Monday, November 15, 2010

Pengurusan bencana alam di Malaysia

Banjir di Kedah baru-baru ini secara jelas menunjukkan pelbagai kelemahan pengurusan bencana alam di Malaysia. Pihak Majlis Keselamatan Negara, pihak SUK Negeri dan Pegawai Daerah serta agensi lain yang terlibat ternyata tidak mampu mengendalikan bencana sebegitu rupa secara berkesan. Arahan tetap yang digunapakai ternyata gagal mengujudkan rantaian arahan yang berkesan dan cekap.Sudah tentu bermacam alasan boleh diberikan bagi menegakkan benang basah masing-masing jabatan yang sepatutnya berfungsi saperti yang diarahkan.

Rakyat yang menjadi mangsa.Di Kedah, kerosakan harta benda sudah tentu dapat dielakkan kiranya sistem amaran awal melalui media kerajaan digunakan sepenuhnya.Penduduk di Kubang Pasu dan Kota Setar sudah tentu dapat mengambil tindakan awal menyelamat harta benda mereka jika diberitahu terlebih awal.Hujan turun dengan lebat pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad 29,30 dan 31 Okt.2010 yang lalu. Hari Isnin air telah mula naik dibeberapa kawasan pendalaman Kubang Pasu dan amat jelas bahawa banjir akan berlaku. Difahamkan pihak MADA dan JPS juga tahu bahawa banjir akan berlaku lewat Isnin.. malangnya maklumat ini tidak langsung disampaikan kepada orang ramai.. Akibatnya hari Selasa 1.30 pagi banjir besar telah melanda Pekan Jitra dan seterusnya bandar Alor Star. Akibatnya berlaku banjir dan kerosakkan harta benda yang amat teruk kepada rakyat.Malah terdapat kematian di Jitra akibat banjir yang lalu!

Dua minggu telah berlalu, rakyat masih lagi terpaksa berdepan dengan longokkan sampah sarap yang tidak terurus di merata tempat tinggal. Menyedihkan.Pengurusan pasca banjir pun amat lemah!! Terdapat beberapa kawasan para penghuni taman perumahan terpaksa menyewa lori dengan inisiatif sendiri bagi memungut dan membuang sampah yang menimbun. Di mana silapnya?? Di mana peruntukan kerajaan? Kemana digunakan peruntukan ini?

Fasa pemulihan kehidupan mereka yang terlibat tidak terurus. Memalukan! Saya lihat bagaimana NGO dari pelbagai pihak dapat mengurus keadaan pasca banjir dengan cara yang amat teratur. malangnya agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi pelbagai alasan melambatkan urusan tersebut!Yang mereka tahu baik dari Menteri dan sebahagian ahli politik kerjanya lebih berminat mencari publisiti murah dari kesusahan rakyat!


Kita bermimpi untuk menjadi negara maju.. Mengurus sampah pun kita tak mampu, bagaimana para pemimpin negara mendabik dada untuk menjadi negara maju. Sudah tiba masanya cara pengurusan dan arahan tetap Majlis Keselamatan Negara tentang banjir/bencana alam saperti ini di kaji semula.!

3 comments:

Unknown said...

Dah menjadi tabiat sikap kerjasambil lewa almost kesemua jabatn kerajaan negeri mupun kerajaan pusat..
sepuluh kali ketuk baru nak begerak..
ada habuan sampingan baru nak bergerak laju..
bertambah buruk bila ketua jabatan saling berhasad dan tak tahu menghormati kerajaan pilihan rakyat..sekalipun bercanggah dgn pilihan sendiri..
masih tak sedr yg pekerjaan itu adalah satu tanggung jawab yg kena buat walaupun kerajaan kominis yg mmerintah negeri....

mengkuang said...

Sdr..

Benar sangat pendapat tuan.. lembabnya berulangkali.. dulu 2005 saya tengok benda yang sama.. Mai tahun 2010 pun benda yang sama juga!! Sedih tengok! Belia budhist mai begitu teratur membantu menyelesaikan mereka... Yang pegawai dan jabatan kerajaan depa buat apa kita pun tak tau!

Ppv said...

Nice Visit