Thursday, February 28, 2008

keselamatan, keamanan, kemakmuran !?.......

Keselamatan, keamanan dan kemakmuran begitulah intipati manifesto BN kali ini. Beberapa minggu yang lepas keluar hasil kajian Prof Syed Arabi dari UIA yang menggariskan perkara yang menjadi isu kepada rakyat. Teratas sekali ialah soal jenayah dan di turuti soal inflasi dan lain-lain isu.. Hem pada masa ini adakah rakyat malaysia merasa selamat untuk berjalan malam, membiarkan anak bermain di laman atau selamatkah rumah anda di kejiranan seluruh negara???? Amankah rakyat Malaysia dengan kebanjiran rakyat Bangla, Indon, India, Filipino, Myanmar dan Vietnam di Malaysia di pelusok negara ????? Makmurkah Malaysia dengan kerja buat PM semenjak mengambil alih pemerintahan negara??? harga barang yang tak terkawal, harga minyak yang tinggi? projek mewah berbillion yang entah siapa akan mendapat untung????

Hidup Barisan?????

Wednesday, February 27, 2008

gerhana di Kedah....

Tiga hari telah berlalu, kempen pilihanraya semakin panas. Pemilihan calon di Kedah di kritik hebat oleh pelbagai pihak. Semasa semua calon sedang mengisi borang di kediaman resmi MB Kedah, saya dapati di setiap meja di luar di penuhi oleh penyokong dan rata-rata tajuk perbincangan meluahkan rasa kurang senang tentang pemilihan calon oleh BN khususnya Pak Lah sebagai PM dan pengerusi BN. Semua faham tak semua senarai MB digunapakai oleh PM. Banyak beranggapan ada 'invisible hand' dalam menentukan barisan calon di Kedah..

Apa tidaknya? Difahamkan ada beberapa bakal calon telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh orang tertentu walaupun pihak MB masih belum lagi membuat pengumuman resmi.. Akibatnya kerja senang dah jadi susah. Hingga kini dari laporan yang di dapati apa yang berlaku di Parlimen Sik, Kuala Kedah, Baling, sedikit di Jerlun dan Pendang agak membimbangkan pucuk pimpinan BN. Kalau silap perhitungan terlepas ke tangan pembangkang.. Itu antara berita yang sampai kepada saya.... Jika kehendak akar umbi dan ahli di ambilkira, BN tidak akan berada dalam keadaan terdesak saperti sekarang ini..

Nampaknya, masa yang agak panjang mungkin dapat membantu BN memperbetulkan apa yang berlaku di bawah, di peringkat akar umbi...

Tuesday, February 26, 2008

calon Yang Berhormat....

Saperti yang saya sebut sebelum ini, jangan terlalu seronok untuk jadi calon YB. Silap-silap terlentang! Tahun ini sekadar mengambil beberapa contoh, Di Tasek Gelugor seorang yang telah di umum menjadi calon akhirnya di tukar dengan orang telah pun di gugur namanya dari senarai. Mati hidup balik kepada calon ini. Ada calon yang dah meninggalkan aktiviti dalam UMNO sebegitu lama, tiba-tiba nama meletup dan dapat jadi calon. Di Kedah bakal calon DUN Jitra begitu ceria pada hari Sabtu lepas mengisi borang di kediaman MB akhirnya tak sampai pun empat jam dan malam tersebut namanya di tukar lagi dengan orang lain. Bayangkan jawatan dah letak, orang kampong dah tau, akhirnya terlepas juga...

Ada juga YB yang telah siap kemas barang-barang di pejabat kerana dah yakin nama tak ada, akhirnya di pilih lagi menjadi calon. Ada yang telah bersiap memperkemas bilik gerakan dan lain-lain logistik tapi bila di umum nama tak ada! Akhirnya qadha dan qadar Allah s.w.t perlu di terima. Ini semua kisah benar setakat yang saya tahu apa yang berlaku di Kedah. Bukan saja di Kedah, saya percaya banyak lagi kes yang serupa berlaku di negeri lain.

Selepas hari penamaan calon hinggalah hari mengundi adalah satu perjalanan yang penuh dengan tekanan.. . Ada yang kena sabotaj,tak boleh masuk kampong tertentu, peti undi tutup, merajuk, duit tak cukup dlll.

Selamat bertanding kepada Dato Saad Man bakal YB DUN Jitra. Akhirnya karier politik saudara mungkin menyinar kembali....

