Thursday, January 29, 2009

G7 UMNO demo di PWTC??...


(terbaru.. gambar dari Perunding.blogspot.com)

Perwakilan UMNO dari bahagian-bahagian yang mewakili G7 (bukan pemegang jawatan yang di pilih secara otomatik)yang memenangi pertandingan di peringkat bahagian ke persidangan agong UMNO March ini kabarnya sepakat akan mengadakan tunjuk perasaan di PWTC sempena dengan mesyuarat MKT pada petang ini. hampir separuh jumlah perwakilan UMNO adalah terdiri dari mereka ini.

Kabarnya protes berkenaan ditujukan kepada Pak Lah, PM Malaysia sempena dengan mesyuarat MKT pada petang ini.. Difahamkan mereka ini tidak berpuashati dengan segala macam publisiti burok mengenai UMNO sejak akhir-akhir ini.Lebih dari itu mereka juga dikatakan tidak berpuashati dengan segala macam sekatan yang dikenakan kepada mereka dan juga bakal calon yang bertanding dalam MKT pada tahun ini..

Kita kurang pasti motif sebenar mereka ini. Yang jelas UMNO berada dalam keadaan yang amat burok dari segi imej dan kepimpinan pada masa kini. Pada masa kini seolah-olah tidak ada yang memimpin UMNO, seolah-olah tiada ketua, bagai anak kehilangan bapa, ahli di bawah bagai anak ayam kehilangan ibu... pemimpin bercakaran sesama sendiri, kepentingan sendiri lebih dari survival parti, kompromi sudah tiada lagi, tiada siapa mematuhi garispanduan parti dll.

Protes sehebat mungkin, jika untuk menguatkan parti.. tetapi jika protes hanya kerana tidak dapat berjumpa bakal calon dan soal tidak boleh mendapatkan habuan... ehm ..ehm.. sesuatu yang amat memalukan!!Susahnya UMNO untuk berubah!!

Monday, January 19, 2009

Khairy dan bakal pemimpin UMNO masih menegak benang basah....

BN kalah di KT. Pada Khairy faktor pemilihan calon bukan merupakan punca kekalahan BN. Siapa lagi yang ingin membela Pak Lah jika bukan menantunya? Masih lagi mahu menghentam Tun kerana menyalahkan pemilihan calon di KT.. Pertambahan undi calon PAS adalah sedikit sekitar 1%. Yang jelas adalah pengurangan undi kepada calon BN berbanding PRU12 dulu. Jadi salahkah kita membuat andaian yang orang yang menyokong BN dalam PRU12 tidak mengundi BN pada kali ini?

TS Muhammad Taib dan DS Mohd Ali Rastam juga memberi alasan yang menggambarkan kecetekan pemikiran mereka.. Masih lagi tidak mahu menerima kenyataan tetapi mencari alasan kekalahan hasil kerja buat orang lain, saperti taktik PAS etc.... Malang bagi UMNO terpaksa memilih bakal Timbalan Presiden yang begini...

Semua orang tahu rakyat Terengganu masih mempersoalkan Monsoon Cup, Wang Ehsan dan Wan Hisham telah dikalahkan dalam PRU12. PM, KJ, Wan Farid, Wan Hisham semuanya dikaitkan dengan perkara ini. Jadi dengan meletak Wan Farid bagai menambah garam di tempat luka.. tidak sukar bagi UMNO Terengganu untuk membuat post mortem keputusan pilihanraya ini..

Sudah tentu, jika mahu di analisa secara terperinci memang banyak faktor penolakan BN dalam PRU12 boleh diperinci. Sehingga kini tiada post mortem yang jelas di buat di pelbagai peringkat parti. Yang jelas persepsi ahli UMNO, ahli BN dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai tanggapan yang sangat negatif terhadap UMNO dan BN. Budaya, kudis dan kanser yang ditunjukkan dan sedang berkudis dalam batang tubuh UMNO sekarang ini amat parah.. Akibatnya ia telah mencapai tahap kronik . Pemimpin mengakui yang badan itu sakit dan perlu di ubat tetapi masih mencari alasan bagi menangguhkan tindakan dan rawatan.. Puncnya UMNO dan pemimpinnya sendiri. Semua masih dalam sindrom penafian....

Samalah bila pemimpin UMNO membuat analisa kekalahan di KT saperti Khairy tonjolkan, saperti Ketua Penerangan dan Naib Presiden jelaskan, tidak banyak pengajaran yang di ambil oleh BN dan UMNO, semuanya berpunca dari orang lain.. Cerita lama! Selepas ini, majoriti masih akan menyokong calon Ketua Pemuda dan mereka ini, atas alasan tertentu yang sudah menjadi budaya dalam Pemuda UMNO masakini..i.e. RM.. RM... Akibanya sama-sama kita tunggu dalam PRU13 nanti....Mengembalikan keprcayaan rakyat amat sukar dan rumit!

Saturday, January 17, 2009

P036 Kuala Terengganu..

Terbaru.... kabar tidak resmi dari bisik kawan-kawan, BN lagi sekali kalah dalam pilihanraya kecil dengan majoriti hampir 2700.

hanya pucuk pimpinan BN, PM Pak Lah saja yang tidak mahu mengerti dan faham tentang perubahan yang di tuntut oleh rakyat dan UMNO..

Tahniah kepada yang menang...

P036 Kuala Terengganu...

