Saturday, April 26, 2008

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn....

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, memohon maaf kepada orang-orang melayu dan bukan melayu terhadap perbuatan beliau menghunus dan mencium keris dalam perhimpunan UMNO yang lalu. Bernama melaporkan beliau membuat kenyataan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia semalam.

Sebelum ini beliau juga telah mengumumkan akan melepaskan jawatan ketua pemuda pada persidangan UMNO yang akan datang. Ketika imej BN, UMNO dan Pemuda UMNO tercalar dan berada di tahap yang cukup rendah, beliau membuat keputusan yang tepat. Sesungguhnya pemuda yang ditinggalkan oleh beliau mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Jika pergerakan ini mahu untuk terus relevan, sememangnya Pemuda memerlukan kepimpinan baru, imej yang baru dan idealisma yang baru.

Sebagai pemimpin, memohon maaf adalah satu tindakan yang menggambarkan sifat bertanggungjawab. Dalam kes ini , walaupun ianya satu yang pahit, kepada beliau dan juga pemuda, tindakan tersebut adalah jalan yang betul. Sesiapa yang bakal mengganti beliau akan dapat terus memandang ke depan tanpa perlu membawa bebanan yang ditinggalkan beliau.

No comments: