Monday, March 10, 2008

Dato Mukhriz, kenduri kawin dan tetamu V VIP..


Semalam sekali lagi kami mengadakan kenduri dalam masa tak sampai pun tiga bulan kerana meraikan perkahwinan adik lelaki saya. Walaupun 8 Mac hari mengundi, orang kampung tetap ramai datang membantu menyiapkan segala persiapan masakan untuk kenduri pada 9 Mac.

Kami sering bertanya satu sama lain kepada siapa undi anda berikan? Dari jawapan mereka saya faham ada yang membahagikan undi mereka satu BN dan satu PAS.! Itu, baru orang kampung! Apatah lagi orang di bandar. Sepanjang yang saya ingat, kampung kami dan peti undi Melele tak pernah kalah dan amat setia dengan BN walaupun banyak yang mereka tak puas hati. . Dulu kampung kami di bawah Parlimen Kubang Pasu dan sekarang di bawah Parlimen Jerlun.

Setiap kali kenduri dan setiap kali saya balik ke kampung, tak habis-habis saya diajukan dengan pelbagai soalan mengenai politik dan ekonomi. Saperti biasa saya tidak pernah jemu menjelaskan satu persatu apa saja soalan yang berbangkit.

Semua rakan-rakan sekampung nampak letih kerana kebanyakkan mereka telah berjaga sejak beberapa hari yang lepas. Walaubagaimanapun kenduri di rumah kami berjalan dengan baik. Tiada tajuk penting selain dari membincangkan kejatuhan kerajaan Kedah kepada PAS. Saya perhatikan walaupun mereka agak letih, terperanjat dan sedih tapi mereka agak puas kerana calon mereka Dato Mukriz Tun Mahathir telah menang dengan agak selesa.

Lebih melegakan kawan-kawan lama saya di kampung kerana Dato Mukriz telah membuat kejutan yang tak mereka sangka. Lebih kurang pukul 3.30 petang Dato Mukriz dan isterinya beserta dengan Tun Dr Hasmah dan Datuk Paduka Marina telah hadir ke rumah kami. Saya lihat semua orang kampung, rakan-rakan sekampung yang bekerja keras sepanjang pilihanraya ini amat puas dan begitu seronok sekali. Saya sempat memberitahu Datuk Paduka Marina bahawa saya adalah pengunjung tetap blog beliau. Ramai anak-anak muda yang mengerumuni mereka untuk mengambil gambar kenangan. Kami mengucapkan tahniah kepada Dato Mukriz dan keluarga beliau dan mengucapkan selamat datang ke Parlimen Jerlun... Moga akan lahir seorang lagi bakal pemimpin yang bukan menjadi pak turut dalam BN dan UMNO

2 comments:

Leen said...

I was there too ya' know...too bad i didn't get to take a picture of them.I was damn tired...hehe just kidding.

MarinaM said...

A'kum, En Ismail, terima kasih atas 'hospitality' seluruh keluarga kelmarin. Kami sekeluarga pun amat gembira dapat datang ke majlis perkahwinan adik En Ismail dan dapat berjumpa dengan warga Kg Melele untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka kepada adik saya. Saya tahu dia amat menghargai sokongan itu dan akan bekerja tekun untuk membalas budi tuan-tuan dan puan-puan semua.