Monday, November 2, 2009

Belanjawan;....Najib pun sama macam Anwar

"Anwar ni tak habis-habis menyusahkan aku!". Apa pasai yang hang marah sangat kat Anwar ni? "Dari dulu, sejak aku dalam BTN, sampai dia jadi menteri la ni dok menyusahkan aku lagi". Pasai apa? "Cuba hang tengok surat khabar ni, nampak tak dia pekena aku lagi, tak pasal saja aku kena bayar service charge kredit kad.. Tu la saja tempat talian hayat aku. Huh!"

Dailog ini antara aku dengan kawan ni beberapa tahun dulu.. Kawan ni pun baru saja pencen baru-baru ni.

Semalam,secara kebetulan aku jumpa dia lagi. Aku teringat cerita lama dan aku tanya lagi.. Apa macam menteri Keawangan baru yang hang dok sanjung sangat la ni? "Huh hampas, dia pun sama macam Anwar, kena juga bayar service charge RM50.00 tu! Dah tu kereta VW aku pun nak kena pi check lagi dengan Puspakom. Tak habis-habis menyusahkan rakyat. Ha yang tu la depa dok kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!"

Dasar Automotif Negara dengan cadangan pemeriksaan kereta yang lebih 15 tahun kononnya untuk mesra alam, kereta berteknologi canggih, keselamatan dan meningkatkan tahap kompetatif industri kereta di Malaysia. Lupakah kerajaan industri kita tidak kompetatif kerana dasar perlindungan kereta tempatan, dasar pencukaian kereta impot, monopoli dan akhirnya kualiti yang rendah! Jadi kalau kesilapan ini kesilapan kerajaan mengapa rakyat yang susah yang memakai kereta burok ini yang mahu di hukum dan harus membayar harga kelemahan dan kesilapan dasar kerajaan!

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan kad kredit kononnya mendisiplinkan pengguna! Apakah dengan pengenalan cukai ini masaalah hutang kad kredit dapat diselesaikan? Mengapa rakyat yang harus membayar jika kerajaan secara leluasa membiarkan pihak bank mengaut keutungan secara mudah? Mengapa rakyat harus dibebankan dengan cukai jika pihak berkuasa gagal menangani isu Along dan peminjam wang tak berlesen??.

"Depa ni semua sama saja, asyik dok pekena kita.. Kali ni, Sapa pun aku tak mau bagi dah!" Aik tak mau bagi apa pulak ni? "Bagi undi la bongok!" Huih.. marah sungguh kawan aku ni..

5 comments:

kelambuharimau said...

periksa puspakom sebab nak pastikan kenderaan tu selamat digunakan dijalanraya..tulah dia kalu terjadi satu2 insiden ke atas diri kita baru nak sedar,bila kerajaan tu buat syarat mesti bersebab bro..ape yang susahny..beli ajelah keta baru..camana malaysia nak menuju negara maju jika keta dah 15 tahun pun masih nak pakai.cuba lihat negara luar..cthnya jepun..5 tahun aje dah tak dibenarkan ada atas jalan..barulah maju namanya..janganlah fikir kekampungan sangat

Unknown said...

Kelambuharimau..

org tua-tua kampung cakap, bila dalam hutan kalau banyak nyamuk tandanya ada harimau!
beginilah...

apa kata hanya kereta buatan Malaysia yang melebihi 15 tahun saja pi masuk puspakom.

Jangan kerana nyamuk yang harimau bawak..kelambu hang bakar!!

kah! kah! kah!

mengkuang said...

Sdr See n kelambuharimau,

Masaalahnya, pernahkah kerajaan membuat kajian yang teliti tentang punca kemalangan..Dari semua kes dan jumlah kemalangan berapa biji yang puncanya dari kereta melebehi 15 tahun?? atau sebenarnya dari punca-punca yg lain!

Kalau nak banding negara luar pun boleh, tapi struktur cukai dan harga kita juga patut kita bandingkan negara luar. Jepun berapa harga kereta baru? Di UK berapa harga kereta baru? Siswazah baru keluar universiti nak pakai MBW tak dak hal. Kereta terpakai tak sampai RM 20 untuk Merc dan BMW!

Jadi pada saya kalau kita nak sokong kerajaan pun berpada. Yang tak betul kita kata tak betul, yang baik kita kata baik. Salam.

Unknown said...

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV). (BH29Okt)

Tidak sampai 2 minggu, hari ini kenyataan 'Mandatori' ini ditarik semula. Rakyat Pening!! Inilah ragam kerajaan kebelakangan ini yang suka main 'acah-acah'. Lebih malang lagi ianya dikeluarkan oleh seorang yg bergelar menteri. Jelas dan nyata di sini, ia dibuat tanpa kajian mendalam.

Apa sudah jadi?? Penat...

mengkuang said...

Sdr See,

Kesimpulan sdr tepat sekali. Masaalahnya sekarang banyak sangat cara rawatan yang tak betul, penyakit lain, ubatnya lain. Itulah jadinya kalau kabinet minister 'half-past six'maka polisinya pun stengah masak!