Thursday, January 14, 2010

Daulat Tuanku!... DYMM Sultan Selangor..

Lagi sekali, bila kita berada dalam keadaan yang genting dan kritikal menghadapi segala macam 'ancaman' terhadap bangsa dan agama Islam, orang-orang melayu di Malaysia masih boleh bergantung kepada DYMM Sultan. Dalam kes terbaru Kebawah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris, telah menyatakan dengan jelas pendirian beliau. Dengan jelas, beliau menyatakan bahawa perkataan 'Allah" hanya boleh digunakan oleh orang-orang Islam sahaja!

Orang-orang melayu, tidak boleh lagi berharap kepada alim ulamak yang berpolitik dan parti politik. Apa yang boleh kita harap dari pemimpin Pakatan Rakyat?, apa yang boleh kita harap dari parti PAS? dan apa yang boleh kita harap dari Barisan Nasional. Begitu juga UMNO! Siapa di antara kumpulan ini yang mengambil berat bila kes ini mula di bawa ke mahkamah Sivil dulu?

Pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin pembangkang telah menunjukkan warna mereka yang sebenar. Mereka akan menggunakan apa juga isu demi untuk menarik sokongan kumpulan tertentu demi survival parti dan kepentingan kelangsungan hidup parti mereka. ini bukan lagi soal kepentingan kumpulan, bukan lagi soal hak asasi manusia, bukan lagi soal hak sivil dan bukan lagi soal 1 malaysia. malang pemimpimpin melayu masih di buai mimpi.... Sedih,Semuanya sama.

Rakyat Malaysia, berbangsa melayu dan beragama Islam tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang bagi membela mereka, apatah lagi bila ianya menyentuh soal kesucian dan sensitiviti agama.

Pendirian tegas DYMM Sultan amat bermakna ketika kita memerlukan kepimpinan dan panduan dalam menyelesaikan persoalan yang menyentuh soal kesucian, soal integriti bangsa dan agama dan soal survival sebagai satu umat seugama dan satu bangsa jauh dari sekali soal 1 Malaysia....

Friday, January 1, 2010

Doa tahun baru 2010

Selamat tinggal tahun 2009....dan selamat tahun baru kepada semua..

Perubahan politik yang kita harapkan selepas PRU12 nampaknya tidak banyak yang tercapai. Pelbagai janji pemimpin-pemmpin negara dan parti politik,pemimpin NGOs, dan lain-lain kumpulan berkepentingan telah kita dengar.Hampir semua mahukan perubahan dalam pelbagai bidang...

Masaalah asas rakyat masih tidak terjawab.Soal keselamatan awam yang tidak terjamin, kegiatan rasuah yang berleluasa, kebanjiran pendatang tanpa izin tanpa kawalan, taraf hidup/kenaikkan harga barangan, kepelbagaian sistem pendidikan yang makin bercelaru, sistem perkhidmatan kerajaan yang tidak cekap/tidak berkesan, kemiskinan dan pembahagian sumber yang tidak samarata,dll.

Malaysia, kaya dengan sumber alam, tahap pendidikan yang relatifnya tinggi, dengan penduduknya yang sedikit, tidak sepatutnya berada dalam keadaan sosio ekonomi saperti sekarang. Soal ketirisan, ketidakcekapan pengurusan, pembaziran sumber keawangan terus berleluasa tanpa ada akauntabiliti terhadap rakyat.Kesilapan demi kesilapan dari segi polisi dilakukan dan berulang-ulang.

Kematang berpolitik di kalangan pemimpin politik di dalam kerajaan dan pembangkang sama sahaja. Perlakuan yang memalukan, keperihatinan dan empati yang tipis,nilai moral yang rendah, pengentahuan yang cetek, mentaliti kelas ketiga, peringkat kematangan yang rendah, amat memalukan dan kadangkala tidak lansung dapat memberi harapan kepada rakyat..

Harapan dan doa tahun baru ini, moga-moga, mereka ini dapat bertindak secara bijaksana, bersederhana dalam berpolitik, menghasilkan polisi yang komprensif dan tiada lagi polisi setengah masak, jujur dan menjauhkan diri dari rasuah......Amin!