Wednesday, January 7, 2009

MP Kuala Terengganu....

tiada pengajaran lampau yang di ambil oleh BN dalam menangani isu pilihanraya di KT. Dari pengumuman calon, pemilihan calon, komen-komen calon dan dah pun bermula strategi dan taktik memenangi hati rakyat di Kuala Terengganu, nampaknya masih lagi cara lama, yang terbukti gagal di masa lepas masih lagi digunakan, masih lagi di ulang...

Keputusan PRU 12, keputusan Permatang Pauh, jelas menunjukkan pendekatan BN di tolak pengundi. Beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini juga tidak membantu BN. Sesungguhnya perubahan amat sukar dilaksanakan oleh BN..Perubahan yang di tuntut rakyat, perubahan calon yang di pilih, perubahan pendekatan kepada rakyat, perubahan penjelasan isu-isu,perubahan polisi dan dasar dll. Sekali lagi gagal dilaksanakan.

Segalanya menyebelahi pembangkang. KT sesuatu yang sukar bagi BN.....

1 comment:

Ramli Mohd Yunus said...

tuan,

bad habit dies hard..style dan kaedah lama kerana keangkuhan dan perasaan syok sendiri.

adakalanya ramai pula yang bodoh sombong...alahai..