Thursday, August 27, 2009

MCA .. Aset atau Beban kepada BN??

Penyingkiran Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan mengundang padah pada MCA?. Satu persoalan yang sukar di jawab terutama dalam politik pembaharuan masakini.. Semua ahli MCA tahu bahawa Chua Soi Lek masih lagi berpengaruh dalam MCA. Di sebalik kontroversi dan tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan beliau masih mampu meraih sokongan bagi memenangi jawatan Timabalan Presiden MCA tempoh hari. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa beliau adalah bukan orang Presiden Ong Tee Kiat (OTK)..

Chua Soi Lek masih lagi menguasai Johor walaupun OTK mengambilalih jawatan Ketua MCA Johor. Keadaan bertambah burok bila Chua Jui Meng juga orang kuat MCA dari Johor telah keluar parti. Kedua mereka adalah orang Johor. Dalam keadaan sekarang tidaklah mustahil bahawa penyokong Chua Jui Meng akan turut bersimpati dengan Chua Soi Lek.

Dari perspektif masyarakat Cina, MCA secara keseluruhannya telah di tolak!! MCA ditinggalkan dalam pilihanraya yang lalu. banyak faktor dalaman MCA sendiri dan mungkin juga sikap UMNO menjadi sebahagian kebencian orang Cina kepada MCA.

Persoalannya mampukah MCA membantu BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti?? Berdasarkan rekod dalam beberapa piliharaya kecil yang lepas adalah jelas MCA tidak mampu membawa balik pengundi Cina kepada BN. Perpecahan yang bakal berlaku akibat penyingkiran Chua Soi Lek ini sudah tentu akan memburukkan lagi tahap kepercayaan masyarakat Cina terhadap kepimpinan MCA..

Apakah pilihan yang ada kepada UMNO dan lain-lain parti dalam BN dalam PRU13 nanti?.Skandal demi skandal terdedah. Pekung di dada terus terbuka tanpa rasa segan silu. Saman menyaman sesama sendiri dengan rakan ahli dan anggota BN.. Tidak usaha membuat 'damage control' dari pucuk pimppinan BN? Semua ini merupakan petanda yang amat burok kepada BN..

MCA bercakap mengenai perubahan.UMNO juga bercakap mengenai perubahan..BN juga bercakap mengenai perubahan. Setakat ini cuma cakap-cakap kosong tanpa menyedari kemahuan akar umbi dan menyedari realiti politik masakini!! Kehancuran dan kemusnahan semakin hampir?...atau mungkinkah proses peremajaan dan perubahan dalam MCA dan UMNO mampu menarik ahli dan rakyat Malaysia sekali lagi memberi kepercayaan kepada mereka meneraju pemerintahan Malaysia?? Persoalan yang semakin mudah di jawab!!

2 comments:

Unknown said...

Mereka menjadi beban atau sekadar meneguk dalam suasana yg tenang dan bila susah meloncat dgn alasan yg tersendiri. So beban atau serampang dua mata?

mengkuang said...

Secara keseluruhan mereka ini boleh bersatu bila menghadapi isu-isu besar yang melibatkan bangsa. Sejak zaman komunis dulu mereka dapat membentuk 'united front'dalam strategi mereka.. Sekarang pun tak banyak beza. Telahan tuan mungkin betul!