Thursday, November 19, 2009

Bekas Mufti Perlis dan Bekas YB DUN Kota Seputeh...

Tak lama lagi DUN Kota Seputeh akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil. Mahkamah telah memutuskannya. Keputusan ini bertentangan dengan keputusan SPR yang sebelum ini mengistiharkan tidak berlaku kekosongan. Semua ini berpunca dari tindakan YB Speaker Kedah yang mengesahkan bahawa YB Datuk Abu Hassan Sarif telah tidak hadir mesyuarat dewan sebanyak dua kali berturut-turut. Dengan demikian beliau menggunakan pakai peraturan sewan undangan negeri Kedah dan mengistiharkan kekosongan di DUN Kota Seputeh. Beliau mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya.!

Di Selangor baru-baru ini heboh kes penangkapan bekas Mufti Perlis. Kabarnya penangkapan ini adalah berpunca dari penggunaan kuasa dan perlanggaran peraturan undang-undang di Selangor. Bekas Mufti ini telah berceramah di Masjid tanpa mendapat tauliah saperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan memberi ceramah agama di Selangor. Pihak penguatkuasa mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya dan akibatnya beliau ditangkap...

Undang-undang dan peraturan di buat untuk dilaksanakan dan di patuhi oleh semua rakyat. Kita yakin Bekas Mufti sangat faham tentang peraturan dan undang-undang memberi ceramah di Malaysia. Begitu juga YB Dato Abu Hassan setelah empat penggal menjadi wakil rakyat sudah tentu faham undang-undang dan peraturan dewan. Jadi kalau dah tahu memang ada undang-undang yang kusus mengenainya mengapa ianya tidak dipatuhi atau sengaja mahu melanggar peraturan tersebut!

Kata orang Kedah, baru padan muka! Kes begini adalah jelas dan tidak perlu simpati kita rakyat biasa.....

No comments: