Wednesday, March 26, 2008

MP Mukhriz Mahathir lagi....

MP Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sekali lagi membuat kenyataan dan menyeru supaya Perhimpunan Agong UMNO tidak ditangguhkan lagi ke tahun depan selepas sahaja Muhammad Muhd Taib, Jurucakap UMNO Malaysia, memklumkan yang AGM UMNO akan di tunda ke tahun depan.

Tak sia-sia kami sekeluarga mengundi beliau di Parlimen Jerlun!!!

Hingga kini UMNO Bahagian Gua Musang, Muar dan Cheras telah menyatakan secara terang dan jelas!!

jatuh macam nangka tergolek???

Dato' Rais Yatim menteri yang satu masa dulu telah 'membakar jambatan' dengan UMNO kini sekali lagi membuat kenyataan yang YAB Menteri Besar Terengganu akan jatuh macam nangka masak!!

Atas andaian apa beliau boleh membuat keputusan sebegitu? Kadang-kadang nampak sangat bodohnya menteri Pak Lah. !!

Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO, memaklumkan bahawa persidangan UMNO pada tahun ini akan ditangguhkan lagi ke tahun depan (dulu ditangguhkan ketahun ini kerana PRU12) kerana takut akan berlaku malapetaka???

Nampaknya pemimpin UMNO masih lagi tidak faham perkara asas yang menyebabkan BN dan UMNO di tolak dalam pilihanraya baru-baru ini. Mereka masih mahu melayan ahli UMNO macam dulu, macam orang yang tidak berotak, mereka boleh sebut apa saja dan ahli akan menerima dengan tangan terbuka. Ketika parti lain sedang sibuk memperbaharui organisasi ke depan , UMNO mengambil langkah ke belakang! Dah kalah teruk! Masih takut nak bersemuka dalam AGM!

Malapetaka kepada pemimpin sedia ada atau UMNO?? Sama-sama kita lihat siapa akan jatuh macam nangka tergolek!!!

Tuesday, March 25, 2008

kebijaksanaan kepimpinan di uji....

KDYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong telah berkenaan menerima mengadap YAB MB Terengganu yang baru. YAB MB memaklumkan beliau akan mula memegang jawatan dan menjalankan tugas hari ini. Perdana Menteri menyatakan ianya tidak mengikut perlembagaan!

22 DUN BN tidak menyokong YAB MB? Rakyat dalam kegelapan!!

Di mana kebijaksanaan kepimpinan kerajaan persekutuan.?

Apakah jalan keluar kepada kemelut ini. UMNO di persimpangan jalan. Pengurusan krisis ini perlu di tangani dengan cermat. Pemimpin politik datang dan pergi. Sistem demokrasi, pilihanraya dan institusinya akan kekal. Yang penting institusi Raja akan terus kekal..

Setakat ini Pak Lah telah gagal memainkan peranannya sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan sebagai orang melayu bagi menyelesaikan perkara ini. Yang penting krisis ini perlu diselesaikan dengan cara 'melayu tidak menderhaka kepada sultan', UMNO masih boleh memerintah dan tidak ada pihak yang tercalar..

Berundur selangkah tidak semestinya kalah.!!!

Sunday, March 23, 2008

Terengganu... menang jadi arang, kalah jadi abu



Sah 22 ADUN Terengganu memboikot dan tidak bersetuju dengan perlantikan YAB MB Terengganu oleh pihak istana. Jelas dalam perlembagaan negeri Terengganu perlantikan ini adalah sah. Watikah perlantikan dan kenyataan akhbar telah di buat oleh pihak istana. Cuma upacara angkat sumpah di jangka akan diadakan pada hari Rabu ini.

Jika perlantikan ini diteruskan juga, bermakna sah ADUN Kijal Ahmad Said menjadi MB. Beliau mempunyai masa selama 90 untuk memanggil sidang dewan undangan negeri. YAB MB boleh melantik mana-mana ADUN termasuk Pas bagi mengangotai kerajaannya asalkan mendapat perkenan Sultan.

22 ADUN BN mungkin akan mengundi tidak percaya pada MB ini. Kerajaan Persekutuan boleh mengistiharkan darurat. Itu pun mesti mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Apa pilihan yang ada pada pihak Sultan dan istana ? Jalan penyelesaian, pihak Sultan boleh mengistiharkan pembubaran dewan undangan negeri dan pilihanraya baru.

Jika ini berlaku bolehkah UMNO menang??? Sanggupkah ADUN BN dan Pak Lah menderhaka kepada Pemangku Sultan Terengganu. Hmmm.. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah berasal dari terengganu.

Satu lagi krisis perlembagaan . Pak Lah semakin gawat!!!!!!!

Wednesday, March 19, 2008

setiausaha agong dah lari.....

Tiada sebarang tindakan terhadap Datuk Mukhriz! Beliau juga tidak akan menarik balik surat meminta Pak Lah meletak jawatan!

Akhirnya Datuk Radzi meletak jawatan. Malangnya bukan sebab ingin bertanggungjawab tentang kekalahan teruk UMNO dan BN tetapi kerana tak dapat jawatan menteri! Macam budak-budak! Sepatutnya beliau patut meletak jawatan bersama Pak Lah selepas kekalahan teruk PRU12 pada 9/3/08 lalu. Dulu team B, kemudian melompat parti dan dalam mentadbir UMNO pun bukannya bertambah baik, malah bertambah teruk.

2 timbalan menteri menolak perlantikan mereka oleh Pak Lah!

Dengan kabar Rafidah juga akan meletak jawatan. !

Kapal nak karam, semua pakat nak terjun?????

Tuesday, March 18, 2008

kabinet membawa rebah!!

Tahniah kepada sdr. Zaid Ibrahim dan En. Amirsham!!

Sah! UMNO menunggu talkin terakhir hayatnya. Hanya masa menentukannya. Kabinet yang di bentuk nampaknya tak akan menyumbang apa-apa terhadap pemulihan UMNO! Apa tidaknya, Pak Lah nak harap kepada .... Muhammad Taib (Australia?), Nor Yakcop (Bank Negara??), Rais Yatim (Bakar Jambatan), Syed Hamid (Bawa diri sendiri boleh lah), Azlina ( Wanita pun tak terima), Nazri dan Hishamudin (Banyak tulang dalam almari), Shahril (kredibiliti yang tercalar) untuk membuat kerja di peringkat akar umbi bagi memulihkan UMNO????? Mereka bukannya akan menjadi aset tapi akan menjadi beban kepada Pak Lah dan UMNO. Kita tunggu dan lihat!!!

Perangai lama sukar di buang! Tidak ada pengajaran yang di ambil dari hasil PRU 12 oleh Pak Lah. Beliau telah melepaskan peluang keemasan bagi memulihkan kepercayaan ahli UMNO dan rakyat terhadap BN ! Kabinet ini akan membawa rebah kepadanya!!!

Monday, March 17, 2008

Daulat Tuanku!!

Sah, Md Isa Sabu, orang kuat Radzi jadi YAB MB Perlis. Kabarnya, belum resmi lagi, DSIJ akan jadi MB Terengganu. Yang penting pilihan dan cadangan ketua parti yang menang dalam PRU 12, Pengerusi BN dan PM Malaysia, Pak Lah, tidak di terima oleh KDYMM Raja Perlis. Hingga kini Terengganu masih lagi 50-50. Sama ada kedudukannya 2-0 atau 1-1, yang jelas Pak lah menghadapi masa sukar menyakinkan DYMM Tuanku bagi melantik MB di negeri berkenaan.

Nampaknya orang UMNO gagal mengajar Pak Lah. . tapi KDYMM Sutltan dan Raja di Terengganu dan Perlis boleh mengajar PM !!

Teringat cerita seorang bekas menteri mengenai Dato Anuar Zaini, Pengerusi Bernama.. Kata bekas menteri ini" Anuar Zaini ni jika dia tahu dia akan mati di langgar di jalanraya, dia tak mahu mati di langgar lori, tapi dia sanggup mati jika di langgar oleh Roll-Royce". Agaknya Pak Lah anggap rakyat macam ikan bilis dan dengan demikian ia juga ingin di langgar Roll-rocye untuk mati dalam politik!!

Saturday, March 15, 2008

Ahh Hishamudin pulak!!!!....

Sejak bila ahli UMNO tidak boleh bersuara? Sejak bila ahli UMNO tidak boleh menyuruh pemimpinnya mengambil tanggungjawab tentang sesuatu masaalah yang berbangkit? Salahkah Dato Mukhriz menyuruh Pak Lah berhenti! Apa bezanya Mukhriz dengan seluruh rakyat dan ahli UMNO yang setiap hari di kedai kopi, di coffee house, di kampung yang semuanya tidak puas hati dengan Pak Lah dan mahukan PM berhenti.

Masaalahnya, Pak Lah masih memekakkan telinga dan hanya mahu mendengar berita yang baik-baik sahaja dari para penasihatnya. Masih seronok, masih ramai lagi berbaris untuk mencium tangannya.

Hishamudin juga merupakan satu punca mengapa prestasi BN begitu buruk. Orang-orang China tidak pernah lupa dengan lagaknya. Lupakah kita dengan retorik basinya mencium keris di PWTC. .. Naibnya, KJ pun sama... Dan kepada mereka ini, Pak Lah menyerahkan soal Mukhriz untuk diselesaikan...? Mereka juga sudah hilang kredibiliti..

Bila agaknya pemimpin UMNO mahu sedar tentang realiti yang mereka perlu bertindak?! Moga makin ramai lagi pemimpin saperti Mukhriz akan muncul dalam masa terdekat dan dengan berani menerima hakikat bahawa kepala yang busuk perlu di potong......

PM di cabar lagi...!!!!

KDYMM Raja Perlis telah menggunakan kuasanya di bawah perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perlis. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan hak melantik Perdana Menteri adalah hak KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Dalam amalan demokrasi di Malaysia memang menjadi kebiasaan ketua parti yang menang secara majoriti dalam pilihanraya akan di beri hak untuk membentuk kerajaan.

PM telah memberikan kebenaran dan persetujuan kepada Shahidan untuk membentuk kerajaan di Perlis. Malangnya DYMM Raja Perlis telah mengambil pendirian yang berlainan dan telah melantik Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Secara tidak langsung pandangan PM sebagai ketua parti yang mendapat majoriti terbanyak telah tidak di ambil kira. PM menghadapi satu lagi masaalah... Masaalah dengan Sultan dan Raja Negeri-negeri melayu. Satu lagi krisis perlembagaan...

Orang-orang UMNO dan orang melayu melihat dengan penuh minat sama ada Pak Lah mampu menyelesaikan masaalah ini atau pun tidak. Kalau kalah PRU 12, orang menyalahkan KJ dan penasihat Pak Lah, kini Radzi pula akan disalahkan. Kedua mereka adalah orang kuat Pak Lah... Bertambah gerhanalah pemikiran ahli UMNO. Akan berlakukah satu lagi krisis perlembagaan? Mampukah Pak Lah menyelesaikan kes ini???.........

Friday, March 14, 2008

Dato Mukhriz vs tsunami fasa 2.......

Samy Vellu, Ong Ka Ting menolak untuk di lantik dalam kabinet. Chua Ju Meng meminta Presiden MCA meletak jawatan. Panassss MCA, MIC dan GERAKAN panassss . Mereka gagal membawa kaum masing-masing menyokong BN. .. Elok benarlah menolak tawaran dan lebih baik jika meletak jawatan...

Pengundi UMNO pun sama, mereka tidak memberi undi kepada calon BN. Ini bermakna Presiden UMNO juga gagal dan tidak patut menerima jawatan PM dan wajib meletak jawatan..

Tsunami fasa kedua sedang mula melanda UMNO. Datuk Mukhriz, selang dua hari sidang akhbarnya, telah mengambil inisiatif menghantar surat meminta Pak Lah meletak jawatan. Hari ini suratnya tersebar luas di laman web KMU, blog Rocky'bru, 3540 Jln Sudin dll. Kabarnya UMNO Bahagian Batu telah menghantar surat yang sama kepada PM. Di merata tempat di Kuala Lumpur terpampang poster meminta PM meletak jawatan...

Pengundi-pengundi Jerlun, bertuah mendapat Dato Mukhriz sebagai MP dan telah pun memulakan satu petanda baru tentang perlunya reformasi dalam UMNO!!!! Sama-sama kita lihat berapa ramai ahli MT UMNO yang ingin "berdiri teguh di belakang Presiden". Sebenarnya mereka tidak banyak masa untuk tunggu dan lihat, mereka hanya ada masa untuk bertindak!!!!!

Thursday, March 13, 2008

Ahhhh Johari Baharom...lagi..

Tak cukup dengan deretan ahli MT UMNO berduyun-duyun mendendangkan lagu lama ...."Saya berdiri teguh di belakang PM" di Sri Perdana, Putrajaya... YB Dato Johari Baharom, yang pernah di siasat BPR dan dibebaskan kerana tiada kes, yang pernah berkerja dengan Tun Mahathir dan yang akhirnya tidak menyokong Tun menjadi perwakilan UMNO pula membuat kenyataan menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang PM...hmmm.
Dulu selalu dengar ayat yang sama dari Dato Samy Vellu saja tapi dah melarat ke MP UMNO pulak.

Lebih menarik kenyataan ini pulak di buat selepas Dato Mukhriz membuat sidang akhbarnya di Penang.

Hingga kini , di kalangan pemimpin muda, hanya Dato Mukhriz seorang saja yang berani membuat kenyataan terbuka meminta Pak Lah membuat tindakan yang betul berdasarkan keputusan PRU 12. Dalam kata lain PM harus bertangungjawab dan mengambil tindakan yang betul .. Nampaknya keseluruhan ahli MT UMNO perlu di ganti dalam pemilihan parti akan datang. Jika umur panjang kita mungkin dapat melihat tsunami fasa kedua yang akan melanda pemimpin jenis tukang ampu yang begini...

Monday, March 10, 2008

Dato Mukhriz, kenduri kawin dan tetamu V VIP..


Semalam sekali lagi kami mengadakan kenduri dalam masa tak sampai pun tiga bulan kerana meraikan perkahwinan adik lelaki saya. Walaupun 8 Mac hari mengundi, orang kampung tetap ramai datang membantu menyiapkan segala persiapan masakan untuk kenduri pada 9 Mac.

Kami sering bertanya satu sama lain kepada siapa undi anda berikan? Dari jawapan mereka saya faham ada yang membahagikan undi mereka satu BN dan satu PAS.! Itu, baru orang kampung! Apatah lagi orang di bandar. Sepanjang yang saya ingat, kampung kami dan peti undi Melele tak pernah kalah dan amat setia dengan BN walaupun banyak yang mereka tak puas hati. . Dulu kampung kami di bawah Parlimen Kubang Pasu dan sekarang di bawah Parlimen Jerlun.

Setiap kali kenduri dan setiap kali saya balik ke kampung, tak habis-habis saya diajukan dengan pelbagai soalan mengenai politik dan ekonomi. Saperti biasa saya tidak pernah jemu menjelaskan satu persatu apa saja soalan yang berbangkit.

Semua rakan-rakan sekampung nampak letih kerana kebanyakkan mereka telah berjaga sejak beberapa hari yang lepas. Walaubagaimanapun kenduri di rumah kami berjalan dengan baik. Tiada tajuk penting selain dari membincangkan kejatuhan kerajaan Kedah kepada PAS. Saya perhatikan walaupun mereka agak letih, terperanjat dan sedih tapi mereka agak puas kerana calon mereka Dato Mukriz Tun Mahathir telah menang dengan agak selesa.

Lebih melegakan kawan-kawan lama saya di kampung kerana Dato Mukriz telah membuat kejutan yang tak mereka sangka. Lebih kurang pukul 3.30 petang Dato Mukriz dan isterinya beserta dengan Tun Dr Hasmah dan Datuk Paduka Marina telah hadir ke rumah kami. Saya lihat semua orang kampung, rakan-rakan sekampung yang bekerja keras sepanjang pilihanraya ini amat puas dan begitu seronok sekali. Saya sempat memberitahu Datuk Paduka Marina bahawa saya adalah pengunjung tetap blog beliau. Ramai anak-anak muda yang mengerumuni mereka untuk mengambil gambar kenangan. Kami mengucapkan tahniah kepada Dato Mukriz dan keluarga beliau dan mengucapkan selamat datang ke Parlimen Jerlun... Moga akan lahir seorang lagi bakal pemimpin yang bukan menjadi pak turut dalam BN dan UMNO

Sunday, March 9, 2008

mesej rakyat yang jelas...

Gerhana di Kedah, air tenang jangan di sangka tiada buaya adalah beberapa pemerhatian awal saya mengenai pilihanraya di Kedah. Sebentar tadi kami melalui Wisma Negeri Kedah Darulaman, jelas terdapat anggota polis sedang berkawal di situ. Kali kedua kami melalui tempat yang sama jelas ahli-ahli pas telah mula berkumpul di situ. Sementara itu satu demi satu keputusan DUN di ketahui dan kabarnya Kedah akan mendapat kerajaan baru dan MB baru dari pembangkang...

Apa yang berlaku di luar dugaan sama sekali. Sehingga kini, walaupun belum resmi lagi, adalah jelas Negeri Kedah telah jatuh ke tangan PAS. Lebih mengejutkan semua kawasan selamat juga turut tersungkur.

Jelas rakyat telah membuat keputusan. Nampaknya majoriti rakyat telah menyampaikan rasahati mereka mengenai harga minyak, peningkatan jenayah, korupsi, inflasi, imej kepimpinan yang lemah, kelembapan ekonomi, rasa tertindas semua kaum, amalan kroinism dalam parti dan banyak lagi...........

Saturday, March 8, 2008

'time bomb' di Kedah...

hingga hari ini beberapa kawasan di Kedah sudah hampir pasti jatuh ke tangan pembangkang. Kedua-dua DUN di Jerlun dalam keadaan bahaya tapi Parlimen nampaknya selamat. Sik, Baling, Kuala Kedah, dan beberapa kawasan di Merbok, Padang Serai dan Kulim merupakan sa kawasan yang agak genting. Tanpa menidakkan keupayaan pengundi sebagai faktor utama tetapi kesilapan pucuk pimpinan dan calon berkenaan adalah punca utama..

nampaknya masa untuk berundur kepada beberapa pemimpin semakin jelas kesnya!

selamat mengundi.....

semalam sempat bersama seorang calon BN membuat perjumpaan terakhir di dua buah kampong untuk berjumpa dengan ahli-ahli PAS yang menyertai UMNO. Dari maklumat yang di dapati terdapat lebih dari 200 orang secara resmi telah menyertai UMNO pada malam semalam. Sebelum ini ada beberapa tempat lain telah berjaya di tembusi oleh BN.. Walaubagaimanapun masih terdapat unsur-unsur sabotaj dalaman . Nampaknya masaalah penyakit UMNO tak habis-habis mahu menjatuhkan sesama sendiri.

Suasana kawasan agak tenang tapi kata orang air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Banyak yang terpendam dalam dada rakyat sejak kenaikan minyak. Di Kedah sama dengan negeri pantai timur, amat sukar meramalkannya!!!

Selamat mengundi....

!!

rasa hati rakyat ....


Seorang nenek dalam usia yang begitu lanjut menawarkan diri sebagai cakon PRU 12 di Kuala Terengganu. Rekod dalam sejarah politik di Malaysia.. Yang penting nenek ini mempunyai akal, kesihatan dan fikiran yang cukup waras dan layak menjadi calon! Yang penting juga beliau adalah rakyat biasa, duduk di pinggir bandar, dikelilingi orang melayu, menjalani kehidupan biasa dan pendek kata ianyanya mewakili melayu terengganu dan tipikal melayu di kampong di seluruh Malaysia!

Sangat menarik, mengapa beliau bertanding? Perasaan, semangat, kesediaan, kemarahan, kekecewaan ini telah sampai ke kemuncak. Di seluruh Malaysia rasa yang sama sedang melanda pelbagai peringkat umur rakyat.. Hidup nenek Maimun!!!!!!!

Wednesday, March 5, 2008

hujung minggu bersama calon Pendang

Minggu lepas sempat meronda di sekitar Pendang dan Jerlun melihat suasana pilihanraya di sana. Pagi Sabtu sempat berborak dengan seorang rakan yang bertanding dan nampaknya beliau agak lega dan sedikit ceria. Mengikut perkiraannya dan setelah di tolak pelbagai faktor saperti peratus pengundi, pengundi baru, undi rosak dan kemungkinan sabotaj, beliau masih yakin akan kemenangan berpihak kepadanya.

saya juga yakin beliau akan menang kali ini. Saya tahu beliau amat bekerja keras dalam membuat persiapan awal dan amat dedikasi dalam menentukan jentera parti berjalan lancar. Apa yang penting selepas saja penamaan calon di buat, semua jentera bergerak. Setiap strata masyarakat telah di temui dan ini dapat dilakukan kerana terdapat perancangan yang rapi.

Walaupun begitu, terlalu banyak duri dari dalaman parti yang perlu dihadapinya. Kepada Dato Paduka Md Rozai Shafian saya ucapkan selamat maju jaya ....