Thursday, February 14, 2008

Penamaan calon dan hari mengundi

8hb March hari mengundi.. dan 24 March hari-hari yang menyeksakan kepada orang politik. Mulai hari ini hingga lah malam 24hb apa-apa saja akan berlaku. Ada yang dah di beri tahu bersiap sedia, ada yang di suruh meletak jawatan, ada yang di beritahu nama dah naik, ada yang di beritahu nama dah gugur! Aduh menyeksakan kepada yang sangat berminat dan bercitra besar. Nasihat saya jangan terlalu mengharap adalah ubat yang paling mujarab. Kalau nama naik 23hb selalunya dapat tahu..

Pengalaman saya, selagi tidak diumumkan secara resmi, jangan lag seronok sendiri. Saya telah melihat sendiri, bagaimana orang yang telah diberitahu untuk bertanding tapi akhirnya tidak terpilih. Ada yang nama dah digugurkan tapi dapat bertanding semula! Yang lebih menarik ada yang tak pernah fikir untuk bertanding tapi namanya di pilih ! YAB Menteri Besar sendiri kadang-kadang terpaksa menunggu hingga saat akhir dan selalunya sehari sebelum penamaan calon! senarai pertama yang dikeluarkan kadangkala di ubah lagi oleh pucuk pimpinan..

Selamat bertanding! dan Selamat mengundi!

pembubaran parlimen dan pilihanraya ke 12....

Saperti yang di jangka parlimen dibubarkan semalam. Saya membuat beberapa panggilan dan turut juga menerima panggilan dari beberapa kawan lama yang masih berpolitik dan yang sudah bersara. Ada yang kembang kempis kerisauan tidak terpilih dan ada juga yang perasaan akan menjadi Yang Berhormat.

Sebagai pemerhati , kita faham sangat mengenai kemampuan kawan-kawan. Semuanya ingin berkhidmat untuk rakyat dari segi teorinya. Bila dah menjadi YB, yang di kejar adalah kekayaan peribadi bukannya khidmat kalau adapun hanyalah tugas separuh hati. Yang penting ialah mengumpul kekayaan peribadi. Terlalu banyak contoh yang boleh diberikan. Belum pun nama di pilih sudah memohon bantuan untuk membantu dari sudut kewangan. Kalau dah terpilih jangan kirlah berapa banyak kutipan yang di buat.

sama-sama kita perhatikan negeri-negeri di Kelantan, Terengganu, Penang dan Kedah mencipta sejarah. Moga demokrasi di Malaysia kian matang dan subur. Semua pihak punya hak yang sama dalam bertanding secara adil. Realitinya pembangkang terus di himpit dengan segala kekangan dan hanya rakyat yang dapat menentukannya..... Selamat mengundi ..

Tuesday, February 5, 2008

pilihanraya ke 12....

Sejak sebulan lepas saban hari semakin intensif segala macam aktiviti di pelbagai peringkat, negara, negeri, baerah, bahagian dan cawangan UMNO dan sekutu Barisan Nasional. Sejak sebulan lepas semua pertukaran sms, perbincangan, tanda-tanda semuanya menjurus kepada masa yang dinanti telah hampir tiba!

Bermula dengan pembubaran parlimen dan diikuti oleh penetapan tarikh penamaan calon dan hari pilihanraya ke 12.. Mengambilkira pelbagai faktor saya jangka pembubaran parlimen akan berlaku lepas Tahun Baru China. Kalau hari Selasa atau Rabu PM mengadap DYMM Yang Di Pertuan Agong maka kemungkinan 12hb. Febuari atau 13hb Febuari merupakan hari pembubaran parlimen!

Selamat mengundi kepada semua pengundi dan selamat bertanding kepada rakan-rakan yang terpilih!

Monday, February 4, 2008

Kawan .. CNY..... tahun tikus.

Semalam, saperti tahun-tahun yang lalu, dua kotak limau orange China telah di hantar ke rumah saya. Saya tahu siapa yang menghantarnya walaupun ianya di letak di luar rumah. Kebetulan tiada sesiapa di rumah ketika itu. Sudah jadi amalan sejak tahun 1985, sejak kami mula berkawan hingga ke tahun ini, setiap tahun kawan saya, Abin, akan menghantar buah limau setiap kali Sambutan Tahun Baru China.

Lebih duapuluh tahun kami berkawan, berniaga, melancung, bersembang, golf dan teh tarik, tiada sebarang masaalah. Tiada benda sensitif yang tidak boleh di bincang. Adakala kami bertengkar tapi selalunya disudahi dengan gelak ketawa. Hari raya dan kenduri kendara perkahwinan di rumah saya, mereka tidak pernah uzur sepanjang yang saya ingat.

Kepada kawan-kawan China di Kedah dan di Malaysia saya ucapkan Selamat Tahun baru...