Sunday, July 5, 2009

BABI perkauman.....

Tahniah YAB Ustaz Azizan! Ketegasan YAB mempertahankan tindakan MBAS dalam merobohkan tempat babi di bunuh di Alor Star kena pada tempatnya.

Yang peliknya, kita tak pernah melarang orang bukan islam makan babi! Banyak mana mereka nak makan, makanlah. Yang kita larang ialah setiap tempat melapah babi macam di Kedah tu mestilah mengikut peraturan. Orang Islam nak sembelih kerbau, lembu pun nak kena buat di tempat yang dibenarkan oleh Majlis Bandaran/Daerah. Jadi, kalau ada tindakan sebab apa mesti riuh satu Malaysia pulak!

Mengapa isu ini harus jadi perkauman pula. Nampaknya DAP mahu rakan kongsinya, PAS, supaya menutup sebelah mata dalam hal dan kepentingan politik mereka. Lebih teruk mengaitkan isu tersebut dengan isu perkauman..Ini tanda politik tidak sihat. Tahniah kerajaan PAS Kedah kerana mempunyai ketegasan dalam hal ini!

3 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Sekali tenguk macam bagus la tindakan Ustaz Azizan. Semua orang Wajib sokong, terutama orang Islam. Buat perkara baik kita mesti sokong.

Tapi.... bolehkah Ustaz Azizan dan PAS dapat pertahan dengan keputusan yang diambil? Takut nanti cair macam ketul air kena air panas. La ni pun kita tenguk DAP dok asak dan tekan bertalu-talu.

Di Kedah kita boleh la berkeras pasai DAP satu kerusi. Di Selangor, Perak atau Pulau Pinang, mau tak mau PAS nak kena cari DAP jugak. Pasai politik ni jangan cakap besar la, apa pun boleh jadi.

Dari segi logik, sapa percaya PAS boleh berpakat dengan DAP tapi tak boleh pakat dengan UMNO? Dari segi logik, sapa boleh percaya DAP, GERAKAN dan MCA boleh berpakat pasai isu BABI?

Dari segi politik, 2+3 boleh jadi jawapannya 6-1. Lima jugak kan?

mengkuang said...

Bukan saja isu babi mereka ini boleh berpakat sesama sendiri tanpa batasan parti tetapi banyak lagi isu-isu nasional lain yang melibatkan kaum mereka, depa dapat membentuk united front berdasarkan lain-lain kumpulan klan, persatuan perniagaan dll.. betul kata tuan tu!

warikh said...

Takpa... PM kita banyak 'hadiah' ada...