Thursday, April 16, 2009

PM Dato Seri Najib tidak di sokong.........

Nampaknya sejak mengambilalih alih jawatan PM dengan gagasan satu Malaysia seolah-olah tiada ada sokongan langsung dari pendukung BN termasuk pemimpin UMNO. Hinggakini PM di hujani dengan pelbagai isu (a)MCA dan MIC dan GERAKAN yang tidak berpusahati dengan komen Tan Sri Mahyuddin dan perlantikan ahli kabinet (b) sikap keanakan ADUN Terengganu dengan MB mereka (c) Cara lama MB/UMNO Negeri Sembilan melayan isteri,(d) NGO melayu bertindak balas soal pemansuhan Kem. Perusahaan Awam dll.. Memalukan! dan lansung tidak memahami pembaharuan dan 'BIG PICTURE' yang cuba diketengahkan oleh YAB PM.

Pemimpin MCA dan MIC dan GERAKAN seolah-olah ingin menunjukkan 'their birth right'untuk menuntut itu dan ini tanpa boleh dikomen walaupun benar. mereka lupa yang rakyat sudah pun meninggalkan mereka.

Pemimpin UMNO di peringkat negeri pula masih lagi menyanyi lagu lama. Tindak tanduk mereka langsung tidak mengambilkira senario politik negara dan usaha pemulihan yang sedang cuba dilaksanakan oleh YAB PM. Benar, kata PM yang mereka ini faham mungkin soal mendirikan papan tanda gambar besar mereka sahaja.Nampanya 'wavelenght' PM dengan pemimpin komponen BN dan UMNO tidak sama ataupun tidak ada langsung!Mungkin terlalu baru tetapi hingga kini tidak nampak adanya agenda perubahan dikalangan pemimpin BN.

Di satu pihak lagi rakyat sedang mengalami dan menuntut perubahan dari segala segi. Parti pembangkang nampaknya lebih bersedia untuk berubah dan mempunyai 'wavelenght' yang sama dengan rakyat. ..Dalam keadaan begini di mana pemimpin PM berada????

Friday, April 3, 2009

Dato Seri Najib ... Perdana Menteri Malaysia Ke 6


Perdana Menteri Malaysia ke enam, memulakan tugas resminya mulai hari ini. Semalam dengan slogan 'one malaysian' dan hari ini beliau mengumumkan pembebasan tahanan ISA dan menarik balik sekatan terhadap penggantungan dua buah akhbar parti pembangkang. Sudah tentu Malaysia menyambut baik permulaan ini.

Minggu depan, sekali lagi Malaysia mengharapkan satu perubahan besar dalam pemilihan ahli-ahli Kabinet pertama beliau. Langkah seterusnya, amat perlu perubahan besar dalam pemilihan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri. Sudah tentu lebih banyak penampilan muka-muka baru di pelbagai peringkat amat diharapkan.

Pengurusan negara, sistem penyampaian, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, aspirasi golongan muda, ketelusan, keterbukaan dan pelbagai lagi memerlukan ide-ide baru dari muka-muka baru bukan sahaja dari ahli politik malah golongan professional dari pelbagai sektor. Kemampuan Dato Seri Najib, memahami peningkatan jangkaan dan harapan rakyat sudah tentu menjadi tanda bahawa ada satu harapan pada satu Malaysiadi hari muka.

Selamat bertugas, moga harapan rakyat Malaysia kembali menyinar...