Monday, March 30, 2009

Majlis Tertinggi UMNO.. alahai wakil Kedah??


Tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden dan naib presiden serta ahli-ahli MT yang baru!..tidak semua!

Bersihkah beberapa calon MT yang terpilih! UMNO dan Lembaga Disiplin harus meneruskan siasatan.. Kepada perwakilan dan ahli yang mempunyai bukti kukuh harus melapurkan kes-kes rasuah dari mereka yang di pilih ini kepada SPRM supaya tindakan lanjut di ambil.

Wakil dari Kedah alahai... Datuk Azeez Baling, Dato Seri Mahadzir Khalid.. Apa yang boleh di harap dari mereka ini.?? Shahnim Naib Ketua Puteri Malaysia alahai.... Buta ka para perwakilan UMNO Malaysia?

Perubahan apa yang UMNO Malaysia harap dari mereka ini?? UMNO Kedah akan terus lenyap dengan kepimpinan mereka ini.

Thursday, March 26, 2009

Pemuda umno.. tak mahu berubah!

(Karpal pernah berkata " pemuda umno ini celaka ")?

Mereka tidak mendengar dan tidak mewakili ahli di akar umbi! Mereka tidak mendengar suara orang muda yang menghukum Umno dalam PRU 12 yang lalu. Mereka tidak mendengar suara majoriti rakyat yang mahukan perubahan! Mereka tidak mendengar segala maklumbalas rakyat Malaysia. Mereka tidak mengambil iktibar apa yang berlaku di seluruh dunia..

Mungkin juga mereka akan membawa celaka kepada UMNO. Celaka kepada orang utara macam membawa musibah atau membawa sial kepada UMNO.

Keputusanya- MEREKA TAK MAHU BERUBAH.. itulah Pemuda Umno Malaysia! Mereka semakin jauh dari rakyat!

Monday, March 23, 2009

Selamat bersidang....


Besok persidangan agong umno dimulakan dengan sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri dan d ikuti oleh persidangan UMNO pada 26 mac 2009 nanti. Pengumuman keputusan di jangka akan di ketahui pada malam 26 Mac ini..

Persidangan ini merupakan ujian mengenai perubahan yang di tuntut oleh rakyat Malaysia. Keupayaan para perwakilan memahami kehendak ahli dan rakyat akan menjadi ukuran kelangsungan hidup parti ini dalam sejarah politik Malaysia. Moga-moga soal kehormatan, soal kepimpinan, soal pembaharuan, soal bangsa dan soal negara menjadi pertimbangan. Bukan soal kelompok, bukan soal tembolok, bukan soal rasuah yang menjadi ukuran!

Pemimpin bukan sahaja mesti bersih malah mesti di lihat sebagai bersih! KJ, Ali Rastam (terima kasih Lembaga Disiplin), Muhammad Muhd Taib, Khir Toyo, Rahim Tambi Chik, dalam kategori mana mahu di letak mereka ini???? Soal kedua ialah soal kecekapan atau pun kompeten dalam menjalankan kerja... Apakah Syed Hamid, Zahid Hamidi, Khalid Nordin, cekap dalam menjalankan kerja mereka?.. hanya sekadar bertanya!

Soal rasuah dan bersih, soal kecekapan dan keberkesanan kerja dan soal samaada menjadi beban kepada UMNO atau tidak, perlu diberi pertimbangan wajar oleh perwakilan!Calon yang melepasi ujian ini sepatutnya mempunyai tempat dalam kepimpinan negara!

Mereka yang boleh merubah UMNO. Mereka ini tidak akan mempunyai peluang kedua jika kesilapan di buat pada kali ini!

Selamat mengundi dan Selamat bersidang!

Tuesday, March 17, 2009

ketua pemuda umno... KJ perlu tarik diri..



Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mendapati khir Toyo tidak bersalah dan KJ di beri amaran! Amaran juga merupakan satu bentuk hukuman. Ini bermakna memang ada buat salahlah dalam kempen merebut jawatan berkenaan..

Dari sudut moral KJ harus menarik diri dari bertanding. Beliau tetap bersalah. Bayangkan jika perwakilan memilih KJ dan beliau menang dalam pemilihan nanti! Ini bermakna, Pemuda UMNO memilih Ketua yang telah di hukum oleh Lembaga tatatertib UMNO Malaysia.

Dengan demikian, pertandingan sebenar adalah di antara Mukriz dengan Khir Toyo. Itu pun jika perwakilan Pemuda mahu memilih bakal Ketua yang di anggap bersih! Siapa di antara mereka ini yang akan menjadi beban kepada UMNO dan BN jika di pilih, sepatutnya menjadi faktor kritikal.. Dalam kes ini KJ sudah tentu sepatutnya dilupakan oleh semua perwakilan. Antara Mukhriz dan Khir Toyo siapa akan menjadi beban kepada UMNO??...

Jawapannya jika Pemuda mahukan satu perubahan dan ingin mengembalikan kepercayaan ahli dan rakyat, sesuatu yang drastik harus difikirkan oleh perwakilan.....

Nik Nur Madihah.....SPM@ 20 A..


Pemimpin politik BN dan PR bercakap banyak tentang pelbagai isu politik, ekonomi dan masaalah sosial di Malaysia. Di Perak saperti tiada penghujungnya orang melayu berpolitik. Pemimpin UMNO dengan perebutan jawatan dan politik wang yang tiada ada penyelesaiannya. Pemimpin NGO's dan pejuang bahasa berarak mengenai penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran Sains dan Metematik.

Tetapi semua ini terjawab dengan kisah ini.......Adik Nik Nur Madihah menjawab banyak persoalan politik masakini.