Thursday, August 13, 2009

Datuk asli, Dato samaran di merata Malaysia!!

Ahli Majlis Jaksa Pendamai Malaysia mencadangkan supaya di buat senarai orang-orang yang bergelar Datuk @ Dato untuk di periksa oleh orang awam tentang kesahihannya.

Cadangan ini timbul mungkin kerana dah terlalu ramai Datuk@Dato yang asli yang di tuduh terlibat dengan segala macam jenayah dan salahlaku yang memalukan.. Lebih dari itu ramai juga yang menyamar menjadi Datuk@Dato dengan tujuan tertentu. Ada juga yang guna gelaran Dato Mindanao dan ada juga yang pakai gelaran Dato adat pepatih dari Negeri Sembilan. Hari ini terdapat segala macam Datuk@Dato di merata Malaysia.

Anugerah gelaran begini adalah satu amalan feudal yang dijelmakan dalam bentuk baru di zaman moden ini. Yang masaalahnya sekarang soal intergriti penerima dan pemberi anugerah itu sendiri dipertikaikan rakyat. Kata orang kalau berjalan di Chow Kit Road kalau tak tersepak kaki Datuk@Dato tak sah jadinya. Pada pandangan umum gelaran itu sudah tidak ada nilainya lagi di mata orang ramai..

Bila soal kredibiliti dan intergriti dipersoalkan elok benarlah sistem ganjaran/anugerah ini diperhalusi.. Kalau tidak jadilah bahan ketawa dan sindiran masyarakat! Tepuk dada, tanya selera kepada pemberi dan juga penerima!!.. Kalau ada yang dok berangan tu lupakan saja... ianya dah tidak berharga lagi......

1 comment:

warikh said...

Nilai 'exclusive' gelaran di Malaysia semakin hilang. Mungkin jumlah penerima patut dihadkan. Shah Rukh Khan pun dapat apa ke hal?