Tuesday, November 24, 2009

Pak Abu vs Isa Samad??

YB Pak Abu memang dikenali di kawasan Jerlun oleh pelbagai pihak. Sudah tentu beliau lebih dikenali di kawasan Kota Siputeh. Beliau bolehlah dikira sebagai wakil rakyat yang sentiasa berada di kawasannya dalam berbagai situasi di tempat kenduri, majlis tertentu, dll. Dia juga adalah ketua bahagian Jerlun!

Adalah tidak sesuai membandingkan beliau dengan YB Tan Sri Isa Samad yang juga merupakan Ketua Bahagian. Isa mempunyai pengalaman sebagai bekas menteri besar NS dan merupakan Ketua Bahagian yang mempunyai sokongan padu dari seluruh ahli dan AJK bahagiannya.

Pak Abu menang dalam PRU12 tempoh hari pun hanya dengan jumlah majoriti yang sedikit 400 lebih. Itu pun dalam keadaan bahagian yang padu tanpa sebarang pertelingkahan. YB Pak Abu dalam keadaan sekarang terpaksa berhadapan dengan masaalah pengikut bekas ketua bahagian yang lama Dato Othman Ariffin. Kita tidak nampak dalam masa terdekat soal bekas ketua dan pengikutnya dapat diselesaikan.. Amat tipis untuk YB Pak Abu untuk memenangi semula kerusi berkenaan jika dicalunkan semula oleh BN!

Sekurang-kurangnya ada baiknya pilihanraya kecil di sini kepada pihak UMNO dan BN. Pemimpin UMNO negeri yang sedang tidur lena sekarang ini dapat menjadikan pilihanraya ini sebagai medan menguji kesediaan mereka menghadapi PRU13 nanti.

Hanya calon yang lebih neutral dan boleh di terima oleh kedua pihak, merupakan calon yang lebih sesuai untuk di pilih oleh BN. Kesilapan memilih calon akan membawa padah....

Thursday, November 19, 2009

Bekas Mufti Perlis dan Bekas YB DUN Kota Seputeh...

Tak lama lagi DUN Kota Seputeh akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil. Mahkamah telah memutuskannya. Keputusan ini bertentangan dengan keputusan SPR yang sebelum ini mengistiharkan tidak berlaku kekosongan. Semua ini berpunca dari tindakan YB Speaker Kedah yang mengesahkan bahawa YB Datuk Abu Hassan Sarif telah tidak hadir mesyuarat dewan sebanyak dua kali berturut-turut. Dengan demikian beliau menggunakan pakai peraturan sewan undangan negeri Kedah dan mengistiharkan kekosongan di DUN Kota Seputeh. Beliau mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya.!

Di Selangor baru-baru ini heboh kes penangkapan bekas Mufti Perlis. Kabarnya penangkapan ini adalah berpunca dari penggunaan kuasa dan perlanggaran peraturan undang-undang di Selangor. Bekas Mufti ini telah berceramah di Masjid tanpa mendapat tauliah saperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan memberi ceramah agama di Selangor. Pihak penguatkuasa mengikut peraturan dan menggunakan kuasanya dan akibatnya beliau ditangkap...

Undang-undang dan peraturan di buat untuk dilaksanakan dan di patuhi oleh semua rakyat. Kita yakin Bekas Mufti sangat faham tentang peraturan dan undang-undang memberi ceramah di Malaysia. Begitu juga YB Dato Abu Hassan setelah empat penggal menjadi wakil rakyat sudah tentu faham undang-undang dan peraturan dewan. Jadi kalau dah tahu memang ada undang-undang yang kusus mengenainya mengapa ianya tidak dipatuhi atau sengaja mahu melanggar peraturan tersebut!

Kata orang Kedah, baru padan muka! Kes begini adalah jelas dan tidak perlu simpati kita rakyat biasa.....

Monday, November 9, 2009

'white power in black face'......

Demonstrasi di depan rumah putih menuntut supaya Obama menarik balik askarnya dari Afganistan dan juga Iraq.. Presiden USA itu di anggap alat orang putih dengan dasar imperialis yang berterusan..