Semalam saya sempat merisik-risik kedudukan terakhir kecenderungan pengundian pada hari ini. Sahabat dari BN memberi jangkaan kemungkinan kemenangan kepada BN tetapi undi majoriti sekitar 1000 ke 1500 sahaja. Bila di tanya kemungkinan pengundian kaum Cina, mereka hanya menganggarkan 45% sahaja akan memberi undi kepada BN.Puas saya memikirkan kalau begitu bagaimana BN akan menang?.Jika begitu, sudah tentulah terdapat perubahan pola pengundian di kalangan pengundi melayu?

Saya merisik lagi rakan dari PR, mereka juga berkeyakinan akan menang dan yakin pengundi kaum Cina akan memberi undi pada kadar 60% kepada mereka.Satu petanda baik kepada PR. Bila di tanya lagi apakah lain-lain faktor yang akan membawa kemenangan pada hari ini. Mereka, dengan yakin menjelaskan ianya berdasarkan tiga faktor (1)faktor calon (2) Pengundi Cina 60% (3) Pengundi melayu dari kaum keluarga arwah Datuk Razali akan memihak kepada mereka. Anggaran mereka di sini sahaja PAS akan mendapat tidak kurang dari 500 undi yang dalam PRU lalu memberikan undi mereka kepada BN. Mereka begitu yakin.. akan menang

Sebentar tadi saya cuba mendapat sedikit berita dari rakan yang neutral dari Terengganu...Kabarnya, suasana dan jumlah perayu undi PAS mengatasi BN....Tetapi ini tidak memberi apa-apa makna kepada kedua pihak kerana yang penting ialah pengundi..

Sama-sama kita tunggu keputusan yang akan memberi satu lagi pengajaran kepada BN bahawa PERUBAHAN sedang di tuntut rakyat... Satu tugas berat untuk Datuk Seri Najib bagi menentukan kelangsungan UMNO dan BN dalam peta politik di Malaysia.....

Friday, January 9, 2009

IJN dan KLIA-East@Labu kerja burok Sime Darby..



Sime Darby sekarang ini adalah hasil gabungan beberapa syarikat PNB saperti Golden Hope. Musa Hitam orang kuat Perdana Menteri, menjadi Pengerusinya.

Dalam masa yang singkat mereka telah mengemukakan dua cadangan yang menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia. Pertama pengambilan alih IJN dan kedua cadangan pembinaan lapangan terbang tambang murah, KLIA-East@Labu.

Cadangan pengswastaan IJN telah di tarik balik oleh mereka. Cadangan pengambilan alih IJN telah di tentang hebat oleh pelbagai lapisan rakyat. Kerakusan mereka mencari sumber pendapatan dan perniagaan tanpa memikirkan kebajikan dan kepentingan umum, telah memburokkann imej korporat mereka di mata rakyat.

Pada masa yang sama mereka juga telah berpakat dengan Air Asia bagi membina KLIA-East@LABU, yang menelan belanja berbillion ringgit. Cadangan ini juga mengundang perhatian rapi rakyat Malaysia. Mengapa tidak? KLIA telah di bina dan hingga kini belum mencapai tahap kapisiti sebenarnya dari segi penggunaan. Lebih dari itu pihak kerajaan telah pun meluluskan cadangan bangunan tambahan untuk penerbangan tambang murah kepada MAB. Sudah tentu cadangan ini akan menguntungkan Air Asia tetapi akan meninggalkan kesan burok kepada MAS dan KLIA yang di miliki oleh pihak kerajaan.

Kerakusan Air Asia memiliki lapangan terbang sendiri dengan kerjasama Sime Darby adalah sesuatu yang burok dari segala segi. Sesiapa juga di belakang cadangan ini mempunyai motif yang jahat terhadap anak syarikat kerajaan MAS dan MAB yang mengendalikan KLIA sekarang ini.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mempunyai wakil lembaga pengarah di dalam Sime Darby perlu membuat sesuatu. Kerajaan juga perlu mengkaji semula kelulusan yang di beri kepada mereka. Adalah sesuatu yang malang jika kegiatan pengswastaan dibiarkan ke tahap ini, hinggakan merugikan pelaburan kerajaan sendiri di KLIA.....

Wednesday, January 7, 2009

MP Kuala Terengganu....

tiada pengajaran lampau yang di ambil oleh BN dalam menangani isu pilihanraya di KT. Dari pengumuman calon, pemilihan calon, komen-komen calon dan dah pun bermula strategi dan taktik memenangi hati rakyat di Kuala Terengganu, nampaknya masih lagi cara lama, yang terbukti gagal di masa lepas masih lagi digunakan, masih lagi di ulang...

Keputusan PRU 12, keputusan Permatang Pauh, jelas menunjukkan pendekatan BN di tolak pengundi. Beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini juga tidak membantu BN. Sesungguhnya perubahan amat sukar dilaksanakan oleh BN..Perubahan yang di tuntut rakyat, perubahan calon yang di pilih, perubahan pendekatan kepada rakyat, perubahan penjelasan isu-isu,perubahan polisi dan dasar dll. Sekali lagi gagal dilaksanakan.

Segalanya menyebelahi pembangkang. KT sesuatu yang sukar bagi BN.....

Saturday, January 3, 2009

selamat menyambut maal hijrah 1430 H dan tahun baru 2009

harap belum terlewat bagi mengucapkan selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru. Moga-moga semua resolusi tahun lalu telah di capai dan saperti biasa tahun baru dengan resolusi dan azam baru. 2009 dengan kepimpinan baru, moga kemelesetan ekonomi yang di jangka dapat di tangani dengan baik.Moga Malaysia dan rakyatnya dapat hidup dengan aman damai dan dapat mencari rezeki dengan baik....