Monday, January 19, 2009

Khairy dan bakal pemimpin UMNO masih menegak benang basah....

BN kalah di KT. Pada Khairy faktor pemilihan calon bukan merupakan punca kekalahan BN. Siapa lagi yang ingin membela Pak Lah jika bukan menantunya? Masih lagi mahu menghentam Tun kerana menyalahkan pemilihan calon di KT.. Pertambahan undi calon PAS adalah sedikit sekitar 1%. Yang jelas adalah pengurangan undi kepada calon BN berbanding PRU12 dulu. Jadi salahkah kita membuat andaian yang orang yang menyokong BN dalam PRU12 tidak mengundi BN pada kali ini?

TS Muhammad Taib dan DS Mohd Ali Rastam juga memberi alasan yang menggambarkan kecetekan pemikiran mereka.. Masih lagi tidak mahu menerima kenyataan tetapi mencari alasan kekalahan hasil kerja buat orang lain, saperti taktik PAS etc.... Malang bagi UMNO terpaksa memilih bakal Timbalan Presiden yang begini...

Semua orang tahu rakyat Terengganu masih mempersoalkan Monsoon Cup, Wang Ehsan dan Wan Hisham telah dikalahkan dalam PRU12. PM, KJ, Wan Farid, Wan Hisham semuanya dikaitkan dengan perkara ini. Jadi dengan meletak Wan Farid bagai menambah garam di tempat luka.. tidak sukar bagi UMNO Terengganu untuk membuat post mortem keputusan pilihanraya ini..

Sudah tentu, jika mahu di analisa secara terperinci memang banyak faktor penolakan BN dalam PRU12 boleh diperinci. Sehingga kini tiada post mortem yang jelas di buat di pelbagai peringkat parti. Yang jelas persepsi ahli UMNO, ahli BN dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap UMNO dan BN. Budaya, kudis dan kanser yang ditunjukkan dan sedang berkudis dalam batang tubuh UMNO sekarang ini amat parah.. Akibatnya ia telah mencapai tahap kronik . Pemimpin mengakui yang badan itu sakit dan perlu di ubat tetapi masih mencari alasan bagi menangguhkan tindakan dan rawatan.. Puncnya UMNO dan pemimpinnya sendiri. Semua masih dalam sindrom penafian....

Samalah bila pemimpin UMNO membuat analisa kekalahan di KT saperti Khairy tonjolkan, saperti Ketua Penerangan dan Naib Presiden jelaskan, tidak banyak pengajaran yang di ambil oleh BN dan UMNO, semuanya berpunca dari orang lain.. Cerita lama! Selepas ini, majoriti masih akan menyokong calon Ketua Pemuda dan mereka ini, atas alasan tertentu yang sudah menjadi budaya dalam Pemuda UMNO masakini..i.e. RM.. RM... Akibanya sama-sama kita tunggu dalam PRU13 nanti....Mengembalikan keprcayaan rakyat amat sukar dan rumit!

3 comments:

Unknown said...

Apa khabar sdr. mengkuang?
Yang saya lihat, Pemimpin UMNO gagal menawan hati Melayu golongan umur 25-40 tahun. Generasi ini melihat mereka membawa style dan idea lama. Maka saya rasa, pemilihan calon juga wajar diundi di peringkat cawangan atau bahagian dengan melibatkan Pemuda.
Bagaimana?

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

mengkuang said...

Sdr See

Saya setuju dengan pandangan saudara. Ketika masyarakat bercakap mengenai 'civil society' etc. para pemimpin UMNO masih lagi dengan gagasan lama i.e. pemilihan calon oleh presiden parti, gagasan supaya tiada pertandingan, melanjutkat tempoh mandat MKT, sibuk dengan projek pembangunan ketika musim pilihanraya etc....

Untuk masa depan pemilihan calon sepatutnya ditentukan oleh bahagian itu sendiri. Banyak lagi yang boloeh di buat, masaalahnya pemimpin UMNO, ahli MKT banyak yang dah jumud dan patut bersara.