Wednesday, March 24, 2010

Politik perubahan di USA dan di Malaysia....

Semalam Obama, President Akerika Syarikat, setelah hampir setahun mengemukakan ide untuk merombak sistem perkhidmatan kesihatan di USA telah menandatangani undang-undang baru tersebut. Sekaligus lebih 32 juta rakyat Amerika mendapat faedah perlindungan insuran kesihatan. Kepada golongan ini ianya merupakan satu rahmat.. Mereka mengundi Obama dengan tujuan supaya satu perubahan di buat dalam sistem politik. Masih banyak yang diperlukan oleh rakyat di sana.. Satu langkah permulaan yang baik dan bukan senang untuk dilakukan.. Tetapi itulah yang dibuat dan dilaksanakan oleh Obama.

Kepimpinan politik yang kosisten, fokus dan melihat gambar besar sebegini sukar di dapati di Malaysia masakini.Terlalu banyak contoh boleh diketengahkan.

Di Malaysia, pemimpin kita bercakap mengenai perpaduan,kemiskinan, perkembangan ekonomi,pendidikan, keselamatan, kegiatan jenayah,inflasi dan pengawalan harga, Cukai GST dll. Rakyat mahu lakukan perubahan dan perubahan yang lebih baik. Malangnya struktur sistem, dasar, janji, tindakan tidak pernah berubah untuk ke arah yang lebih baik. Kepentingan dan perhatian kepada soal-soal kecil, soal politik, kepentingan peribadi dan kelompok masih lagi menjadi ukuran dalam membuat keputusan.

Kepimpinan pemerintah dan kepimpinan pembangkang flip-flop dalam segala segi.. Polisi setengah masak masih lagi diperkenalkan, di tarik balik. Sama sahaja, kerajaan Barisan Nasional atau pun kerajaan Pakatan Pembangkang

Rakyat, umumnya pun lebih melihat faedah jangka pendek, sentimen parokial, emotional, taksub dan lebih teruk langsung tidak mahu peduli tentang apa yang berlaku. Yang demikian, golongan pemimpin begitu mudah mempengaruhi mereka dengan alasan yang kadangkal tidak munasabah. Jadi kita mudah berkompromi dengan standard kualiti kepimpinan yang ada. Tidak hairanlah kepimpinan yang ada masakini boleh mempertahankan survival mereka...

Maju kah malaysia pada tahun 2020 nanti.??

Sunday, March 7, 2010

Politik untuk rakyat..




Tasmania mempunyai penduduk hanya 500,000 orang dan negerinya hampir sama dengan saiz Malaysia.. Hampir 60% lebih penduduknya adalah golongan tua. Penghujung bulan Marc ini mereka akan memilih kerajaan negeri yang baru dalam pilihanraya parlimen Tasmania. Pulau Tasmania mempunyai parlimen dan kerajaan negeri yang mempunyai otonomi yang agak banyak termasuk soal kesihatan.

Hampir dua jam berbual dengan pemandu bot ketika melawat sekitar bandar pelabuhan Hobart di Tasmania baru-baru minggu ini, saya dapati ianya amat fokus dan faham tentang politik dan apa yang dia dan rakan-rakan sebayanya mahukan dari pemimpin politik. Katanya kepada saya, mereka, rakyat yang sudah berumur di Pulau ini, mahukan satu kehidupan yang tahap kualiti hidupnya tinggi, mereka mahukan perkhidmatan kesihatan yang baik, mereka mahukan pulau mereka bersih tanpa pencemaran, mereka mahukan sistem pelajaran yang baik. Mereka berpendapat kerajaan dan generasi sekarang mempunyai hutang terhadap mereke kerana merekalah yang telah berjuang dan berkorban untuk keamanan dan keujudan negeri berkenaan.Pemandu bot ini juga dengan bangga bercerita bagaimana beliau dan rakan-rakannya membantu kerajaan Malaysia membenteres kegiatan komunis dan onfrantasi Indonesia di Sabah dan Sarawak dulu. Beliau pernah tinggal di kem Terendak Melaka. Sebelum pulang sempat juga saya berbual dengan pemandu teksi yang usianya sudah 76 tahun dan masih memandu teksi sebagai hobinya. Beliau juga mempunyai pemikiran dan fokus yang sama dengan pemandu bot tadi.

Semasa di sana juga saya membaca dan melihat bagaimana Perdana Menteri Tasmania ( sama dgn MB di Malaysia) berjanji,telah dan akan meluangkan satu hari dalam sebulan untuk membuat kerja dari pelbagai jenis kerja yang dilakukan penduduk Pulau itu. Beliau telah menjadi guru di nursery, pemandu taxi setakat ini. Agaknya kalau MB dan Menteri, TPM dan PM dapat turun ke bawah membuat kerja harian rakyat agaknya baru mereka ini dapat menghargai betapa susah senangnya rakyat mereka dalam realiti kehidupan.. Satu harapan yang agak mustahil berlaku di Malaysia!.