Wednesday, February 11, 2009

Ketua UMNO Bukit Gantang, Bukit Selambau dan KJ...

Bahana panas di Perak baru bermula akibat dari perubahan kerajaan Pakatan Rakyat kepada BN. Lagi, pilihanraya kecil akan menguji kematangan rakyat dan pemimpin parti politik. Kita lihat pelbagai tingkahlaku pemimpin politik PAS, DAP dan PKR di satu pihak dan pemimpin BN pula di satu pihak yang lain.

Pakatan Rakyat boleh dikatakan telah sepakat tentang calon dari parti mana yang akan di letak di kedua kawasan pilihanraya.Di sebalik kenyataan pedas Karpal terhadap Anwar, Lim Kit Siang serta Hj Hadi, mereka bersedia mengenepikan politik dalaman demi memberi fokus kepada pilihanraya ini.

Sementara itu,dua ketua bahagian UMNO dari Merbok dan Bukit Gantang secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan keras mahukan calon bagi kedua kawasan dari kalangan bahagian UMNO yang berkenaan. Seolah-olah sudah ada kata dua kepada pemimpin pusat supaya mendengar kata-kata mereka. Di satu pihak lagi, Khairy Jamaludin (KJ) juga mengeluarkan kenyataan yang emosional di Perak supaya bintang kebesaran Nizar di tarik balik. Kenyataan ini juga bunyinya keras tanpa menggunakan otak tanpa faedahnya kepada BN dan UMNO Perak.Ketika semua orang sedang berusaha mententeramkan suasana, mereka ini sibuk dengan kenyataan yang tidak perlu dan remeh.

Kenyataan ketiga-tiga pemimpin UMNO ini penuh dengan nada bongkak dan jauh sekali berhemah. Ide dan strategi lama pemimpinm UMNO. Tiga kenyataan dari dua ketua bahagian UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak pernah belajar dari kekalahan dalam PRU12 yang lalu.. Kenyataan mereka lansung tidak membantu UMNO dan BN Perak dalam menangani kegawatan politik masakini. Datuk Seri Najib melalui jalan yang lebih sukar memulihkan BN di mata rakyat dengan mempunyai pemimpin yang meletak otak mereka di kepala lutut sebegini.

Ini merupakan petanda awal satu lagi malapetaka kepada UMNO...

No comments: