown said...

Elok juga diperingatkan..
Sapa2 pun bila dah naik jadi wakil rakyat jgn dok LENA dari tanggung jawab..Bukan sekadar dok pi makan kenduri saja tapi kena hadir DEWAN..bincangkan masalah rakyat..

mengkuang said...

Tuan, saya setuju sangat dengan pandangan dan pemerhatian tuan. Zaman sekarang dah lepas kisah wakil rakyat makan kenduri dan ziarah orang sakit demam. Yang kita nak tengok prestasi dia di dewan membincangkan segala permasaaalahan rakyat! Sesunngguhnya kata orang Kedah 'memang padan muka' pun kena gugur!.....salam