Thursday, May 21, 2009

Kedah- pasukan rapuh... yang memerlukan sokongan..?.

Walaupun agak terlambat.... Selamat bertugas kepada Datuk shafei Afdal dan pasukannya di Kedah! Macam-macam bunyi yang kita dengar selepas pengumuman barisan Jawatankuasa Perhubungan Umno Kedah.Semasa mesyuarat, yang jelas senyap dan sunyi, tergamam, terkejut hingga tak terkata dan kabarnya hanya seorang ketua bahagian sahaja yang bersuara kononnya mengapa mereka tidak di ajak berunding terlebih dahulu!

Sudah tentu pucuk pimpinan tidak akan dapat memuaskan semua pihak dalam merencana perubahan kepimpinan dalam UMNO Kedah. Memang boleh dipertikai tentang beberapa perlantikan yang di buat (Kita bincang di lain platform).Apa pun, keputusan telah pun di buat. Program dan pendekatan baru perlu di rancang dan dilaksanakan. Agenda perubahan perlu di gubal. Pengundi, ahli dan rakyat Kedah ingin melihat perubahan yang total dari pelbagai sudut..

Sebagai pembangkang di negeri Kedah.Usaha menawan kembali negeri Kedah dari kerajaan PAS memerlukan kerja keras.Pasukan baru ini memerlukan sokongan padu dari ahli UMNO Kedah bagi melaksanakan tugas mereka. Seluruh ahli UMNO Kedah mesti memberi peluang menyokong kepimpinan baru ini. Memang ada yang tidak kena dengan perlantikan tersebut tetapi 'benefit of the doubt ' harus di beri kepada mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.

Perkara terakhir yang tidak sepatutnya berlaku adalah sabotaj dari kalangan pemimpin UMNO bahagian. Bukan sahaja pemimpin bahagian, malah bekas-bekas pemimpin bahagian harus turut menyokong penuh pasukan baru ini. Pemimpin saperti Dato Othman Ariffin, Dato Affifudin Omar, Dato Paduka Abdul Rahman Ibrahim, Dato Othman Abdul,Dato Dr.Abdul Hamid, Dato Kadir, Tok Det dan banyak lagi Dato-Dato dan bekas wakil rakyat, pendek kata semuanya harus memberi sokongan penuh. Soal merajuk, tidak puashati di sana sini, kepentingan peribadi kena lah pakat ketepi dulu. Zaman 'war lords' dalam UMNO sudah berakhir...

Kepada pengerusi dan kepimpinan baru, harus di ingat bahawa cara, pemikiran dan pendekatan lama tidak lagi sesuai. Dan yang lebih penting, struktur dan orang lama di bangunan UMNO Kedah sudah sampai dan melebehi tarikh luput! Struktur pengurusan dan biro-biro UMNO yang ada sudah lapuk dan perlu di beri nafas baru. Jika mahu melakukankan perubahan dengan mereka ini, alamatnya lagu lamalah jadinya..

Dato Shafei, Dato Bashah, Dato' Nawawi serta Dato Paduka Md.Rozai tahniah! satu ingatan anda semua tidak banyak masa. Hanya kerja keras dan perubahan sahaja yang boleh menentukan halatuju dan nasib UMNO Kedah dalam PRU13 ini.