Thursday, January 14, 2010

Daulat Tuanku!... DYMM Sultan Selangor..

Lagi sekali, bila kita berada dalam keadaan yang genting dan kritikal menghadapi segala macam 'ancaman' terhadap bangsa dan agama Islam, orang-orang melayu di Malaysia masih boleh bergantung kepada DYMM Sultan. Dalam kes terbaru Kebawah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris, telah menyatakan dengan jelas pendirian beliau. Dengan jelas, beliau menyatakan bahawa perkataan 'Allah" hanya boleh digunakan oleh orang-orang Islam sahaja!

Orang-orang melayu, tidak boleh lagi berharap kepada alim ulamak yang berpolitik dan parti politik. Apa yang boleh kita harap dari pemimpin Pakatan Rakyat?, apa yang boleh kita harap dari parti PAS? dan apa yang boleh kita harap dari Barisan Nasional. Begitu juga UMNO! Siapa di antara kumpulan ini yang mengambil berat bila kes ini mula di bawa ke mahkamah Sivil dulu?

Pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin pembangkang telah menunjukkan warna mereka yang sebenar. Mereka akan menggunakan apa juga isu demi untuk menarik sokongan kumpulan tertentu demi survival parti dan kepentingan kelangsungan hidup parti mereka. ini bukan lagi soal kepentingan kumpulan, bukan lagi soal hak asasi manusia, bukan lagi soal hak sivil dan bukan lagi soal 1 malaysia. malang pemimpimpin melayu masih di buai mimpi.... Sedih,Semuanya sama.

Rakyat Malaysia, berbangsa melayu dan beragama Islam tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang bagi membela mereka, apatah lagi bila ianya menyentuh soal kesucian dan sensitiviti agama.

Pendirian tegas DYMM Sultan amat bermakna ketika kita memerlukan kepimpinan dan panduan dalam menyelesaikan persoalan yang menyentuh soal kesucian, soal integriti bangsa dan agama dan soal survival sebagai satu umat seugama dan satu bangsa jauh dari sekali soal 1 Malaysia....

4 comments:

Unknown said...

Begitulah jadinya..
Harap2 biarlah pegangan berterusan lagu tu..Sultan yg bersuara dgn jelas...rakyat akan akur ..
Benda ni boleh dielakkan dari mula kes tu kemahkamah..tapi dibiarkan oleh BN/umno sbb depa ada agenda tersembunyi ..bukti..?
Percaturan utk hakim yg mengadili kes tersebut boleh diatur..apa masalahnya..? Ni tidak..siap pi bagi orag kafir pulak yg dok jadi hakim kes ni...
Karut betoi..

mengkuang said...

Tuan,
I rest my case.. Leadership yang ada la ni hopelessssssssss

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara,

Salam blogging, lama tak jumpa. Bila balik call saya tuan.

Saya pun sudah nak rest my case jugak la.

mimi said...

singgah sini sebentar...
jika ada kelapangan jemput ke blog saya,,,
thanks..