Friday, January 1, 2010

Doa tahun baru 2010

Selamat tinggal tahun 2009....dan selamat tahun baru kepada semua..

Perubahan politik yang kita harapkan selepas PRU12 nampaknya tidak banyak yang tercapai. Pelbagai janji pemimpin-pemmpin negara dan parti politik,pemimpin NGOs, dan lain-lain kumpulan berkepentingan telah kita dengar.Hampir semua mahukan perubahan dalam pelbagai bidang...

Masaalah asas rakyat masih tidak terjawab.Soal keselamatan awam yang tidak terjamin, kegiatan rasuah yang berleluasa, kebanjiran pendatang tanpa izin tanpa kawalan, taraf hidup/kenaikkan harga barangan, kepelbagaian sistem pendidikan yang makin bercelaru, sistem perkhidmatan kerajaan yang tidak cekap/tidak berkesan, kemiskinan dan pembahagian sumber yang tidak samarata,dll.

Malaysia, kaya dengan sumber alam, tahap pendidikan yang relatifnya tinggi, dengan penduduknya yang sedikit, tidak sepatutnya berada dalam keadaan sosio ekonomi saperti sekarang. Soal ketirisan, ketidakcekapan pengurusan, pembaziran sumber keawangan terus berleluasa tanpa ada akauntabiliti terhadap rakyat.Kesilapan demi kesilapan dari segi polisi dilakukan dan berulang-ulang.

Kematang berpolitik di kalangan pemimpin politik di dalam kerajaan dan pembangkang sama sahaja. Perlakuan yang memalukan, keperihatinan dan empati yang tipis,nilai moral yang rendah, pengentahuan yang cetek, mentaliti kelas ketiga, peringkat kematangan yang rendah, amat memalukan dan kadangkala tidak lansung dapat memberi harapan kepada rakyat..

Harapan dan doa tahun baru ini, moga-moga, mereka ini dapat bertindak secara bijaksana, bersederhana dalam berpolitik, menghasilkan polisi yang komprensif dan tiada lagi polisi setengah masak, jujur dan menjauhkan diri dari rasuah......Amin!

No comments: