Monday, November 24, 2008

Raja Nazrin



Dimana bumi di pijak , di situ langit di junjung. Di Malaysia, orang-orang melayu yang menjadi tuan rumah, menjadi penerima golongan imigran telah menerima dengan baik kesemua mereka dahulu, sekarang dan mungkin selamanya. Orang melayu tidak banyak soal, amat bertolak ansur dan dalam kata lain menerima sosial kontrak yang telah di persetujui semasa mereka ingin mencapai kemerdekaan dulu. Lebih dari itu mereka tidak mempersoalkan semua bentuk persetujuan masa lampau....

Bagi imigran yang mendatang, apa yang di minta hanyalah supaya mereka menerima bahawa telah ada persetujuan dan kontrak sosial. Mereka harus menerima institusi yang sedia ada, apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Mereka di minta tidak mengungkit-ungkit semua perkara yang telah di persetujui sebelum ini.Rakyat Malaysia berketurunan imigran juga harus dan mesti menerima kenyataan ini.

Majoriti rakyat Malaysia inginkan kedamaian, sebuah negara yang makmur,aman dan keselamatan mereka sentiasa terjamin. Rakyat Malaysia mahu mempertahankan negara mereka dari ancaman musuh. Rakyat Malaysia juga mahu mereka di kenali sebagai orang Malaysia. Jadi, yang minoriti, yang masih mengungkit-ungkit soal ini, terutama politikus yang berfikiran sempit dengan fahaman perkauman, chauvanis, harus mengambil ingatan tentang pesanan di atas.

Pembentukan negara bangsa yang di kenal sebagai Malaysia, akan lebih mudah di bentuk, bilamana penerima dan pendatang sama-sama menghormati persetujuan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Moga Malaysia dan rakyat Malaysia terus matang dan dapat hidup aman damai....

2 comments:

Unknown said...

saudara mengkuang, saya juga melihat bagaimana Raja Nazrin berjaya menepis isu sensitif ini setelah media perdana gagal menanganinya. Saya juga terfikir,relevankah lagi UMNO? setelah tiada tempat bagi 'orang muda' dan trend kini veteran dan 'bekas tahanan' UMNO membuat 'comeback'. Bagaimana?

juruacara.

mengkuang said...

Sdr See,

Saya fikir UMNO masih lagi releven kepada orang melayu. Cuma, saperti yang sdr sebut, jika ianya gagal untuk 'reinvent' atau reengineer' tubuh badan mereka bermakna, institusi ini akan hanyut dan mati secara perlahan.. Apa yang mereka buat sekarang ialah sekadar percubaan untuk 'rebranding'.. dan ini samasekali tidak cukup..

Umno memerlukan perubahan struktur yang menyeluruh.. Setakat sekarang saya tidak nampak mereka benar-benar serious menangani isu semasa, malah masih dengan pendekatan lama dalam banyak aspek.. Yang demikian saya tidak terkejut jika hayat mereka semakin pendek..