Saturday, January 17, 2009

P036 Kuala Terengganu...

Semalam saya sempat merisik-risik kedudukan terakhir kecenderungan pengundian pada hari ini. Sahabat dari BN memberi jangkaan kemungkinan kemenangan kepada BN tetapi undi majoriti sekitar 1000 ke 1500 sahaja. Bila di tanya kemungkinan pengundian kaum Cina, mereka hanya menganggarkan 45% sahaja akan memberi undi kepada BN.Puas saya memikirkan kalau begitu bagaimana BN akan menang?.Jika begitu, sudah tentulah terdapat perubahan pola pengundian di kalangan pengundi melayu?

Saya merisik lagi rakan dari PR, mereka juga berkeyakinan akan menang dan yakin pengundi kaum Cina akan memberi undi pada kadar 60% kepada mereka.Satu petanda baik kepada PR. Bila di tanya lagi apakah lain-lain faktor yang akan membawa kemenangan pada hari ini. Mereka, dengan yakin menjelaskan ianya berdasarkan tiga faktor (1)faktor calon (2) Pengundi Cina 60% (3) Pengundi melayu dari kaum keluarga arwah Datuk Razali akan memihak kepada mereka. Anggaran mereka di sini sahaja PAS akan mendapat tidak kurang dari 500 undi yang dalam PRU lalu memberikan undi mereka kepada BN. Mereka begitu yakin.. akan menang

Sebentar tadi saya cuba mendapat sedikit berita dari rakan yang neutral dari Terengganu...Kabarnya, suasana dan jumlah perayu undi PAS mengatasi BN....Tetapi ini tidak memberi apa-apa makna kepada kedua pihak kerana yang penting ialah pengundi..

Sama-sama kita tunggu keputusan yang akan memberi satu lagi pengajaran kepada BN bahawa PERUBAHAN sedang di tuntut rakyat... Satu tugas berat untuk Datuk Seri Najib bagi menentukan kelangsungan UMNO dan BN dalam peta politik di Malaysia.....

No comments: