Tuesday, March 17, 2009

ketua pemuda umno... KJ perlu tarik diri..



Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mendapati khir Toyo tidak bersalah dan KJ di beri amaran! Amaran juga merupakan satu bentuk hukuman. Ini bermakna memang ada buat salahlah dalam kempen merebut jawatan berkenaan..

Dari sudut moral KJ harus menarik diri dari bertanding. Beliau tetap bersalah. Bayangkan jika perwakilan memilih KJ dan beliau menang dalam pemilihan nanti! Ini bermakna, Pemuda UMNO memilih Ketua yang telah di hukum oleh Lembaga tatatertib UMNO Malaysia.

Dengan demikian, pertandingan sebenar adalah di antara Mukriz dengan Khir Toyo. Itu pun jika perwakilan Pemuda mahu memilih bakal Ketua yang di anggap bersih! Siapa di antara mereka ini yang akan menjadi beban kepada UMNO dan BN jika di pilih, sepatutnya menjadi faktor kritikal.. Dalam kes ini KJ sudah tentu sepatutnya dilupakan oleh semua perwakilan. Antara Mukhriz dan Khir Toyo siapa akan menjadi beban kepada UMNO??...

Jawapannya jika Pemuda mahukan satu perubahan dan ingin mengembalikan kepercayaan ahli dan rakyat, sesuatu yang drastik harus difikirkan oleh perwakilan.....

2 comments:

Unknown said...

KJ diberi amaran, Ali Rustam didapati bersalah. Sama seperti Isa Samad dahulunya. Di mana SPRM? adakah pemimpin UMNO mempunyai imunity melebihi raja? Apa sudah jadi? Didapati bersalah tatapi masih memegang jawatan! apa sudah jadi? bersalah atau tidak ni?

mengkuang said...

Pada saya kedua-dua Ali dan KJ bersalah dan sepatutnya digantung dari menjadi ahli untuk beberapa lama. Soal kaitan langsung atau tidak orang ketiga atau ajen dengan yang kena tuduh tiadak patut menjadi ukuran dari segi hukuman. Mereka berdua dituduh di bawah perkara yang sama dan sama-sama di dapati bersalah! Yang penting mereka terlibat dengan RASUAH. Pelik juga Lembaga Disiplin UMNO ini.