Wednesday, January 16, 2008

merancang dan melaksana .....

Semalam saya mewakili bos bagi mendengar amanat tahunan Tok Pa kepada semua ketua-ketua jabatan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan lain-lain 'stakeholders' yang berkaitan. Antara lain beliau mengakui tugas merancang semasa beliau di EPU adalah amat berbeza dengan KPT yang perlu melaksanakan apa yang telah di rancang. Beliau mengakui di sebalik kejayaan KPT, ada banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan saperti yang di rancang dan dengan demikian prestasi belanjawan KPT tidak memberangsangkan...

Itu contoh, hanya di satu kementerian, bagaimana dengan kementerian lain?.. Maknanya berbilion ringgit yang tidak dibelanjakan. Di satu pihak lagi kakitangan kerajaan terus bertambah walaupun banyak projek kerajaan yang telah diswastakan. Kesimpulan yang boleh di buat, produktiviti mereka amat rendah, keberkesanan tidak ada, kecekapan tidak ada, kualiti amat rendah, sistem penyampaian yang bertambah burok dll.. Gaji dan bonus di tuntut.

Orang kampung, rakyat biasa di himpit inflasi, jenayah yang meningkat, kenaikan harga barang, maam-macam lagi tanpa merasa nikmat terus dari berbilion projek yang diumumkan oleh kerajaan. P ilihanraya semakin hampir. Mereka hanya mengharap dan rata-rata masih manaruh harapan pada kerajaan yang ada. Pembangkang tidak ada dalam kamus mereka...

Saturday, January 12, 2008

jejak kasih....

walaupun agak letih, saya berpuas hati dengan perjalanan ke Kelantan dua hari lepas. Selesai upacara meminang untuk adik saya di Kelantan, kami bergegas ke Terengganu. Seorang rakan sekampong yang membantu dan mengikut saya dalam urusan meminang yang saya sebut semalam, ingin benar ke Terengganu bagi mencari sepupunya yang tidak pernah di jumpai beliau. Saya dengan senang hati membawa beliau ke sana dan mengatur salah seorang kawan di Kuala Terengganu bagi mencari sepupu kawan saya yang tinggal di kawasan Manir. Selepas mandi kami bertolak dari hotel ke Manir dengan kawan saya menjadi jurutunjuk.

Sesungguhnya dengan kebesaran dan izin Allah swt. kami berhenti bertanya di sebuah kedai runcit dan tanpa di sangka serta secara kebetulan orang yang kami cari berada di kedai tersebut. Akhirnya kawan saya dapat bertemu dengan sepupunya yang telah pun menjangkau hampir 70an itu. Kami biarkan mereka berpelukan, sebak dan saya turut gembira dengan pertemuan ini. Dalam masa dua jam kami di bawa ke tiga buah rumah sepupu kawan saya ini dan dia dapat bertemu tak kurang dari 20 orang kaum keluarganya.... Satu keajaiban!

Bapa kawan saya berserta dengan adiknya berasal dari Terengganu dan berhijrah ke Kedah sejak kecil lagi dan akhirnya berkahwin di Kedah. Ketika itu ramai orang dari pantai timur datang ke Kedah untuk bekerja khususnya di musim mengambil padi. Dipendekkan cerita bapanya tidak pernah pulang ke Terengganu. Saya difahamkan hanya sekali bapa saudaranya dari Terengganu datang melawat Kedah. Ketika ini bapa kawan saya dan semua bapa dan emak saudaranya di Terengganu telah meninggal dunia. Yang tinggal hanyalah sepupu, itu pun masing-masing telah di mamah usia.

Saya gembira, walaupun singkat, kami dapat turut menyumbangkan khidmat dalam menjejak kasih antara dua keluarga ini.. Moga hubungan mereka akan terus ditingkatkan di masa depan... Amin....

Thursday, January 10, 2008

adat lama di lupa jangan

Hari ini saya dengan beberapa ahli keluarga bertolak ke Kelantan bagi menyelesaikan urusan peminangan bakal adik ipar saya yang bermastautin di Kelantan. Saya jangka upacara ini akan selesai dalam masa yang pendek. Kabarnya adik saya telah lebih dahulu berbincang dengan keluarga di pihak perempuan dan telah bersetuju tentang beberapa perkara asas. Jadi rombongan peminangan kami adalah satu formality sahaja. Kami hanya membawa cincin, buah-buahan dan sedikit kueh untuk keluarga pengantin perempuan. Nampaknya cuti sekolah bulan March nanti kenduri lagi lah di rumah orang tua saya di kampung. Letih kenduri bulan Disember yang lalu belum selesai dan terpaksa pula membuat persiapan untuk kenduri kawin lagi. Moga bakal adik ipar akan dapat menyesuaikan dirinya dalam keluarga kami yang besar iini.....

Tuesday, January 8, 2008

hijrah...

Syabas! PPD Sepang. hari Jumaat lepas saya minta seorang pegawai saya membawa borang permohonan pertukaran sekolah anak saya ke pejabat PPD di Sepang,. Dalam masa tak sampai satu jam saya dah mendapat jawapan dan kebenaran permhonan perpindahan anak saya ke sekolah baru di Cyberjaya telah diluluskan. Hari ini tanpa banyak kerenah anak saya di terima masuk ke Sek. Men. Kebg. Cyberjaya (SMKC). Guru-guru di sini secara cekap menguruskannya tanpa sebarang masaalah. Maka berhijrahlah anak saya dari sebuah sekolah swasta ke sekolah bantuan penuh kerajaan. Wow! untuk kali pertama saya berpuas hati dengan layanan, kecekapan dan kepantasan membuat keputusan. Tahniah pada semua anggota PPD dan guru di SMKC.