Tetapi pada masa yang sama Presiden US ini telah berjaya mendapat persetujuan Kongres bagi meluluskan undang Penjagaan Kesihatan yang sekaligus memberi perlindungan kepada lebih 36 juta rakyat @ dan akhirnya 96 % rakyat Amerika akan mendapat insuran perlindungan kesihatan....Beliau yakin pada penghujung tahun ini beliau akan menandatangani undang-undang tersebut walaupun banyak mendapat tentangan dari pihak Konservatif..

Kepantasan membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada majoriti rakyat adalah yang paling menarik. Memang satu revolusi besar kepada rakyat Amerika yang sekian lama tidak mendapat perlindungan kesihatan. Selain dari itu banyak lagi keputusan-keputusan lain yang telah di ambil dalam masa yang singkat!Keputusan besar dalam masa yang singkat!

Pembaharuan yang kita harap berlaku di Malaysia banyak.. Yang menjadi kerisauan dan keperihatinan kepada rakyat Malaysia i.e. ekonomi yang lembab, sistem pendidikan yang bercelaru, ketelusan dan rasuah, sistem penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian yang lemah, keselamatan rakyat, kebanjiran pendatang haram dll, seolah-olah tiada ada penyelesaian dan penghujungnya..

Ahli politik bercakaran sesama sendiri, kematangan berpolitik jauh sekali. Parti yang memerintah masih lagi di peringkat retorik dan slogan tanpa tindakan penyelesaian. Penyelesaian, penyelesaian yang diikuti dengan polisi yang mantap dan undang-undang jika perlu, bukan tindkan dan penyelesaian perhubungan awam dan setengah masak! Jauh lagi Malaysia ini... apatah lagi dengan kepimpinan yang ada masakini!. Harap-harap anggapan saperti 'white power in black face' kepada Obama tidak melarat kepada pemimpin politik di Malaysia..

Monday, November 2, 2009

Belanjawan;....Najib pun sama macam Anwar

"Anwar ni tak habis-habis menyusahkan aku!". Apa pasai yang hang marah sangat kat Anwar ni? "Dari dulu, sejak aku dalam BTN, sampai dia jadi menteri la ni dok menyusahkan aku lagi". Pasai apa? "Cuba hang tengok surat khabar ni, nampak tak dia pekena aku lagi, tak pasal saja aku kena bayar service charge kredit kad.. Tu la saja tempat talian hayat aku. Huh!"

Dailog ini antara aku dengan kawan ni beberapa tahun dulu.. Kawan ni pun baru saja pencen baru-baru ni.

Semalam,secara kebetulan aku jumpa dia lagi. Aku teringat cerita lama dan aku tanya lagi.. Apa macam menteri Keawangan baru yang hang dok sanjung sangat la ni? "Huh hampas, dia pun sama macam Anwar, kena juga bayar service charge RM50.00 tu! Dah tu kereta VW aku pun nak kena pi check lagi dengan Puspakom. Tak habis-habis menyusahkan rakyat. Ha yang tu la depa dok kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!"

Dasar Automotif Negara dengan cadangan pemeriksaan kereta yang lebih 15 tahun kononnya untuk mesra alam, kereta berteknologi canggih, keselamatan dan meningkatkan tahap kompetatif industri kereta di Malaysia. Lupakah kerajaan industri kita tidak kompetatif kerana dasar perlindungan kereta tempatan, dasar pencukaian kereta impot, monopoli dan akhirnya kualiti yang rendah! Jadi kalau kesilapan ini kesilapan kerajaan mengapa rakyat yang susah yang memakai kereta burok ini yang mahu di hukum dan harus membayar harga kelemahan dan kesilapan dasar kerajaan!

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan kad kredit kononnya mendisiplinkan pengguna! Apakah dengan pengenalan cukai ini masaalah hutang kad kredit dapat diselesaikan? Mengapa rakyat yang harus membayar jika kerajaan secara leluasa membiarkan pihak bank mengaut keutungan secara mudah? Mengapa rakyat harus dibebankan dengan cukai jika pihak berkuasa gagal menangani isu Along dan peminjam wang tak berlesen??.

"Depa ni semua sama saja, asyik dok pekena kita.. Kali ni, Sapa pun aku tak mau bagi dah!" Aik tak mau bagi apa pulak ni? "Bagi undi la bongok!" Huih.. marah sungguh kawan aku ni..